Thursday, September 29, 2016

Potong Gaji Menteri-Brunei. Saudi Ikut Tahan Insentif Staf. M'sia...?

Saudi Ikut Brunei Potong Gaji Menteri, Tahan Insentif Staf

RIYADH – Ketika penjawat awam persekutuan di Malaysia bersyukur masih lagi menikmati kenaikan gaji mulai Julai lalu, lain pula nasib kakitangan kerajaan Arab Saudi, antara negara terkaya di dunia.

Negara rantau Asia Barat itu akhirnya terpaksa mengikut jejak langkah Brunei, jiran Malaysia; apabila semalam mengumumkan kawalan ketat terhadap bajet negara termasuk menyekat kenaikan gaji semua staf kerajaan.
Berbeza dengan Brunei yang mengurangkan gaji penjawat awam sebanyak 2.3 peratus mulai Mac lalu, Arab Saudi pula memotong pendapatan bulanan semua menterinya sebanyak 20 peratus, menurut laporan media tempatan.
Langkah julung kali dalam sejarah itu susulan kejatuhan berterusan harga minyak global sejak tahun lalu, turut melibatkan elaun perumahan dan kenderaan semua ahli majlis penasihat Syura dipotong kira-kira 15 peratus.
Dekri diraja tersebut turut menitahkan bahawa kenaikan gaji semua kakitangan awam peringkat rendah digantung manakala bayaran untuk kerja lebih masa dan cuti tahunan mereka juga dihadkan untuk menjimatkan kos bajet.

Gaji dan elaun penjawat awam melibatkan 45 peratus daripada perbelanjaan kerajaan sepanjang 2015 lalu iaitu 480 bilion riyal (kira-kira RM530 bilion) sehingga menyumbang rekod defisit bajet 368 bilion riyal (RM406 bilion. 
Saudi Ikut Brunei Potong Gaji Menteri, Tahan Insentif Staf
Dianggarkan dua pertiga daripada lebih 28 juta warga Arab Saudi berkhidmat dalam sektor awam. Sebelum itu banyak syarikat tempatan dan antarabangsa terpaksa membuang jutaan pekerja asing kerana masalah kewangan.
Pada April lalu, Putera Mahkota Mohammad Salman mendedahkan pelan pembaharuan penjimatan bajet kerajaan bagi mengurangkan kebergantungan kepada hasil minyak yang meliputi 72 peratus sumber pendapatan Saudi.
Ia susulan kejatuhan harga minyak antarabangsa lebih 80 peratus sepanjang tahun lalu, sekali gus mungkin teruk menjejaskan dana simpanan 7.5 trilion riyal (RM8.3 trilion) iaitu hasil rizab negara tersebut untuk kecemasan.
Menerusi inisiatif dikenali sebagai Wawasan 2030, pemerintah Arab Saudi berhasrat memotong gaji penjawat awam sehingga 40 peratus bermula dekad berikutnya dan menggalakkan pertubuhan ekonomi dipacu sektor swasta.
Editor akhbar terkenal Arab News, Jamal Khashoggi memberitahu agensi beritaReuters“Ini antara langkah jimat bajet negara dan sudah tentu rakyat tidak suka namun ia diharap hanya masalah sementara buat masa ini.”
Netizen tempatan turut menyambut baik malah hashtag ‘sekat elaun kerabat diraja’ menjadi trending menerusi media sosial agar mendidik golongan bangsawan berkongsi sama kesukaran ekonomi. – Agensi.


1 comment:

Anonymous said...

Agak-agak la kos kakitangan awam sampai 530 billion (gilo), memang patut la kena potong.

Kos kakitangan awam Malaysia berapa je, cuba propose untuk potong gaji dan elaun
tengok apa jadi.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails