Friday, October 13, 2017

Kes Tak Sensitif Kehidupan Majmuk PP. Selesai?


BANGI, 23 Muharram 1439H, Jumaat – Ketika umat Islam sedang mengerjakan solat Isyak di sebuah masjid, sekumpulan penganut agama lain melalui jalan di hadapan masjid berkenaan sambil memukul gendang.
Keadaan itu menimbulkan kemarahan umat Islam di kawasan berkenaan, terutama anak muda yang melihatnya dan menyifatkan perbuatan itu sebagai biadab.
Namun, kepantasan ahli jawatankuasa Masjid Maqbul di Sungai Pinang, Pulau Pinang, malam kelmarin, mengelak daripada berlaku sesuatu yang tidak diingini.
Lalu, isu perarakan oleh kaum Cina sambil memukul gendang ketika umat Islam sedang melakukan solat Isyak di masjid itu diselesaikan secara baik.
Kenyataan ini dikeluarkan menerusi satu klip video yang berdurasi 1 minit 36 saat, menyaksikan permohonan maaf daripada pihak penganjur perarakan berkenaan kepada jawatankuasa dan kariah masjid serta golongan muda di Sungai Pinang berikutan kejadian yang berlaku.
Penganjur juga berjanji bahawa perkara seperti ini tidak akan berlaku lagi.
Menerusi klip video itu, Pengerusi Kariah Masjid Maqbul yang hanya dikenali sebagai Haji Elias menasihati penganjur supaya memastikan perkara ini tidak berulang bagi mengelak timbulnya perselisihan faham dan pergaduhan antara kaum di kampung berkenaan.
“Masyarakat Sungai Pinang ini terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India. Saya menasihati supaya perkara ini tidak berulang lagi dan setiap kaum perlu menghormati agama masing-masing agar tidak terjadi pergaduhan,” katanya.
Katanya, orang Melayu menganggap apa yang dilakukan malam kelmarin itu satu perbuatan biadab.
“Kita tak mahu kata biadab.. kita kata tersilap.. bila tersilap kita jangan buat ganggu-gugat lagi di masa-masa akan datang,” katanya.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kata 'biadap' ditukar dengan kata 'tersilap'. Itu aje?
Berikut adalah klip video berkaitan.
Lihat sebelum ini..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails