Saturday, July 16, 2016

Gencatan Senjata Pembangkang, Apakata Mereka?

Post PicUlasan Antarapos:

ADALAH lunak didengar bahawa parti-parti pembangkang nampaknya menunjukkan sikap positif pada syor PAS supaya “gencatan senjata” dikuatkuasakan di kalangan mereka.

Ertinya, DAP tidak lagi akan menyerang dan mempertikaikan halatuju serta tindakan politik PAS dan begitulah sebaliknya. Begitu juga dengan PKR. Ia juga akan berhenti menegur dan mengkritik DAP dan PAS secara terbuka.
















Amanah juga nampaknya akan mengurangkan serangannya terhadap PAS untuk menjawab tuduhan PAS yang agak serius selama ini yang menyimpulkan bahawa ia adalah parti yang dipimpin pejuang Islam yang berkhianat pada PAS.

Jika seruan yang dibuat oleh Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man ini dipersetujui dan diterima pakai oleh ketiga-tiga parti Pakatan Harapan – PKR, DAP dan Amanah – tentu hasrat menghidupkan strategi satu lawan satu menentang Umno-BN akan jadi kenyataan.

Yang gerun tentu Umno-BN. Inisiatif pemimpin-pemimpin PAS seperti Tuan Ibrahim Tuan Man dan Haji Idris Ahmad berpaksikan fokus menyerang Umno-BN dan bukan sesama sendiri.

Mungkin ini iktibar yang dirumuskan daripada pengalaman pahit Pilihanraya Negeri Sarawak dan dua pilihanraya kecil parlimen di Sungai Besar dan Kuala Kangsar pada Mei dan Jun lalu.

Jika benar demikian maka rakyat Malaysia boleh menyaksikan pilihanraya raya umum yang cukup menarik dan mendebarkan dalam beberapa bulan yang akan datang.

Namun keberangkalian senario idaman itu berlaku mungkin banyak halangannya dan terencat adalah tinggi. Ketika Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali menyatakan sokongan pada idea gencatan PAS itu, ada juga kerabat Pakatan Harapan (PH) yang sinis. Amanah memandang seruan PAS supaya parti pembangkang memberi tumpuan kepada musuh sebenar dan bukannya bertelagah sesama sendiri, dengan kritis.
.Pengarah Komunikasinya Khalid Samad menegaskan bahawa PAS yang sepatutnya menetapkan pendirian untuk tidak menyebabkan perpecahan yang berpunca daripada sikap tidak menentu bersabit pendekatan politik mereka.

Ujarnya sikap PAS yang kadang-kadang 'mesra' Umno-BN dan menyerang pembangkang terutamanya Amanah menjadikan pembangkang sukar menjalin kerjasama berkesan.
"Kalau dia (PAS) nak begitu (gencatan senjata), biarlah istiqamah jangan bertukar-tukar. Sekejap kata kami (PH) lawan (PAS), kejap kata musuh. Sekejap kata Umno kawan, dan sekejap kata Umno musuh.

"Bagi kami, kami berada dalam satu pakatan, maknanya kami dari awal lagi sudah memahami bahawa kerjasama untuk lawan musuh yang satu. Yang tidak faham adalah PAS," katanya.

Isunya, adakah pendirian Khalid ini bersikap peribadi atau sebenarnya mencerminkan pendirian pimpinan Amanah? Ini perlu dipastikan kerana dalam komunikasi perlu ada mesej yang jelas.
















Adakah kecurigaan Khalid terhadap PAS sebenarnya menular dalam Amanah? Bagaimanakah Amanah menilai soal keikhlasan PAS? Atau, adakah bagi Amanah penyertaan PAS tidak perlu dalam usaha menewaskan Umno-BN?

PAS nampaknya mula menghayati Budaya Politik Matang dan Sejahtera. Sebab itu pemimpin-pemimpin PAS mengesyorkan supaya gencatan senjata ini. Mengapa begitu pantas Khalid menimbulkan soal istiqamah PAS dalam menghidupkan strategi satu lawan satu pembangkang ini? Apakah Khalid bimbang jika syor PAS ini diterima DAP dan PKR, Amanah akan tersisih?

Strategi ini ‘satu lawan satu’ terbukti berkesan dalam PRU 2008 dan PRU 2013. Jika ia diulang-guna, apakah kehadiran Amanah akan dilihat berpotensi menggagalkan kerjasama menjatuhkan Umno-BN ini?

Selain faktor Amanah, kemunculan blok pembangkang Gabungan Rakyat Saksama (Saksama) mungkin mengancam pelaksanaan gencatan senjata ini. Ketetapan yang dibuat Saksama bahawa parti pembangkang dari Semenanjung seperti PAS, DAP, PKR, PAP serta Amanah dilarang meletakkan calon di Sabah dan Sarawak dan begitu sebaliknya, akan merencatkan tumpuan pembangkang.

Parti-parti pembangkang Semenanjung memang cukup ghairah untuk bertapak dan memerintah di Sabah dan Sarawak. Jika Saksama berjaya menyekat mereka, potensi menggantikan Umno-BN makin tipis.

Itu belum mengambil kira parti politik baru yang diura-ura akan ditubuhkan oleh mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Sudah tentu, Mahathir tidak mahu memimpin parti kerdil dan cil menempel pada PH atau Saksama.

Yang pasti, Mahathir mahu menjadi pemimpin pembangkang. Jika tidak, tentu tidak berbaloi niat politiknya mahu menggulingkan presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak, jiia beliau hanya berperanan kecil dalam blok pembangkang.

PAS mahu bersikap budiman. Tetapi PAS perlu insaf bahawa ia terkucil atau menarik diri daripada Pakatan Rakyat kerana tidak serasi dengan amalan dan budaya politik parti-parti pembangkang lain.

Adalah baik bagi PAS jika PKR dan DAP menyahut syor gencatan senjatanya. Bagaimanapun pertanyaan asas yang perlu diteliti PAS ialah, adakah mereka ini ikhlas?

Soalan tokoknya ialah, adakah enam parti pembangkang dari Sabah dan Sarawak serta Dr Mahathir mahu turut menghayati politik budimannya?
(Antarapos) 

3 comments:

Anonymous said...

Masalahnya Wali kepada Pakatan Al Ahzab adalah DAP-Laknatullah. DAP Laknatullah pula bersifat anti Islam dan DAP mempunyai khadam bernama PAN

http://www.ismaweb.net/2015/09/isma-sokong-mufti-pahang-tidak-tunduk-dengan-dap/

Isma sokong Mufti Pahang tidak tunduk dengan DAP


Oleh Siti Fatimah Ishak

BANGI, Isnin – Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) cawangan Pahang menyokong ketegasan yang ditunjukkan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) apabila tidak terpengaruh dengan desakan parti rasis dan cauvinis DAP yang mahu jabatan itu memohon maaf berhubung isu khutbah Aidiladha baru-baru ini.

Yang Dipertua Isma Kuantan Dr Mohamad Nor Sundari berkata tindakan Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman yang menegaskan bahawa pihaknya tidak akan memohon maaf kepada DAP suatu tindakan yang tepat.

“Khutbah yang dibacakan adalah untuk menyeru masyarakat supaya mengutamakan perpaduan tanpa mengira perbezaan fahaman politik dan wadah perjuangan.

“Jadi, DAP mahupun mana-mana pihak perlulah menghormati institusi mufti dan jabatan agama negeri-negeri yang menjaga hal ehwal agama Islam pada setiap masa. Ini bagi menjunjung perlembagaan negara yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi persekutuan,” tegasnya dalam satu kenyataan.

BACA: Khutbah Aidiladha: Kita tak akan mohon maaf daripada DAP, kata Mufti Pahang

Baru-baru ini DAP mendakwa teks khutbah sempena Aidiladha di Negeri Pahang telah menghina parti itu apabila menyebut DAP terang-terang menentang Islam.

Marah dengan tindakan itu, Pengerusi DAP Pahang Tengku Zulpuri Shah Raja Puri memberi masa lima hari kepada JAIP untuk memohon maaf secara terbuka dan menarik balik khutbah itu atau berdepan tindakan undang-undang.

Bagaimanapun Mufti Pahang Pahang bertegas tidak akan memohon maaf kepada parti rasis itu berikutan mereka mempunyai hak untuk menyatakan kebenaran Islam.

Menyokong tindakan Mufti Dr Sundari berkata, khutbah merupakan medium utama di masjid-masjid untuk memberi peringatan dan nasihat kepada umat Islam dalam pelbagai aspek kehidupan yang disampaikan ketika menunaikan solat Jumaat.

“Isma sendiri sebuah pertubuhan sederhana sejak sekian lama telah memperjuangkan kemestian umat Melayu Islam supaya kembali menghayati dan membentuk jati diri Melayu Islam yang semakin terancam akibat rapuhnya ikatan perpaduan bangsa Melayu pada ketika ini.

“Justeru bagi Isma, seruan khutbah berkenaan sangat kena pada tempatnya dan sesuai dengan penegasan Al-Quran di dalam Surah Ali Imran Ayat 103 yang bermaksud, “..dan hendaklah kamu semua berpegang teguh dengan tali Allah (agama Islam) dan jangan sekali-kali kamu bercerai-berai..”,” katanya.

Anonymous said...

http://www.ismaweb.net/2015/09/kata-pedang-bukti-bukti-dap-anti-islam-semakin-viral/

KATA PEDANG: Bukti-bukti DAP anti-Islam semakin viral

APABILA parti rasis dan cauvinis DAP mengancam akan menyaman Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), beberapa bukti DAP menentang Islam sebagai tanda sokongan kepada JAIP menjadi semakin viral. Antara bukti-bukti yang diperkatakan:

Bukti 1: Dalam Perlembagaan parti DAP, disebutkan dasar perjuangannya adalah demokrasi sekular. Ini bercanggah dengan Perkara 3 Perlembagaan negara, Islam adalah agama Persekutuan dan makna Islam sendiri yang mencakupi keseluruhan cara hidup.

Bukti 2: Prinsip sosialis sekular yang mengundang kebebasan individu tanpa kawalan agama. Ini bercanggah dengan Perkara 3, yang memberikan hak beragama dan kebebasan beragama atas hak individu serta menghormati Yang DiPertuan Agong sebagai ketua agama.

BACA: Khutbah Aidiladha: Kita tak akan mohon maaf daripada DAP, kata Mufti Pahang

Bukti 3: Siri penentangan terbuka terhadap hak demokrasi majoriti rakyat Kelantan untuk melaksanakan Kanun Jenayah Syariah (Undang-undang Hudud), sekaligus menentang keputusan Sultan Kelantan dalam titah Baginda dalam sidang DUN Kelantan Mac 2015. Bab ini ramai saksi hidup yang sanggup tampil ke mahkamah jika berlaku saman, termasuk dalam taklimat tertutup, ramai pemimpin DAP bersuara terus terang tidak bersetuju dengan kanun itu.

Bukti 4: DAP bersikap tidak menghormati malah bertindak songsang dengan prinsip Perlembagaan negara tatkala cubaan private member bill untuk meminda Akta 355 bagi meminda kadar hukuman jenayah Islam agar selari dengan hukum Islam sebenar. DAP tegar menganggapnya bercanggah dengan Perlembagaan sedangkan Parlimen adalah satu proses perundangan berlandaskan Perlembagaan.

Bukti 5: Apabila Perdana Menteri ke-4 Tun Dr Mahathir Mohamed mengisytiharkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam pada 29 September 2001. DAP berkeras bahawa Malaysia bukan sebuah negara Islam dengan memperkenalkan kempen menentang “Deklarasi 929” sekalipun Tun Dr Mahathir menerangkan tiada perubahan pada perlembagaan Malaysia. Malah, DAP menentang sebarang perlumbaan antara UMNO dan PAS untuk menjadi parti yang lebih Islamik pada sidang media 22 September 2002.

Bukti 6: DAP menolak pengenalan subjek TITAS (Islamic and Asian Civilisation Studies) di Institut Pengajian Tinggi Swasta.

Bukti 7: DAP menganggap amalan agama Islam seharusnya terhad untuk amalan peribadi sahaja sedangkan hakikat amalan Islam menjangkau bukan sahaja amalan peribadi tetapi mencakupi keseluruhan aspek kehidupan.

Bukti 8: DAP pada 22 Ogos 2012 mengatakan Hudud dan Negara Islam bukanlah polisi dalam Pakatan Rakyat lantas menolak sebarang usaha yang berkaitan dengan agenda Islam walaupun terhadap rakan pakatan mereka sendiri.

Bukti 9: DAP tegas mempertahankan pendirian mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara sekular dan berusaha supaya syariat Islam seperti perundangan hudud tidak dilaksanakan di negara ini.

Bukti 10: Pimpinan DAP yang “islamophobic” seringkali menyindir dan campurtangan dalam isu-isu seperti kod etika berpakaian yang dituduh sebagai usaha islamisasi, isu sambutan Halloween dan Valentine bagi umat Islam, mengadakan pesta Oktoberfest dan konsert secara terbuka, isi khutbah Jumaat dan pelbagai lagi perkara sama ada di dalam status FB atau twitter yang mengundang kemarahan umat Islam.

Terpulanglah kepada para pembaca untuk menilai bukti-bukti tersebut. Hakikatnya, Islam adalah suatu sistem cara hidup yang mencakupi amalan rohani peribadi sehingga kepada sistem keadilan, sosial, ekonomi dan politik.

DAP tidak boleh mengehadkan Islam hanya kepada amalan peribadi dan paling tinggi ekonomi sedangkan menolak juzuk-juzuk Islam yang lebih menyeluruh yang menyentuh isu kenegaraan, perundangan, politik dan pelbagai aspek dalam kehidupan.

Anonymous said...

BEST FROM SEMUT HITAM

MAHFUZ BEAN CUBA "AZANKAN" KHALID SAMAD!!!

Heh! Takut cadangan yang dibuat oleh Timbalan Presiden PAS ditolak oleh puak Pakatan Haprak serta menghancurkan harapan dia, Si Mahfuz Bean ni tampil meng-Azan-kan Khalid Samad.

Jika sebelum ini, kita dapat melihat ketegaran Khalid Samad mengkritik dan memperlekehkan cadangan yang dibuat oleh Timbalan Presiden PAS untuk mengadakan genjatan senjata.

Khalid Samad dalam kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini lantang mempertikaikan cadangan Tuan Ibrahim Tuan Man dan menyifatkan ianya sebagai 'Wayang Retorik' yang dimainkan oleh PAS.

Namun, bagi Si Mahfuz Bean, saranan yang dibuat oleh Tuan Ibrahim itu sewajarnya disambut baik oleh parti KUALI pimpinan Si Mat Sabu tu bagi melihat masa depan Pembangkang.

Mahfuz kata, Khalid Samad tidak perlu mudah melatah, sebaliknya bersangka baik dan melihat gambaran yang lebih besar disebalik saranan yang dibuat oleh Timbalan Presiden PAS itu.
“Saya harap Khalid Samad harus bersangka baik tidak menimbulkan perkara yang mengeruhkan keadaan. Bagi saya Khalid Samad harus menerima kenyataan Tuan Ibrahim itu menunjukkan bagaimana pendirian PAS menerima dan memperakui kehadiran Parti Amanah, sebab itu mereka minta lakukan gencatan senjata termasuk parti Amanah," katanya.
IRONIKnya, tindakan Si Mahfuz Bean tu sendiri agak mencurigakan bagi sesetengah pihak. Kenapa baru sekarang dia nak tampil mempertahankan kenyataan yang dibuat oleh pimpinan PAS?

Kenapa selama hari ini, tatkala Si Khalid Samad tu menghentam PAS secara terang - terangan, dia sedikit pun tak berbunyi mempertahankannya partinya dari serangan wakil PAN tu?

Sebaliknya Si Mahfuz Bean tu dilihat hanya sekadar mengambil sikap berdiam diri dan tidak tampil untuk menjawab semua dakwaan yang telah dilemparkan terhadap PAS selama hari ini.

Tidakkah itu membuktikan yang Si Mahfuz Bean tu ada kepentingan dalam saranan yang dibuat oleh Tuan Ibrahim tu sebelum ini? Hakikatnya, Si Mahfuz Bean tu hanya sekadar nak jaga kepentingan Politik Peribadi dan masa depan diri dia sendiri je!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails