Sunday, October 08, 2017

Cuci Kereta Tawar Gadis Seksi Di M'sia..



JIKA berkunjung ke premis cuci kereta, apa yang dapat dilihat kita akan dilayan oleh pekerja lelaki yang mungkin terdiri daripada warga asing dari Indonesia atau Bangladesh.

Namun, berbeza pula dengan premis car wash ini di mana ia beroperasi dengan menawarkan lebih dari ‘pekerja’ biasa sehingga menjadi bahan bualan hangat dalam kalangan netizen tempatan. Lihat menerusi media sosial ini, apabila video yang memaparkan mengenai operasi premis cuci kereta mewah cuba ‘memancing’ pelanggan dengan cara menawarkan gadis seksi itu mula tersebar luas.

Menerusi video berdurasi kurang daripada dua minit tersebut, terdapat beberapa orang gadis yang hanya memakai short pants dan singlet berwarna putih sedang asyik mencuci kenderaan pelanggan sambil menari ‘ghairah’.

Manakala, pelanggan dan orang awam di sekeliling premis berkenaan pula dilihat hanya mampu ‘mencuci mata’ dengan melihat panorama yang agak ‘istimewa’ itu tanpa caj tambahan. Premis itu dipercayai terletak di Malaysia kerana terdapat satu papan tanda sebuah bank tempatan berdekatan dengan kawasan berkenaan. 

Namun, kedudukan lokasi sebenar masih belum dapat dipastikan. Video yang tular itu, secara tidak langsung telah mengundang kecaman teruk daripada netizen. Rata-rata berpendapat  strategi pemasaran seperti itu tidak sesuai kerana bertentangan dengan budaya Timur dan agak kurang sopan dibuat di Malaysia.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Cari makan yang halal tetapi guna kaedah yang 'haram', bolehkah dalam Islam? Sila tanya bahagian agama dan ulama kerajaan atau parti masing-masing.. Yakni parti yang ambil kira halal-haram dan dunia akhirat, bukan parti sekular.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails