Friday, September 01, 2017

Islam Kembali Tadbir Dunia, Perutusan Presiden PAS..




"MARILAH kita yakin dan percaya bahawa ajaran Islam adalah murni dan bersih dengan konsep menyerah diri kepada ajaran Islam dengan ikhlas. Kita percaya Islam akan kembali mentadbir dunia sekali lagi. Kalau dahulu boleh menjatuhkan kuasa besar dunia dan membetulkan kehidupan dunia, kali ini kebangkitan Islam akan dapat mengambil alih memimpin dunia sekali lagi, insyaAllah.
"Marilah kita menyambut Hari Raya Aidiladha dengan semangat Islam yang ditunjukkan oleh Nabi Ibrahim A.S dan disambung oleh nabi akhir zaman, Muhammad S.A.W ke seluruh pelosok dunia. Akhirnya, pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam walau di mana jua berada. Mudah-mudahan Allah S.W.T. memberkati kita semua. "
Begitu, seruan Presiden PAS Abdul Hadi Awang dengan slogan “Sejahtera Bersama Islam” sempena menyambut Hari Raya Aidiladha 1438.
Menurut beliau sebelumnya, seluruh umat Islam menyambut Hari Raya Aidiladha bukan sahaja bersempena ibadat haji yang menjadi salah satu daripada rukun Islam yang diwajibkan kepada mereka yang berkuasa dan mampu, bahkan juga bersempena memperingati sunnah Nabi Ibrahim A.S. yang disambung perjuangannya oleh Nabi Muhammad S.A.W.
Kehebatan Nabi Ibrahim A.S ialah beraqidah, bersyariat, dan berakhlak dengan Islam. Islam dengan makna menyerah diri kepada Allah S.W.T. Kita menyaksikan bagaimana kehebatan Islam baginda A.S apabila diperintah oleh Allah S.W.T. membuka bumi Makkah yang kering kontang tidak ada air dan kemudahan asas, meletakkan puteranya Ismail A.S di situ dan mendirikan Kaabah yang menjadi kiblat untuk seluruh manusia sehingga akhir zaman. Baginda A.S menunaikan kewajiban itu bagi menyatakan Islam adalah menyerah diri yang sebenar kepada Allah S.W.T.
Kembali menghimbau sejarah, kata beliau lagi, "Kita menyaksikan bagaimana bumi yang kering kontang itu dikunjungi oleh manusia dari seluruh pelosok dunia dengan menghidupkan ibadat haji dan umrah sehingga ke hari ini. Mereka melakukan ibadah Qurban yang ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim sejak ribuan tahun lamanya dan selepasnya Nabi Muhammad S.A.W. dilantik menjadi rasul terakhir kepada seluruh manusia.
"Tidak tergambar dalam hati manusia bagaimana di situ bermulanya dakwah bagi seluruh manusia dengan keyakinan kepada Islam yang menyerah diri kepada Allah. Nabi Muhammad S.A.W telah berjaya membangun manusia generasi awal umat Islam dengan aqidah Islam, keimanan dan menyerah diri kepada Islam yang kosong ekonominya untuk menghadapi dua kuasa besar dunia Parsi dan Rom yang kaya raya dan kuat ketenteraannya.
"Sehingga berakhir dengan kewafatan Nabi Muhammad S.A.W dengan meninggalkan ajaran hidup baginda dan disambung oleh Khulafa’ ar-Rasyidin yang menyaksikan kejatuhan kuasa besar dunia Parsi dan Rom. Orang Islam generasi awal yang datang dengan kosong berjaya menguasai Parsi dan Rom, membina tamadun baru Islam, memanfaatkan segala kemajuan kebendaan yang positif, menghapuskan segala yang negatif dengan Islam sehingga berjaya memimpin dunia selama 13 abad dan memerintah negara yang besar bermasyarakat majmuk.
"Walaupun orang Islam lemah setelah meninggalkan ajaran Islam dan hari ini kita menghadapi serangan musuh yang bertubi-tubi, bukan sahaja negara umat Islam dimamah dan diratah serta diserang melalui ketenteraan termasuklah melalui media yang menguar-uarkan Islamofobia dengan menyebarkan berita seolah-olah semua keganasan daripada ajaran Islam, padahal dilakukan oleh orang Islam yang jahil dan bebal."
Demikian perutusan dan seruan dari Presiden PAS. (IH)

Lihat juga artikel ini...
Presiden PAS Wajar Jadi PM M'sia.

Pihak kami sanggup pergi ke Sabah &Sarawak memberi maklumat lengkap.

4 comments:

Anonymous said...

salah satu.. org islam yg jahil dan bebal ialah tok lobai yg tergila2 kan nak ber UG dgn UMNO.

Anonymous said...

Kesian, Anon diatas berjiwa kerdil,takut dengan gagasa Allah, Islam Mentadbir Dunia.
Baru sebut begitu pon dah kecut.. Takut kepada musuh Islam dari Allah SWT.
Pui!

Anonymous said...

org yg bebal dan jahil adalah org buta politik dan menggunakan agama utk kepentingan politik. org2 ini sanggup mengelirukan pengikut dgn agama dan sanggup menukar2 hukum agama demi politik mereka.

Anonymous said...

September 1, 2017 at 8:48 AM

Makin terbongkar buta agama kamu.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails