Monday, July 11, 2016

"Sampaikan kebaikan walau satu ayat." -Anak Angkat Ronaldo.

Martunis

PERKONGSIAN video bacaan ayat suci al-Quran oleh anak angkat kepada pemain bola sepak Portugal Cristiano Ronaldo, Martunis,19, di Instagramnya baru-baru ini berjaya menarik perhatian netizen, yang tertarik dengan bacaannya itu.

Martunis yang kini menyertai akademi bola sepak Sporting Lisbon di Portugal, meluangkan sedikit masa untuk membaca al-Quran lantas berkongsi video itu dengan rakan-rakan Instagramnya.‎

"Waktunya bertadarus," tulis Martunis di Instagramnya.

Perkongsian itu lantas menarik komentar rakan-rakannya yang mengatakan bahawa amalan Martunis itu sesuatu yang digalakkan dalam Islam.

"Sampaikan kebaikan walau satu ayat," tulis Rizal.

Sementara menurut Risapramita pula Martunis mempunyai suara yang baik ketika mengalunkan bacaan ayat suci al-Quran.

"Bagus suaranya...Martunis sedang memberi contoh hal yang baik," tulisnya.

Martunis diambil menjadi anak angkat oleh Ronaldo, selepas pemain dunia itu simpati dengan nasibnya selepas ditemui selamat dalam bencana tsunami pada 2004.

Martunis yang ketika itu berusia tujuh tahun hilang selama 21 hari sebelum ditemui selamat dan terdampar di pantai dengan memakai jersi pasukan bola sepak Portugal.

Kisahnya mendapat simpati seluruh rakyat Portugal, dan mulai detik itu Ronaldo mengambil Martunis sebagai anak angkatnya. (SH)
Anak Cristiano Ronaldo sertai kelab Portugal

Berita Tambahan. 
Anak angkat Ronaldo sertai kelab Portugal 4 JULAI 2015

BAKAL mengikut jejak langkah ayah angkat! Seorang remaja Aceh yang menjadi anak angkat kepada pemain bola sepak terkenal, Cristiano Ronaldo kini akan menyertai akademi bola sepak Sporting Lisbon di Portugal.

Martunis, 18, diumunkan menyertai akademi Sporting Lisbon dalam satu majlis yang berlangsung di kelab berkenaan baru-baru ini.

"Saya sangat berbangga kerana dapat kembali semula ke portugal dan diundang menyertai kelab berkenaan.
"Ini peluang yang sangat berharga, saya harap saya dapat kawan ramai di Portugal dan akan berjanji bermain dengan sebaik mungkin," katanya lapor AFP.

Sementara menurut Presiden Sporting Lisbon, Bruno de Carvalho, Martunis akan dilatih di kelab itu sehingga dia berjaya.

"Martunis akan berlatih disini dan membesar sebagai lelaki serta pemain bola sepak," katanya.

Sporting Lisbon adalah kelab pertama Ronaldo sebelum beliau berhijrah menyertai Manchester United. 

Martunis diambil menjadi anak angkat oleh Ronaldo, selepas Ronaldo simpati dengan nasibnya selepas ditemui selamat dalam bencana tsunami pada 2004.

Martunis yang ketika itu berusia tujuh tahun hilang selama 21 hari sebelum ditemui selamat dan terdampar di pantai dengan memakai jersi pasukan bola sepak Portugal.

Kisahnya mendapat simpati seluruh rakyat Portugal, dan mulai detik itu Ronaldo mengambil Martunis sebagai anak angkatnya.

1 comment:

Anonymous said...

Main. Bola melekakan anak. Muda. Dari solat
Apa lagi j. Latihnya orang kapir. Laknat. Makan
Babi , minum arak kulup tak bersunat najis
Dan berdosa. ,membuka aurat. Dan haram
Kepada. Orang 2 pas. Kerana. Menyerupai
Orang 2 yahudi dan nasrani.....

Orang 2. Pas di galakkan duduk di rumah
Saja. Sambil. Baca. Blok. Bogel ibnu hasyim
Dan ambil. Iktibar. Daripadanya.............

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails