Sunday, August 27, 2017

Guan Eng Berdepan Tindakan Jika Enggan Mohon Maaf – SPRM


JELEBU: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berdepan tindakan sivil atau jenayah sekiranya beliau tidak memohon maaf secara terbuka kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam tempoh yang ditetapkan.
Ini berikutan kenyataannya yang menyifatkan tindakan menahan exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang Phee Boon Poh sebagai ‘penahanan haram’, kata Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Dzuklifli Ahmad.Beliau berkata setakat ini, SPRM masih belum menerima sebarang permohonan maaf daripada Guan Eng.
 “Sebagaimana saya kata sebelum ini, kita minta Guan Eng tarik balik kenyataan beliau dan memohon maaf secara terbuka dalam tempoh yang kita tetapkan.“Jika tiada (permohonan maaf secara terbuka), baru kita tengok apa tindakan yang patut diambil sama ada bersifat sivil atau jenayah,” katanya kepada pemberita selepas Program Ziarah Kasih SPRM siri 3 di Sekolah Menengah Triang Hilir, Simpang Durian di sini, hari ini.
SPRM, dalam kenyataannya semalam, meminta Guan Eng membuat permohonan maaf itu secara terbuka tanpa syarat kepada SPRM dalam tempoh 48 jam daripada kenyataan itu dikeluarkan atau tindakan undang-undang akan diambil terhadapnya.
SPRM berkata kenyataan Guan Eng yang menyifatkan penahanan Boon Poh sebagai ‘penahanan haram’ adalah kenyataan berunsur fitnah yang bertujuan memburuk-burukkan nama baik serta mencemarkan dan menjejaskan reputasi SPRM. –BERNAMA


Lihat juga artikel ini...
Presiden PAS Wajar Jadi PM M'sia.


Pihak kami sanggup pergi ke Sabah &Sarawak memberi maklumat lengkap mengenainya.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails