Friday, September 01, 2017

Kini Pusingan Untuk Azmin Pula, Rafizi Akan Disingkir?

Hasil carian imej untuk azmin lawan rafizi
Biro Politik PKR beri amaran kepada Rafizi FMT Reporters

PETALING JAYA: Biro Politik PKR dilaporkan mengambil tindakan disiplin dengan memberi amaran kepada naib presidennya, Rafizi Ramli yang mendedahkan perbalahan dalaman parti itu. Sin Chew Daily memetik sumber sebagai berkata, Biro Politik PKR memutuskan untuk memberi amaran keras secara lisan kepada Rafizi kerana tindakan serta kenyataannya merosakkan nama baik parti itu. 

“Berdasarkan nasihat (Datuk Seri) Anwar Ibrahim, parti hanya memberi amaran lisan kepada Rafizi ketika ini. Jika beliau terus berdegil, tiada orang boleh menjamin beliau tidak akan dipecat kelak,” kata sumber yang dipetik akhbar itu. 

Sabtu lalu, Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali mengakui berunding dengan PAS, tetapi mendakwa ia dibuat berdasarkan keputusan parti, bukan atas kapasiti peribadi. Azmin berkata, rundingan itu bagi mengelakkan pertandingan 3 penjuru di Selangor dan meningkatkan peluang kemenangan PKR dan parti pembangkang lain. 

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution bagaimanapun menafikan parti itu pernah membuat keputusan yang dikatakan Azmin itu, sebaliknya rundingan pembahagian kerusi hanya membabitkan parti komponen Pakatan Harapan. Susulan itu, Rafizi yang membantah rundingan dengan PAS itu, mendedahkan wujud kemelut serius di kalangan ahli Biro Politik PKR, Selasa lalu. 

Ahli Parlimen Pandan itu mendakwa pemimpin atasan yang menganggotai Biro Politik PKR berkuasa menentukan hala tuju parti sering tidak sealiran, malah keputusan yang dicapai juga tidak dihormati. Katanya, keadaan itu berlaku sejak Anwar dipenjarakan pada Februari 2015. 

Sumber yang dipetik Sin Chew Daily berkata, mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan pada Isnin lalu memutuskan tiada kerjasama dengan PAS, tetapi tidak membantah PKR berunding dengan parti Islam itu secara diam-diam. Menurut sumber dalaman PKR, parti itu berpendirian tegas kerana ketua umumnya, Anwar mengarahkan rundingan dengan PAS diteruskan bagi mengelakkan pertandingan 3 penjuru pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

“PKR berdepan cabaran bukan sahaja daripada PAS, tetapi juga parti politik lain di Timur Malaysia. Oleh itu, kami akan terus berunding formula satu lawan satu dengan PAS, Parti Sosialis Malaysia dan parti lain di Timur Malaysia. 

“PKR hanya membincangkan formula satu lawan satu dengan PAS. Ini bukan kerjasama politik kerana kami tidak membuat dasar atau manifesto bersama.” 

Sehubungan itu, sumber berkenaan berkata, Anwar melantik Azmin mengadakan rundingan pembahagian kerusi dengan PAS dan pelantikan itu turut mendapatkan persetujuan sebahagian besar ahli Biro Politik PKR. Beliau mendakwa pemimpin yang membantah rundingan itu seperti Rafizi dan Ahli Parlimen Selayang, William Leong bukan puak Azmin, oleh itu mereka sering menentang tindakan menteri besar Selangor itu, termasuk membantah rundingan berkenaan. 


“Selaku naib presiden dan ahli Biro Politik, sudah setahun Rafizi tidak menghadiri mesyuarat biro itu.” 

Difahamkan, ketika Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Azmin menemui Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, lebih 3 minggu lalu, mereka sudah menyuarakan hasrat PKR mahu terus berunding dengan parti Islam itu. 

Rafizi sebelum ini menamakan Tian Chua, Shamsul Iskandar Md Akin, Xavier Jeyakumar, Dr Shaharuddin Badaruddin, Zuraida Kamaruddin, R Sivarasa, Datuk Saifuddin Abdullah, Datuk Kamaruddin Jaafar dan Fahmi Fadzil antara pemimpin yang menyokong rundingan dengan PAS. 

Manakala Leong, Saifuddin Nasution, Nik Nazmi Nik Ahmad, Datin Paduka Tan Yew Kew, Syed Ibrahim Syed Noh, Datuk Johari Abdul, Sim Tze Tzin dan Fariz Musa menentang rundingan itu. Leong mengumumkan peletakan jawatan dalam Biro Politik, pada Rabu minggu lalu kerana tidak bersetuju dengan rundingan itu. 

Rafizi turut mencadangkan kongres khas diadakan untuk menghentikan kekeliruan di kalangan ahli akar umbi. Sebelum itu Datuk Seri Azmin Ali dikatakan kalah pusingan pertama terpaksa menelan 'pil pahit' selepas kena akur dengan keputusan Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH).. 

Terpaksa akur dengan keputusan PKR tidak berunding dengan PAS membentuk kerjasama termasuk pembahagian kerusi menjelang PRU14 akan datang. Azmin yang dianggap tersepit kerana menjadi Menteri Besar atas sokongan PAS kena tekan brek atas usaha yang dijalankanya kerana itu saja jalan selamat baginya buat masa itu. 

Kini dikatakan pusingan untuk Azmin pula. (IH)


6 comments:

Anonymous said...

Apa yg ada pada parti lobai Azmin!
Harap serban ja berlilit kat kepala..tapi otak sontot....otk dh beku.
Mulut bertasbih..tapi..sokong kemungkaran
Cakap pasal hukum bukan main hebat...tapi..tok lobai jugak yg langgar hukum.
Org mcm ni ka yg nak diharap???

Anonymous said...

Buktikan, hujah bodoh sombong kamu itu.

Anonymous said...

kah5..
Dulu sombong dgn "Amanat Tok Lobai"
sekarang...
"Amanat Tok Lobai" sekali masuk dlm "tong taik"
Musyuk nyeeeeeeee..!!!

Anonymous said...

Hadi al takfiri sudah nyanyok...
Kalaulah TGNA ada lagi, BN pasti tumbang PRU14.
Namun kini bagi parti kosmetik islam ini,'cash is king'.

Anonymous said...

Tindakan azmin mahu bekerjasama dgn pas membuktikan kepentingan dan kekuatan pas. Aku ingatkan,,pas dah berkubur selepas sikhalwat bini orang mat sapu keluar pas dan tubuh parti panjilat tahi dap tu...pan pun hebat jugak,,hebat memfitnah,,,fitnah 90 juta dah kantoi,,,,fitnah almarhum tgna,, jika dia masih hidup,,dia pun akan sertai pan. Tapi beliau meninggal dunia dlm pas.

Dzafrullah Adha said...

Aku kalu jupe puok2 mung dengan ular baik katok puok2 mung dulu kuat sgt tepek fitnah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails