Saturday, October 01, 2016

RUU 355: Mufti PP Jaga Kepentingan Politik DAP?

Hasil carian imej untuk Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali

RUU 355: PAS Bidas Mufti Pulau Pinang

SHAH ALAM: Kenyataan Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor bahawa Rang Undang-undang 355 tidak boleh disama taraf sebagai undang-undang Allah kerana ia usaha manusia, dilihat seolah-olah menjaga kepentingan politik parti tertentu.


Sambil membidas kenyataan itu, Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali sebaliknya berkata, usul yang bakal dibawa Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang adalah bagi menegakkan perintah Allah.

“Apa kehendak Allah? Kehendak Allah ialah RUU ini memberi kuasa kepada mahkamah syariah untuk menghukum pesalah syariah berdasarkan syariat Allah.


"Adakah selama ini dengan Akta 355 yang memberi kuasa kepada mahkamah syariah menghukum pesalah syariah hanya sekadar 3 tahun penjara, RM5,000 denda dan 6 kali sebatan itu bertepatan dengan syariah?

“Adakah mufti memperakui perkara ini? Adakah mufti bersetuju Akta 355 ini bertepatan dengan syariah?,” kata Khairuddin yang dipetik sebuah portal.

Semalam, Wan Salim meminta mana-mana pihak agar tidak mengkafirkan orang yang tidak bersetuju dengan usul Hadi yang mahu meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (RUU 355).

Wan Salim berkata, seseorang tidak wajar memaksa mana-mana ahli parlimen menerima RUU 355 dengan apa jua cara termasuk mengugut.

“Memang seorang Muslim wajib menerima hukum yang ditetapkan oleh ALLAH SWT, tetapi RUU 355 hanyalah satu langkah ke arah memperkasa dan memartabatkan Mahkamah Syariah di Malaysia,” petik kata mufti itu semalam – AP 

13 comments:

Dzafrullah Adha said...

Walaupun Mufti lebih baik diam dr melarang org ke arah yang lebih baik

Dzafrullah Adha said...

Walaupun Mufti lebih baik diam dr melarang org ke arah yang lebih baik

ikan said...

tang mana RUU ni menjurus ke hudud. cuba mai terang kat aku ni sat khairudin. suruh ayoh pink tu jangan ponteng parlimen lebih afdal. suruh nik abduh, nasrudin velfire berdebat bukan sekadar duduk dalam parlimen lebih afdal.

Anti Fitnah said...

RUU ni ... perintah Allah swt dalam Al-Qurankah?
atau ... sabda Nabi saw dalam hadiskah?
Tolong beri penjelasan sebab yang menghina Islam hari ini bukan lagi dari orang bukan Islam tapi dari orang Islam itu sendiri.
Kenapa nak salahkan mufti Pulau Pinang bila beliau memberi hujahnya? Bukankah berhujah dan berbincang ni dapat menjana percambahan fikiran? Bolehkah kita berbincang tanpa menuduh dan melabel?
Nampaknya PAS ni dah kena sindrom melabel dan menuduh serta menghukum bila terdapat hujah yang tidak selari dengan pendapat depa?

Ir Anonymous said...

Rupa2nya ikan dan anti fitnah lebih naif dari persatuan hokkien.. Sekurang2nya persatuan hokkien faham bahawa kesan dari kelulusan RUU 355 ialah boleh memperkasakan mahkamah syariah yg membuka jalan kpd hudud.

Sepatutnya sebagai seorg muslim (kalau muslim), ikan dan anti fitnah seharusnya sudah boleh mengagak bahawa kelulusan RUU 355 boleh membuka jalan kpd hudud di kelantan dan terengganu yg majoritinya muslim (bukannya majoriti munafik yg akan memastikan agar hudud tidak terlaksana walau dgn apa cara sekalipun termasuk dgn cara bersekongkol dgn harbi!)

Anonymous said...

Ini bukan hudud. Sebab kalau ianya benar2 hudud, maka pimpinan tertinggi Pas semuanya akan tangan kudung, dihukum kerana bersetongkol mencuri harta rakyat. Masa yang sama, ulamak atau ulardalamsemak Pas kebanyakan tiada lidah akibat bercakap bohong dan mempermainkan ayat2 Quran dan Hadis untuk memenuhi karung sendiri.

Jadi kesimpulan, ruu ini bukan hudud. Ini buatan manusia bernama Hadi Awang yang Munafiq.

Arwah tgna telah bantah ruu ini sejak tahun 1984 lagi, dengan keyakinan tinggi bahawa ruu ini bukan undang2 Allah. Sekarang setelah arwah tiada, maka Hadi Awang ala munafiq cuba untuk menipu orang Islam di Malaysia bahawa ianya undang2 Allah. Bila diajak berbincang dia takut dan memaksa orang dengar cakap dia, kalau tidak macam2 label dan gelaran dilempatkan. Ini jelas sifat munafiq yang terang2.

Orang Pas memang bodoh tak boleh diajar. Kalau Hadi Awang ala munafiq kata bahawa taik dia bau harum macam di Syurga pun orang Pas akan percaya bulat2. Takut jatuh kafir dan masuk neraka. Inilah ajaran pimpinan Pas pada masa kini. Dia sahaja yang betul, orang lain salah. Apa punya akal manusia sebegini. Lagi munafiq ada la.

Pas adalah parti pembohong, pengkhianat kepada ajaran2 AlQuran dan Hadis Rasulullah. Dipermain-mainkan ayat2 Quran dan Hadis semata-mata nak kumpul harta dunia nak dibawa sekali ke dalam kubur. Niat agaknya nak rasuah malaikat2 supaya reportcard nampak cantik bila disoal di Akhirat nanti.

Bertaubatlah ahli2 Pas. Perjuangan Pas yang asal sudah tiada lagi. Sekarang adalah masa Hadi Awang ala munafiq and the Gang mengumpul kekayaan dunia tanpa menghiraukan dosa yang ditanggung. Jangan jadi bodoh dan bengong untuk selamanya. Nauzubillah....

Anonymous said...

bani melayu amat senang ditipu
nama pakai doktore
ingat hebat
mamat pakai serban
ingat alim
poooorah
ay ah kah

Anonymous said...

Bukankah Khairuddin ini dulu berpakaian seperti dewa cina? Kafir harbi jugak tu. Lagi jelas, tiada selindung, tiada cover2. Alasan dia tak tau apa yang dia buat. Habis tu, kalau perkara yang sejelas itu pun tak tau, bagaimana nak bagi penerangan tentang perkara2 lain? Mintak dijauhkan manusia syirik seperti ini.

zamri sudarman said...

Aku pun ahli PAs Jugak, tapi pemimpin pas ni maksum ke???? Ahli pun dah faedup, cuma mereka tidak isytihar kelyar je, tapi pangkah undi, idak le kot fah

zamri sudarman said...

Aku pun ahli PAs Jugak, tapi pemimpin pas ni maksum ke???? Ahli pun dah faedup, cuma mereka tidak isytihar kelyar je, tapi pangkah undi, idak le kot fah

Anonymous said...

SKETSA PAGI SABTU

Di satu pagi nan hening di tepian pantai Rusila...

" Using, ambe ade masaelah besar..." Keluh guru tok sambil menggaru2 punggungnya di dalam jubah.

" Apa ke bendanya tok? Sotong dah pupus ke?" Tanya tok.

Guru tok memandang tok dengan pandangan layu, umpama berok jinak. " Bukang masaelah sotong. Ini masaelah RUU Akta 355, bukangkah sekarang dah masuk bulang sepuloh? Kite udah janji nak bentang dan bahas usul ni...". Kata guru tok dengan wajah kelat.

Tok tersenyum. " Alhamdulillah...berjaya juga kita gantikan hudud dengan Akta 355 tu kan, tuan guru? Ini berkat solat hajat kite ramai2 baru2 ni...". Jawab tok penuh gumbira umpama jantan baru lepas klimaks.

Guru tok menoleh ke arah tok dengan wajah merah padam. Macam sotong dibakar. " Using...mung suke wat mende? Mung tau tak ambe tak prepare satu abuk pung...skrip pun tak buat lagi...ambe bukang tau nak cakap soal2 undang2 mahkamah syariah, kalau bab rukung islang tu ambe boleh la berhujah. Ini bab ade kaitang dengan seksyeng2 bagai2...Ambe mane tau bab seksyeng2 ni...kalau seks ambe tau lame doh...". Keras nada guru tok.

" Abis tu, tuan guru nak bentang apa nanti kalau tak tahu? Ini bukan macam bentang sejadah, tuan guru ku". Kata tok yg turut rasa gelisah.

" Gini...apa kate kita berpakat dengang amno, cari jalang untuk tunda dulu RUU Akta 355 ini...alaaa...cakap la kerajaang ada urusang penting yg lain...umpamanya nak bahas pasal sempadang pilihangraya ke...tak kisah la amende pung...janji tundun, err...tunda kita punya usul...amacam, using?". Soal guru tok penuh harapan.

Tok diam seketika. " Ermmm...kita boleh cuba. Tapi kita kena kerah olamak2 kita di semua pondok agar adakan solat hajat mohon tunda RUU Akta 355 ini atas sebab dharurah". Cadang tok.

" YESSS!!! Terbaik cadangang mu, Using. Tak sia2 mu ambe lantik jadi pembantu ambe walaupung tak bergaji." Jerit guru tok sambil mengangkat2 jubahnya.

"TAKBIR". Jerit tok.

Anonymous said...

TERBAIK, SANGAT KERATIF, BIJAK, CERDAS, PINTAR,MENGKAGUMKAN, TIDAK BOSAN2 MEMBACANYA...DAPAT MENGHILANGKAN STRESS DALAM MENJALANI KEHIDUPAN INI...BERJAYA MEMBUATKAN RASA BAHAGIA KEPADA ORANG LAIN...WALAUPUN EKONOMI KELURAGA HANYA KAIS PAGI MAKANNYA PAGI..KAIS PETANG MAKAN PETANG.....
TERIMA KASIH.....
KAMI SEKELURAGA SENTIASA DI BELAKANG ANDA ANDA SEMUA..!!!!
TERUSKAN PERJUANGAN ANDA ANDA SEMUA KERANA BAKAT ANDA ADALAH ANUGERAH DARI TUHAN YG MAHA ESA YG MENGWAKILI SUARA KAMI......

APA PUN TERIMAKASIH SEKALI LAGI DAN SYABASSSSSSSSSSSSSSSSSSSSS

Anonymous said...

Sesiapa orang Islang dok sokonng RUU 355 yang akang dibentangkang di parlimeng akang jatoh imang.Kalau mati kena tanang kat JIRAT CINA ...
Bodowww tok lebai PAS PIS PUS = PIGS

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails