Wednesday, August 30, 2017

Pengganas Myanmar Terus Perangi Rohingya Dituduh Pemberontak.


 REUTERS - ANGGOTA polis Myanmar mengawal sebuah konvoi PBB yang meninggalkan bandar Maungdaw susulan serangan ARSA kelmarin.
YANGON – Pasukan keselamatan Myanmar memperhebatkan operasi memerangi pemberontak Rohingya kelmarin, kata polis dan sumber lain.
Perkembangan itu berlaku selepas pertempuran tiga hari antara tentera Myanmar dan pembe­rontak yang dianggap keganasan terburuk membabitkan etnik Islam Rohingya sejak lima tahun lalu.
Seorang wartawan tempatan berkata, tiga pos polis di bandar Buthidaung, negeri Rakhine telah dikepong oleh Tentera Penyelamat Arakan Rohingya (ARSA).
Banyak rumah di beberapa bahagian di bandar Maungdaw yang berjiran dengan Buthidaung turut dibakar sejak Ahad lalu, kata wartawan lain dan sumber tentera di Maungdaw kepada agensi berita Reuters.
Seorang penduduk kampung Rohingya di kawasan itu berkata, tentera Myanmar yang dilengkapi senapang patah dan senjata lain menyerang dan membakar tiga buah rumah di perkampungan Kyee Kan Pyin.
“Semuanya terbakar. Sekarang ini saya dan penduduk lain berada di padang. Kami sedang melarikan diri,” katanya dalam satu panggilan te­lefon.
Pertempuran tercetus selepas pejuang ARSA yang membawa kayu, pisau dan bom buatan sendiri menyerang 30 pos polis dan sebuah pangkalan tentera di Rakhine.
Serangan itu mengakibatkan 104 orang terbunuh dan memaksa ramai penduduk Rohingya dan masyarakat Buddha di negeri Rakhine melarikan diri.
Sementara itu, Setia­usaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres amat bimbang dengan laporan kematian orang awam di Rakhine.
Beliau merayu kepada Bangladesh supaya memberi perlindungan kepada pelarian Rohingya, kata jurucakapnya kelmarin.
“Ramai pelarian ini terdiri daripada wanita dan kanak-kanak. Sebahagian mereka pula cedera,” kata jurucakap PBB, Stephane Dujarric.
Seramai 1.1 juta penduduk Islam Rohingya di Rakhine dinafikan kewarganegaraan oleh Yangon. Kerajaan Myanmar berterusan menganggap orang Rohingya sebagai pendatang tanpa izin walaupun etnik itu sudah menetap di Rakhine sejak beberapa abad lalu.
– Reuters
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Sebenarnya 'pengganas bertopengkan Pasukan keselamatan Myanmar' memperhebatkan operasi memerangi rakyatnya sendiri yang dituduh pemberontak dan pendatang Rohingya tanpa izin. 

Lihat juga artikel ini...
Presiden PAS Wajar Jadi PM M'sia.


Pihak kami sanggup pergi ke Sabah &Sarawak memberi maklumat lengkap.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails