Monday, September 26, 2016

Pembangkang Kalah Di S'gor Tanpa PAS - Analisis Parti PKR

Hasil carian imej untuk pembangkang kalah di selangor

ANALISIS yang dilakukan PKR mendapati pembangkang mungkin kecundang di Selangor tidak kira pilihan raya negeri diawalkan atau sebaliknya. Keadaan itu akan berlaku jika pembangkang gagal mencapai persefahaman dengan Pas di Selangor.

Penganalisis daripada PKR, Chan Ming Kai meramalkan PKR akan kehilangan tiga kerusi di Selangor, DAP (dua kerusi), Amanah (tiga kerusi) dan Pas (11 kerusi) jika pilihan raya di Selangor diawalkan. PKR mungkin kehilangan kerusi Ijok, Batu Tiga dan Kota Andalas manakala DAP berdepan laluan sukar di Sungai Pelek dan Kuala Kubu Baru.

Selain Bangi yang mana Pas dilihat berpeluang menang, parti pembangkang itu berdepan kemungkinan kehilangan 11 kerusi berisiko tinggi yang lain. Kawasan yang diintai Amanah seperti Seri Serdang, Cempaka dan Templer Park juga mungkin dirampas oleh Barisan Nasional (BN).

Ming Kai berkata, kejayaan pembangkang di Selangor pada 2008 dan 2013 didorong oleh taburan pengundi Cina di kawasan berlainan selain sokongan daripada pengundi bukan Cina.

"Pada 2008, cuma terdapat dua kawasan yang mempunyai lebih daripada 70 peratus pengundi Cina iaitu Seri Kembangan dan Damansara.
"Bukit Gasing dan Sungai Pinang pula mempunyai pengundi Cina yang menghampiri 70 peratus iaitu masing-masing 69 peratus dan 61 peratus," katanya.

Menurutnya, kejayaan Pas pada 2008 adalah banyak didorong oleh kejayaannya mendapat sokongan 50 peratus pengundi Cina.
"Pada 2013 pula, kerusi Pas melonjak daripada tujuh kepada 15 selepas mendapat sokongan kira-kira 40 peratus pengundi Cina," katanya.

Menurutnya lagi, persempadanan semula akan menyebabkan sekurang-kurangnya 17 kerusi pembangkang mengalami penurunan jumlah pengundi Cina.

Katanya, keadaan itu berlaku kerana pengundi Cina akan dipindahkan ke dalam kawasan DAP. Dalam pada itu, Pengarah Strategi PKR, Sim Tze Tzin berkata, Biro Politik PKR telah menolak cadangan DAP untuk mengawalkan pilihan raya negeri.

Katanya, Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali telah menjelaskan perkara itu kepada ahli parti dan ia diterima sebulat suara oleh Biro Politik PKR.
Antara penjelasan Azmin ialah keperluan perbincangan dengan Pas bagi mengelakkan pertarungan tiga penjuru. (IH)


20 comments:

ikan said...

bior le kalah bang dari dok menyusahkan kemudian hari.

Anonymous said...

Apa nak risaunya bang kalau itu kehendak PAS .kalau dah itu keputusan hulamak mereka .apa abang nak risau ,syukur je .biar BN menang .mungkin Pas pun senang.

Ir Anonymous said...

Yg penting islam dimertabatkan..

Anonymous said...

Dah lebih 60thn Pas melebong jual agama. Cakap tak serupa bikin.

Bila Hadi n the geng lebai pemakan dedak duit curi 90juta nak saman SR? kui kui kui

Anonymous said...

Pas dah tau harapan nak perintah Selangor kalau bertanding 45 kerusi secara persendirian memang tak ada.. artinya akan berlaku pertandingan 3 penjuru yang akan menguntunkan Umno..

kalau begitulah keadaanya Pas secara tak langsung merestui cara pemeritahan BN yang menyusahkan rakrat..

Mana tanggung jawab party mu ibnu hasyim

Anonymous said...

Pas memang nak begitu.. suka BN memerintah Selangor.. Ibnu hasyim Sapa yang menghiyanati rakyat Selangor sebenarnya..

Anonymous said...

Pas memalukan Islam.

Anonymous said...

Selangor Kalah kepada pas.ameen

Anonymous said...

Kalau pertanding 45kursi dah tentu pas akan menang majoriti 2/3 insyallah. Puak sekuler libral dalam ketakutan sekarang. Tawa dalam tangisan.

Anonymous said...

Dap, pkr dan pan yang meghianati rakyat selangor melalui langkah kajang yang dah terjawab akan tuduhan palsu. Sebab tu puak sekuler libeal takut pas bertanding 45 kerusi dun.

Anonymous said...

Langkah kajang urusan PKR mengganti mb selangor tapi Pas yg menggelupur masuk campur hal rumahtangga org lain. Rupa2nya pemimpin2 Pas dah termakan dedak duit curi 90juta dari najib utk buat kacau dlm Pakatan Rakyat.

Pru14, Pas @ Pigs can say bye2 to Kelantan.

Anonymous said...

Agak musykil bila Pas hidup atas duit derma tin milo dan ahli2 parti ada hati nak bertanding 45kerusi dun. Dari mana dtg duit yg banyak kalo bkn dari kongsi duit curi najib.

lagipun tok lebai kata bertanding bukan utk menang tapi utk suka2 menghabiskan duit parti dan membodohkan ahli2.

Anonymous said...

Prn sg besar dan kuala kangsar Pas kalah di belakang Amanah parti baru tak sampai setahun ditubuhkan. Amat memalukan.

Dgn adanya Bersatu dlm gabungan pembangkang PH melawan pemerintah yg zalim, Pas dlm ketakutan skrg. Dah termakan dedak duit curi dari najib.

Tawa dalam tangisan parti lebai penjual agama menipu Allah, rasul, umat Islam dan ahli2 parti dulu, kini dan selamanya..

Anonymous said...

Bukan untuk menang keutamaan pas islam walaupun tak menang tapi dakwah terus disampaykan. Kalau menang tapi islam dipinggilkan tak guna sebab perjuangan pas adalah islam. Kamu kata pas dapat duit 90juta dari najib tapi kamu pun bukan ads bukti cuma tuduhan dari puak anti perjuangan islam. Dap dapat bantuan dari israel untuk hancurkan islam. Tghh tidak memperbodohkan ahli tapi pemimpin kamu yang memperbodohkan kamu sebab kamu dah buta hati tidak tahu menilaikan mana benar mana salah. Langkah kajang urusan pkr tapi bila dah melibatkan mb itu terkait dengan dun, rakyat dan sultan sebab nak tukar mb. Kamu kena profsional dalam menilai isu tukar mb selangor saya duduk selangor saya tahu isu sebenar bukan dengar dari pemimpin yang berniat jahat. Pembohongan dah terbukti lagi tak boleh nak nampak akan kebenaran. Moga kamu diberi hidayah kembali kepada islam yang suci. Ameeen

Anonymous said...

Pas hilang kelantan itu mana kamu tahu benda belum berlaku kalau hilang kelantan pun kami tetap perjuangkan islam tak akan jual agama sebab ujian allah untuk menilai keimanan kita. Yang penting bagi kami memperjuangkan islam kalah menang itu ketentuan allah. Umno menang berpuluh tahun islam tetap dipinggirkan tapi dengan dakwah dari pas rakyat dah semakin menerima islam itu yang paling ditakuti oleh musuh islam. Bagi musuh islam biar umno menang jangan pas menang sebab pas memperjuangkan islam. Kerjasama antara umno dengan parti pembangkang terlihat jelas sebab semua parti sekular libral bersama2 bercita2 untuk kalahkan pas. Umno buat baik nampak macam nak bersatu dan parti lain buat tuduhan dan fitnah macam demi untuk jatuhkan pas supaya tiada parti memperjuangkan islam itu cita2 kamu dan pemimpin kamu. Jangan risau kami akan tetap perjuangkan islam walau pun tidak menang kerana kemenangan sebenar perjuangan islam hanya allah yang maha mengetahui. Moga kamu bersama memperjuangkan islam. Ameeen

Anonymous said...

Pas parti politik penjual agama.
Umno parti politik penjual bangsa.

Pas bkn Islam. Islam bkn Pas.
Umno bkn Melayu. Melayu bkn Umno.

Tanpa Pas atau Umno, Islam dan melayu tetap berkembang dan teguh di mana2 bumi Allah terutamanya di Msia.

Pas parti politik yg menyesatkan akidah org Melayu dulu, kini dan selamanya..

Kalo tuduhan makan duit curi 90juta itu fitnah, Hadi dan lebai2 Pas sila saman SR. Pernah dgr lebai2 Pas bersumpah laknat menafikan tuduhan? Takde kan!!

Pas memalukan Islam.

Anonymous said...

Selama lebih 60thn Pas tak pernah menang kerana Allah redha dgn parti penjual agama berketuakan Hadi lebai pembohong bersiri..

Islam agama mendidik dan menasihati utk mengembangkan lg umatnya bkn agama menghukum spt Pas.

Aamiin..

Ir Anonymous said...

Aameen..

Pada PAN biarlah DAP menang daripada UMNO menang.. Malah begitu juga pd PAN biarlah DAP menang daripada PAS menang agar islam dpt diperintah bukan memerintah..

Anonymous said...

Pas memalukan Islam.

Anonymous said...

Undi Pas = Undi Umno.

Parti penjual agama dan parti penjual bangsa yg menipu umat Islam Melayu dulu, kini dan selamanya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails