Friday, September 30, 2016

Zila AF4 - Mohd. Khairul, Mengaku Salah Berkhalwat.

Hasil carian imej untuk Zila AF4 mengaku salah berkhalwat
Zila Seeron dan Mohd. Khairul Azizi Burhanudin mengaku bersalah atas tuduhan khalwat.

HALAMAN HIBURAN
KUALA LUMPUR – Bekas peserta Akademi Fantasia musim keempat (AF4), Zila Seeron, 28, dan pengurus sebuah syarikat swasta, Mohd. Khairul Azizi Burhanudin, 32, masing-masing didenda RM2,500 oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam selepas mengaku berkhalwat di sebuah unit apartmen pada bulan lalu.
Hakim Syarie, Azzeman Omar menjatuhkan hukuman itu selepas Zila atau nama sebenarnya, Nur Azilah Seeron dan Mohd. Khairul mengaku berkhalwat di unit apartmen beralamat A-15-2 Apartmen Jalil Damai, Jalan 14/155C Bandar Bukit Jalil di sini antara pukul 6.55 pagi dan 7.13 pagi, 13 Ogos lalu.
Kedua-dua mereka didakwa mengikut Seksyen 27(a) dan (b) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 iaitu berkhalwat yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM3,000 atau dipenjarakan tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali.
Azzeman membuat keputusan itu selepas mendengar rayuan daripada Mohd. Khairul dan Zila yang tidak diwakili peguam meminta mereka dihukum denda kerana masing-masing mempunyai keluarga yang perlu ditanggung. (KOsmo!)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails