Saturday, October 01, 2016

Kes 6 Disember, Peguam Guan Eng Mohon Tangguh Teliti Dokumen 13,000 M/surat

GEORGETOWN – Mahkamah Tinggi Pulau Pinang menetapkan 6 Disember ini untuk pengurusan kes lanjut kes rasuah Ketua Menteri, Lim Guan Eng dan ahli perniagaan, Phang Li Khoon berhubung pembelian banglo di bawah nilai pasaran.
Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail menetapkan tarikh itu selepas pihak pembelaan memohon tempoh tambahan untuk meneliti dokumen pendakwaan setebal 13,000 muka surat.
Hadhariah berkata, tempoh dua bulan adalah mencukupi selain turut mengingatkan kes berkenaan tidak boleh ditangguhkan.
Salah seorang peguam Guan Eng, Gobind Singh Deo berkata, penangguhan itu dibuat bagi membenarkan pihak pendakwaan dan pembelaan menyelaraskan dokumen kes setebal lebih 13,000 muka surat.
Menurutnya, proses penyelarasan itu perlu dibuat bagi prosiding perbicaraan dijalankan dengan lancar.
“Ia satu prosedur biasa dalam kes mahkamah. Penyelarasan ini perlu untuk menyeragamkan dokumen kedua-dua pihak.
“Jika kita teruskan tanpa dilakukan penyelarasan indeks, maka prosiding perbicaraan akan mengambil masa yang panjang dan menimbulkan masalah,” katanya kepada media semalam.
Terdahulu, Guan Eng mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini di atas dua pertuduhan rasuah berhubung penukaran zon pertanian kepada zon perumahan serta pembelian lot tanah dan banglo di bawah nilai pasaran.
Sementara itu, Li Koon turut mengaku tidak bersalah atas pertuduhan bersubahat dengan Guan Eng bagi mendapatkan untuk diri Guan Eng lot tanah dan rumah itu di tempat dan tarikh sama – SH

1 comment:

Anonymous said...

Tak lama lagi rasuah balak si Kelantan akan meletup. Siap sedialah Pas Kelantan untuk menepis dan menafikan penglibatan dalam rasuah balak di Negeri itu.

Mungkin juga akan ada ugutan saman, dan seperti lazimnya akan senyap begitu sahaja. Ataupun akan dipetik ayat2 Quran dan Hadis untuk menghalalkan rasuah tersebut.

Kita tunggu dan lihat apakah tipu muslihat seterusnya daripada MB Kelantan dan barua2 Pas yang lain.

Ingat kepada kata2 slogan Pas terkini...."Pas Buat Boleh, Orang Lain Buat Tak Boleh" Hanya Pas boleh "online" dengan Allah, orang lain kena percaya buta2 dan ikut sahaja, supaya boleh terus ke Syurga. Kalau tak percaya, akan jatuh kafir dan terus masuk Neraka. Ini falsampah Pas, Parti Ajaran Sesat, menipu dan membodohkan orang Islam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails