Sunday, September 25, 2016

“Can Liberalisme Save M'sia?" PKR Wakili 'liberalisme'..

Dari kiri: Khalid Jaafar, Suri Kempe (SIS), Dr Hazlin Chong (Isma) dan Patricia Tan.
Dari kiri: Khalid Jaafar, Suri Kempe (SIS), Dr Hazlin Chong (Isma) dan Patricia Tan.
Oleh Norhidayah Ismail
Aktivis Wanita ISMA


Khalid Jaafar, yang merupakan salah seorang pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR), yang biasanya bergaya dengan kot kali ini berpenampilan ala Gus Dur. Hampir-hampir tidak mengenalinya apabila beliau mengenakan songkok dan baju batik.
Di sebuah acara anjuran IDEAS yang bertemakan “Can Liberalisme Save Malaysia?” (Bolehkah Liberalisme Menyelamatkan Malaysia?), sebuah forum diadakan turut diada. 
Forum ini bertujuan mencari jawapan adakah liberalisme sesuai dengan negara yang mempunyai rakyat pelbagai budaya dan latar agama.
Khalid Jaafar menyebut dalam ucaptamanya dengan bangga, “Saya pada hari ini, mewakili pendakwah liberalisme. Segala komunikasi saya, saya akan gunakan Bahasa Melayu. Ini kerana banyak bahan liberalisme menggubakan bahasa Inggeris, jadi kebanyakan rakyat Malaysia tidak faham agenda liberalisme. Jadi saya ingin berucap menggunakan bahasa Melayu sebagai langkah strategik mendakwahkan liberalisme.”
Khalid Jaafar memang tidak pernah segan dalam mempertahankan ke’totok’an fahaman liberalisme dirinya.
Beliau menyebut kalau ingin faham jati diri negara ini, kita perlu melihat dokuman asas negara ini iaitu Dokumen Pemasyhuran Kemerdekaan 1957 yang dibacakan Tuanku Abdul Rahman pada hari kemerdekaan. Khalid Jaafar dengan bangga berkata bahawa Deklarasi Kemerdekaan 1957 ini adalah DNA identiti negara.
Khalid Jaafar berkata kita akan hilang punca kalau kita tidak ada sumber rujukan untuk memahami asas negara ini. Khalid Jaafar mendakwa bahawa fahaman liberalisme memang anutan Tuanku Abdul Rahman. Katanya lagi, itu sebabnya dalam deklarasi kemerdekaan itu tersebut tema-tema liberalisme ditekankan, iaitu soal kebebasan, kebajikan, keamanan dan kebahagiam antara rakyat berbilang bangsa. Dakwa Khalid Jaafar lagi, ia selari dan bertepatan dengan Deklarasi Kemerdekaan Amerika Syarikat yang dibawa Thomas Jefferson.
Khalid Jaafar juga menyebut dalam deklarasi kemerdekaan memanggil rakyat sebagai “ummat Tanah Melayu”, dan bukannya orang Melayu sahaja. Perlinya, tapi orang Islam ingat perkataan ummat ini merujuk kepada diri mereka sahaja.
Menggelitik hati saya melihat Khalid Jaafar yang begitu yakin membuat tafsiran terhadap keserasian identiti negara ini dengan fahaman liberalisme.
Sempat saya bertanya Khalid Jaafar selepas forum tersebut untuk mendapat kepastian lanjut.
Saya bertanya, “adakah terdapat dokumen lain selain Deklarasi Kemerdekaan Tuanku Abdul Rahman yang membentuk identiti negara? Dia jawab ya, sudah tentu ada, ada banyak dokumen rujukan lain.
Kemudian saya berkata, “jadi Deklarasi Kemerdekaan 1957 tidak perlu jadi satu-satunya dokumen yang perlu jadi DNA kepada identiti negara.”
Perlembagaan kita juga yang meletakkan Islam dalam Perkara 3(1) sebagai agama persekutuan perlu dijadikan DNA. Begitu juga lafaz pelantikan Yang Dipertuan Agong bahawa baginda sebagai Ketua Negara akan memberi komitmen memperkasakan Islam. (Dan begitu juga Kontrak Sosial).
Khalid Jaafar tersengih dan menjawab, “saya tidak tolak semua itu. Dokumen-dokumen ini sentiasa terbuka kepada penafsiran. Dan saya mentafsir dokumen ini selaras dengan liberalisme.”
Sikap Khalid Jaafar yang terlalu simplistik menafsir dokumen-dokumen berkait identiti negara sebenarnya merendahkan kredibiliti beliau sebagai seorang pengkaji di Institut Kajian Dasar (IKD). Beliau menggunakan kaedah “contextualization”, untuk mengaitkan apa sahaja perkara supaya selari dengan fahaman liberalisme beliau. Ini teknik yang sama digunakan Evangelis Kristian iaitu kontekstualisasi apa sahaja perkara supaya nampak sesuai dengan agama mereka.
Khalid Jaafar yang bersifat oportunis apabila menghina Presiden ISMA, Ustaz Abdullah Zaik dengan menyebut,
“Tahun lepas saya debat dengan Ustaz Lah di acara yang sama. Mula-mula Ustaz Lah  menentang betul-betul liberalisme. Selepas berforum dengan saya separuh jalan 40%, dia dah jadi liberal. Kalau tiap-tiap hari dia minum kopi dengan saya mesti dia jadi liberal totok."
Sedangkan kalau kita lihat rakaman forum antara Ustaz Abdullah Zaik dan Khalid Jaafar anjuran Malaysiakini tahun 2015, Ustaz Abdullah Zaik begitu konsisten memberi pandangannya mengenai liberalisme mengikut perspektif Islam sedangkan Khalid Jaafar lah yang terawang-awang masih mencari apakah definasi liberal.
Pada forum semalam, Khalid Jaafar juga keliru, sekejap rujuk Amerika, sekejap rujuk Britain, sekejap rujuk Quran sekejap cakap Perancis bukan negara liberal (sedangkan siapa yang menghadiahkan Statue of Liberty simbol liberalisme kepada Amerika Syarikat).
Boleh tonton dan baca, dan nilai hujah Khalid Jaafar tahun lepas di pautanhttps://www.evernote.com/shard/s316/sh/d3ee0525-83ab-44d5-84b0-82c4c2cf7e82/0bf7aa78db1ee53b2082992400b47f54
Khalid Jaafar dengan bangga menyebut “liberalisme adalah masa depan dunia”, walaupun panelis dari ISMA, Dr Hazlin Chong telah membawa kajian-kajian bahawa negara-negara model liberalisme telah menuju kepada sifat autoritarian.
Khalid Jaafar juga memberi contoh simplistik bahawa di negara-negara liberal seperti Amerika dan Britain tidak pernah melarang ummat Islam mengamalkan agama Islam. Sedangkan kebenaran tersebut hanyalah untuk Islam yang telah disekularkan bukan Islam yang syumul. Khalid Jaafar juga mungkin terlupa membaca laporan RAND, ‘Building Muslim Moderate Network’, bahawa jenis Muslim yang diterima oleh negara liberal hanyalah yang bersifat sekular, iaitu mengambil Islam terhad pada aspek ibadah peribadi sahaja.
Khalid aafar juga sempat menghentam negara-negara Muslim yang lain, katanya apabila Muslim ingin mendirikan negara Islam, mereka akan menuju kegagalan. Lihatlah apa yang jadi pada Pakistan dan Bangladesh. Sedangkan Khalid Jaafar gagal memahami sejarah geopolitik tanah air ummat Islam dan bagaimana negara-negara Barat yang diagung-agungkannya lah yang telah mencampurtangan, menjajah, merobek, merompak dan merosakkan negara-negara Islam. Sedangkan semuanya baik-baik sahaja dan maju gemilang di bawah khilafah Islam sama ada Umayyah, Abasiyyah mahupun Turki Uthmaniyyah.
Akhirnya, Khalid Jaafar sebenarnya tidak berjaya membawa jawapan konkrit adakah liberalisme mampu menyatukan manusia yang berbilang bangsa dan agama.
Apa yang telah berjaya dilakukan oleh Khalid Jaafar adalah terus membodohkan lagi pentaksub liberalisme yang berada di dalam forum anjuran IDEAS semalam, bahkan menghina Islam seolah-olah Islam bukan solusi kepada masyarakat dan negara.
Apa-apa pun saya bersyukur, kerana terdapat salah seorang peserta forum semalam, yang mungkin sepanjang hayatnya bergaul dengan puak liberal dan hanya mendengar tentang liberalisme, mengakui kepada kami bahawa beliau menjumpai hujah yang begitu baru mengenai Islam yang telah dibawakan oleh panelis ISMA, dan mula terbuka kepada kebobrokan sebenar liberalisme.

Norhidayah Ismail
Aktivis Wanita ISMA
(Sumber: Portal Islam & Melayu)

5 comments:

Anonymous said...

POTONG BUAH SAWIT UPAHNYA.MURAH....
LOADING BUAH SAWIT BADAN TAK LARAT..
NAK BRONING PELEPAH SZWIT INDON DAH BUAT...
NAK KERJA KONG SI KONG...BANGLA DAH SAPU HABIS...
NAK KERJA KILANG SAWIT FELDA....LECEH MASA PANJANG SANGAT..TAK DAPAT LEPAK KAT WARUNG NGKOPI SAMBIL MAIN DAM HAJI.....

FIKIR FIKIR ADA CADANGAN NAK PERGI IRAQ ATAU PUN SYRIA....
KERJA CARI BESI BURUK YG BANYAK BERSEPAH KAT SANA.....
BOLEH JADI ORANG KAYA BARU ......SUDAGAR IMPORT EXPORT BESI BURUK ENTERPRISE.......

BARU TAHU ORANG2 KAMPUNGKU ......
FELDA PERINGKAT 1 HINGGA PERINGKAT 10.....SIAPA AKU.....

LAGIPUN......
KALAU MATI NANTI AKU ADA KAD.....
AHLI SURGA.....

HARI DAH LARUT MALAM NI.....
BUAT ANAK DULU LA.....

Ir Anonymous said...

Baguslah jika ada keinginan nak masuk syurga. Janganlah sesekali bersekongkol dgn idealisma liberal kerana ia amat bahaya tahap gaban!!

Anonymous said...

Asalamualaikum ...kawan-kawan semua Cara Menyelesai MELAYU Merempat di Bumi Sendiri.

Jln penyelesaian , menyeluruh yg hakiki dan muktamad ialah bila semua lelaki Melayu Islam mula memenuhi masjid 5 waktu setiap hari dan selama-lamanya. Setiap waktu jemaah mesti sama bilangan seperti solat Jumaat.

��Masaalah dtg dr ALLAH dan hanya ALLAH yg boleh menyelesaikannya.

��Bukti di zmn kini:
��Sri Lanka org Islam adalah minoriti tetapi mereka menguasai ekonomi.
��Lihat di masjid mereka, setiap waktu kehadhiran seperti jemaah solat Juma'at.
��Di Turki, perubahan mula terjadi bila solat subuh jama'ah melimpah spt solat Juma'at.
��Dulu org Turki tak amal agama, kdr inflasi tahunan melebihi 30% dan ramai jadi buruh sapu jln di Germany.
��Kini mereka mula menikmati perubahan ekonomi mendadak dan tidak lagi merayu utk berada dlm Komuniti Kesatuan Eropah.

��Melayu akan dimuliakan oleh ALLAH tidak hina seperti sekarang di negara sendiri sekiranya beramai-ramai mengamalkan agama yg sempurna dan ia mesti bermula dgn Solat Berjema'ah di Masjid.

������Sebarkan msg ini spya ramai dpt menafa'at dr agama yg telah sempurna. Yg tak sempurna ialah pengikutnya yg engkar dgn perintah ALLAH swt.����

Anonymous said...

Asalamualaikum ...kawan-kawan semua Cara Menyelesai MELAYU Merempat di Bumi Sendiri.

Jln penyelesaian , menyeluruh yg hakiki dan muktamad ialah bila semua lelaki Melayu Islam mula memenuhi masjid 5 waktu setiap hari dan selama-lamanya. Setiap waktu jemaah mesti sama bilangan seperti solat Jumaat.

��Masaalah dtg dr ALLAH dan hanya ALLAH yg boleh menyelesaikannya.

��Bukti di zmn kini:
��Sri Lanka org Islam adalah minoriti tetapi mereka menguasai ekonomi.
��Lihat di masjid mereka, setiap waktu kehadhiran seperti jemaah solat Juma'at.
��Di Turki, perubahan mula terjadi bila solat subuh jama'ah melimpah spt solat Juma'at.
��Dulu org Turki tak amal agama, kdr inflasi tahunan melebihi 30% dan ramai jadi buruh sapu jln di Germany.
��Kini mereka mula menikmati perubahan ekonomi mendadak dan tidak lagi merayu utk berada dlm Komuniti Kesatuan Eropah.

��Melayu akan dimuliakan oleh ALLAH tidak hina seperti sekarang di negara sendiri sekiranya beramai-ramai mengamalkan agama yg sempurna dan ia mesti bermula dgn Solat Berjema'ah di Masjid.

������Sebarkan msg ini spya ramai dpt menafa'at dr agama yg telah sempurna. Yg tak sempurna ialah pengikutnya yg engkar dgn perintah ALLAH swt.����

Anonymous said...

Rasulullah SAW bersabda, “Hampir datang suatu masa bahawa Islam hanya tinggal namanya, dan Al-Quran hanya tinggal tulisannya, masjid-masjid mereka indah tetapi kosong daripada hidayah petunjuk yang benar, para ulama mereka pula adalah seburuk-buruk makhluk yang berada di bawah naungan langit kerana daripada mereka itu keluarnya fitnah dan kepada merekalah fitnah itu akan kembali.”
(HR Imam Al-Baihaqi dari Ali RA).

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails