Friday, September 30, 2016

Kompleks Perniagaan Telekomunikasi 100% Wanita Di Buka Di Saudi..

saudi-women-

RIYADH: Di Arab Saudi Kementerian Buruh dan Pembangunan Masyarakat secara rasmi membuka sebuah kompleks perniagaan telekomunikasi yang 100 peratus diusahakan golongan wanita tempatan.

Lebih unik, gedung bisnes berkenaan menawarkan perkhidmatan yang bersepadu lengkap untuk keperluan kaum Hawa dan terletak di Ghurnatah, daerah Al-Remal timur Riyadh, lapor portal berita domestik Arab News.
Selaras Program Transformasi Kebangsaan 2020 dan Wawasan Arab Saudi 2030, kompleks telekomunikasi itu turut menyaksikan penglibatan sepenuhnya rakyat tempatan sendiri langsung tanpa menggaji mana-mana pekerja asing.
Buat masa ini, gedung itu berjaya menempatkan lebih 40 buah kedai dengan menjual segala jenis produk gajet, aksesori dan perkhidmatan telekomunikasi selain sebuah medan selera yang sudah mula beroperasi sejak bulan lalu.
saudi women2
Paling menarik, pihak pengurusan kompleks berkenaan juga menawarkan sewa percuma selama tiga bulan bagi membantu semua usahawan wanita untuk bertapak kukuh perniagaan mereka dahulu sebelum dapat bersaing.
Selain bantuan dana Human Resources Development Fund (Hadaf) dan pinjaman bebas riba Saudi Credit and Saving Bank, pihak kompleks itu menyediakan banyak bilik mandi, kamar rehat serta kawalan keselamatan 24 jam.
Tidak ketinggalan, perkhidmatan bas khas turut diadakan untuk mengangkut pekerja dan peniaga berulang-alik dari rumah mereka ke kompleks tersebut kerana wanita di Arab Saudi masih dilarang memandu kenderaan sendiri.
Majlis perasmian dihadiri oleh penasihat kementerian, Dr. Ibrahim Al-Shafi, dan Setiausaha Rendah Program Khas Kementerian, Abdulmunim Al-Shihri serta pemilik gedung berkenaan sendiri, Abdulrahman Al-Hameed.
Kerajaan memberi jaminan pewujudan kompleks khas seumpama itu mampu memberi peluang perniagaan kepada ramai usahawan wanita membina kerjaya tanpa gangguan atau persaingan kotor. 
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Bukan itu sahaja, wujudkan kompleks muslimah begitu sekurang-kurangnya dapat menghindar dan mengawal masalah sosial seperti pergaulan bebas, dan lain-lain. (Agensi/IH)


saudi women2

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails