Tuesday, October 10, 2017

Menang Loteri RM20.5J Lepas Jumaat, Tarbiah Cara Fikir Rakyat M'sia.


Menang Loteri RM20.5j Lepas Sembahyang Hari Jumaat

KUALA LUMPUR – Seorang sifu feng shui telah membuktikan kerjayanya ternyata mendatangkan hasil lumayan apabila dia telah memenangi RM20.5 juta dalam satu permainan loteri.

Dengan hanya bermodalkan sekeping  tiket Toto 4D yang mempunyai lima nombor (System 5) di mana kombinasi dua nombor daripadanya iaitu 1651 dan 7288 telah memenangi tempat kedua dan ketiga.
Hasil carian imej untuk toto untuk rakyat malaysia
Katanya lagi, kemenangan itu nerupakan durian runtuh yang ajaib kerana berlaku selepas bersembahyang di tokong yang biasa dikunjunginya.
“Ramai pengikut tokong tersebut menang loteri. Saya mendapat nombor bertuah saya 1651 dan 7288 selepas sembahyang pada Jumaat.
“Tetapi saya hanya membeli nombor tersebut buat pertama kali pada Sabtu dan menang loteri RM20.5 juta.
“Saya mesti berterima kasih kepada Tuhan kerana melindungi saya,” katanya dalam satu kenyataan disiarkan Sports Toto Malaysia.
Perunding feng shui itu berkata sebahagian hadiah kemenangannya akan disumbangkan kepada tokong berkenaan.
Menurut Sports Toto, lelaki itu telah pun menuntut kemenangannya pada 2 Oktober lalu. Lapor MYNEWSHUB.CC

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Begitulah cara fikir orang yang bermain loteri toto tak kira agama apa sekali pun. Yang penting asal dapat duit tak peduli halal-haram lagi dari sudut agama masing-masing.. Tarbiah inilah berkembang hingga ke peringkat pegawai-pegawai kerajaan sanggup meringan-ringan beri dan terima rasuah. 

Bila sudah lekat pendirian 'asal dapat duit tak peduli halal-haram' lagi, maka jadilah seperti apa yang terjadi sekarang. Beri makan anak bini dengan benda-benda haram  sama seperti rasuah atau melacurkan anak isteri mereka sendiri. Na 'au zubillahi minza lik.


Lihat juga artikel ini...
Pihak kami sanggup pergi ke Sabah/Sarawak memberi maklumat lengkap.

10 comments:

Anonymous said...

Pemenang tersebut bukan Islam dan Melayu... Bacalah dalam konteks yang sesuai bukannya terlalu cepat menghukum dan membuat kesimpulan! Haji... Haji... bilalah nak berubah. Agaknya pengalaman wartawan dulu tidak sebanyak dan sebagus mana. Gebeng jer lebih!

Anonymous said...

Biasalah dakwah. Kalau setan pun tak terasa dakwah apa?

Cik Minah said...

Ni kat Kelantan negeri Serambi Mekah yang nak HUDUD dan sibuk dgn
Ru355 tapi menurut banyak orang, kehidupan begini sudah biasa di
Kelantan. Perempuan ini janda sudah 5 tahun dicerai tapi ada anak
umor 9 bulan. Kalau kat negeri KAPIR, anak-anak ini diambil oleh
social worker untuk dijadikan anak angkat tapi di Kelantan,
noboday cares so long as Hudud dan Ru355 dilaksanakan. Puiihhh!!!!

"KOTA BHARU – Melihatkan keadaan rumah yang uzur dan dipenuhi sampah, siapa sangka kawasan kediaman itu dihuni seorang ibu tunggal bersama lima anak kecilnya.
Lapor Astro Awani, keenam beranak itu seperti sudah lali dengan keadaan persekitaran yang kotor lagi berbau busuk di rumah mereka di Kampung Paloh, Pintu Geng, di sini.

Menerusi perkongsian video daripada Vivi Sumanti, dia memberitahu ibu tunggal terbabit, Faridah Yaakob, 34, tinggal di rumah itu sejak lima tahun lalu.
Menurut wanita itu, dia sudah lama bercerai dengan suaminya dan bersamanya mereka memiliki enam orang anak. Namun anak sulungnya berusia 13 tahun kini dijaga oleh bekas ibu mertuanya.

Selebihnya anak yang berusia 11, 9, 6 tahun dan anak bongsu yang berusia 9 bulan bersama Faridah yang tidak dijaga dengan baik dan diabaikan begitu sehaja.
Difahamkan lima beradik itu tidak bersekolah, makan minum tidak menentu dah hanya menjamah buah jambu sebagai sarapan.
Faridah yang juga merupakan seorang penagih dadah mengatakan kesemua anak-anaknya yang mempunyai surat beranak sudah tinggal bersamanya sejak enam tahun lepas.

Sehingga kini sewa bulanan RM300 masih dibayar oleh bekas suaminya. Malah bekas suaminya juga yang selalu datang setiap hari menghantar makanan untuk anak-anak mereka.

Berdasarkan rakaman, ternyata terlalu banyak timbunan sampah sarap di luar dan dalam rumah dua tingkat itu.
Dengan keadaan dinding rumah yang berlubang dan retak, tandas yang rosak, tingkap yang pecah, jelas sekali mengundang pelbagai ancaman keselamatan pada anak-anak kecil itu.

Apa yang menimbulkan tanda tanya dalam kalangan netizen ialah bagaimana keluarga ini meneruskan kehidupan seharian dalam keadaan yang serba kekurangan. – MYNEWSHUB.CC

http://www.mynewshub.cc/utama-sensasi/video-ibu-penagih-anak-terbiar-dalam-sampah/

Anonymous said...

Bagus Cik Minah, bongkar, kita kerajaan Kelantan jawab..

Anonymous said...

mana lebih hina ada rm hasil menang judi atau ada rm hasil rasuah atau ada rm hasil rembat hak orang ramai atau ada rm rompak rompak harta negara.

Anonymous said...

Semuanya hina dan takguna. Yang baik hanya yang dibuat kerana Allah. Cari makan kerana Allah. Mengundi kerana Allah dan parti Allah. Dan segala sesuatu tindak-tanduk kita semuanya kerana Allah. Termasuk kahwin dan seks pun kerana Allah!

Tak percaya, tanya Pak Asim.

Anonymous said...

Ni disebut tindakan yg matang kalu perbandingan dgn lobai2 sotong Ada titik persamaan yg menyontot 90 juta atas nama tuhan

Anonymous said...

pegi blajar politik lagi, belajar tak habis. Kes 90 juta dah selesai. Rupanya masih ada 'nate' tak pahe.

Buang masa layan si bodoh..

Anonymous said...

Judi jadi halal kau diberi Istilah Al-Mudarabah

Porahlah Pak Lebey, kalau betul ikhlas nak tolong orang Miskin jadi Jutawan, bagi sahaja pulangan 100% keuntungan kepada semua pencarum tiap2 bulan. Bukan cara Cabutan Bertuah, hadiah dimenangi itu atas kerugian Pencarum Yang Lain.

Anonymous said...


Anon October 10, 2017 at 11:53 AM ,

Dah sasau ke? Siapa nak halalkan judi?
Kecuali parti sekular kamu dan BN..
Bodoh!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails