Monday, October 09, 2017

Pemimpin PH Mahu Bentang RUU Jenayah Kebencian Kaum &Agama Di Parlimen.


KUALA LUMPUR – Pemimpin Pakatan Harapan berhasrat membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Jenayah Kebencian Kaum dan Agama di Parlimen.
Naib Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa membayangkan RUU itu jika diluluskan akan melarang mana-mana pihak membuat kenyataan yang boleh menyakiti perasaan kaum dan agama lain.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar turut memaklumkan mahu membentangkan RUU Kesaksamaan dan RUU Suruhanjaya Keharmonian Nasional di Dewan Rakyat.
“Cadangan RUU persendirian saya tidak akan menyekat kebebasan bersuara tetapi menetapkan kebebasan bersuara bukan alasan menyakiti kaum dan agama lain.
“Saya juga mengharapkan rakyat menyokong usul ini demi kesatuan dan perpaduan nasional dan Malaysia kekal unik sebagai sebuah negara yang menerima kepelbagaian,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook semalam.
Pakatan Harapan dibarisi oleh DAP, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAN.
Mujahid mendakwa walaupun sudah ada akta lain menyentuh soal provokasi kaum dan agama seperti Akta Hasutan dan Akta Multimedia dan Akta Jenayah, namun tiada undang-undang khusus memelihara keharmonian nasional seperti yang beliau cadangkan.
“Telah tiba masanya negara berbilang kaum dan agama ini punya undang-undang khas memastikan keharmonian nasional dijadikan keutamaan dan menjejaskan asas perpaduan,” katanya.
Sebelum ini terdapat ramai pihak di Malaysia membuat kenyataan yang ‘menyakiti’ kaum dan agama lain terutama pemimpin politik dan badan bukan kerajaan (NGO) beragama Islam.
Sebagai contoh mereka membuat kenyataan secara terbuka membantah penganjuran pesta arak di ibu negara.
Bantahan mereka itu ‘menyakiti’ ahli DAP yang mendakwa larangan itu merupakan sekatan kepada hak asasi dan hak sesebuah kaum mengamalkan budaya dan agama mereka.  Lapor MYNEWSHUB.CC


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails