Wednesday, September 28, 2016

PAS Dipelawa Kerjasama Dengan Pakatan, Mahathir -Salahuddin Ayub

Salahuddin
KL: Parti Amanah Negara (PAN) menyeru PAS supaya berkerjasama dengan Pakatan Harapan bagi bersama-sama menumbangkan parti Melayu UMNO.
Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Salahuddin Ayub berkata, PAN bagaimanapun membuat tawaran itu hanya sekiranya PAS sudi.
“Saya berharap semua pemimpin politik bercita-cita menjadikan (Datuk Seri) Najib Tun Razak Perdana Menteri yang terakhir dalam sejarah Malaysia.
“Bagaimana nak jadikan Najib dan angkatannya (UMNO) paling akhir dalam sejarah negara?
“Sama ada Pakatan Harapan campur Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan PAS kalau mahu. Kita boleh tumbangkan UMNO,” dakwanya dalam satu ceramah baru-baru ini.
Pakatan Harapan adalah sebuahgabungan parti politik pembangkang yang didominasi oleh DAP dan dianggotai Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAN.
Salahuddin dalam pada itu mengakui kerjasama Pakatan Harapan dengan parti Tun Dr. Mahathir Mohamad semata-mata bertujuan menumpaskan UMNO.
Justeru, katanya, PPBM adalah parti yang sangat disayangi Pakatan Harapan kerana ia diterajui bekas Perdana Menteri.
“Ini komitmen kita. Insyaallah PAN sekiranya hari ini kita cakap A, esok A juga, Kita tak pandai hari ini lain esok lain. Kita mesti jelas,” katanya dalam nada menyindir PAS. 

13 comments:

Anonymous said...

Piiiiiiirah!

Ir Anonymous said...

Aku ingat PAN dgn pakatan angan2nya serta BERSATU dah cukup kuat nak lawan najib..
Rupa2nya masih perlukan PAS jugak..

Anonymous said...

Kan PAN dah ganti PAS

Anonymous said...

Bukan PAN ganti kuali

Anonymous said...

Salahudin inilah contoh akhlak yg baik dari org2 yg berpendidikan tinggi. Org berbudi kita berbahasa..jgn riak, angkuh dan sombong mcm tok ketua lebai beserta walaun2 pigs yg tk mencerminkan akhlak seorg muslim yg baik spt yg ditunjukkan nabi.

Pinggan tk retak nasi tk dingin Pas tak nak PH pun tak ingin.

Anonymous said...

Pas sokong bawa rebah..

Anonymous said...

HARI2 KUTUK,CERCA ORANG KAPIR HARBI,KAPIR TAK BERSUNAT NAJIS,KAPIR BABI,KAPIR YG BOLEH DI PERANGI,KAPIR LAKNAT,KAPIR YAHUDI,KAPIR TOKONG .......

TETAPI...BILA JATUH SAKIT PEMIMPIN PUSS PUSSS JUMPA DOCTOR KAPIR LAKNATULLAH.....
LALU MENINGGAL....KEBUMIKAN KAT NEGARA KAPIR YAHUDI JAHANAM...

APA KATA DUNIA......................!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Anonymous said...

Menjadi penasihat kerajaan.....lah
Menjadi blok ke 3..........lah
Tidak kemaruk kuasa........lah

Tapi...

Masuk bertanding dlm p,raya......
Apa motif pas sebenarnya.???????????????????

Anonymous said...

pas ni pandai tak boleh diikut.. bodoh tak boleh diajar..

Anonymous said...

PAN saja laa yang pandai.DAP saja la yg bijak.Sbb itu la DAP sayang PAN.Tapi ingat!..PAN jgn sesekali sebut/cadangkan pasal Haramkan Arak ke/Megara Islam ke /hudud ke.....Nanti lanang DAP marah tau.

Anonymous said...

Pan tak iklas tapi dap dah arahkan untuk pujuk pas sebab terdesak sangat nak berkuasa sebab tu pemimpin ph tengah pujuk pas lepas tu fitnah pas macam2 lepas tu macai2 sebarkan fitnah sebarkan kebencian dengan niat supaya islam tidak disebarkan pada rakyat. Orang islam sekuler libral lebih suka umno perintah sebab tu macai2 kerah tenaga untuk gagalkan perjuangan islam.

Anonymous said...

Sebuk nak plawa pas buat apa biarlah pas dng blok dia ph buatlah keja sendiri. Dulu tendang pas dari pr lepas tu kata pas akan berkubur sebab golongan pro dan kuar sekarang sebuk nak pujuk pas pulak.

Anonymous said...

Memang ler nak ajak Pas. Pas kini kan dah kaya, mintak share ler sikit dengan rakan2 lain. Rm90juta yang diterima hasil rompakan dari harta rakyat bersama2 MO1, takkan nak makan sendiri. Kongsilah sama. Tu belum masuk hasil daripada Rasuah Balak di Kelantan yang kini mula diketengahkan. Banyak hasil tu. Kalau dilihat dari udara, tak banyak lagi yang tinggal. Siaplah besok musim hujan datang, MB Kelantan akan tetap tak keluar rumah. Mungkin dia kawal duit dia tak kena air.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails