Thursday, July 14, 2016

Kenapa Bela DAP? -YDP Majlis Syura Isma

Hasil carian imej untuk dap kit siang


Kenapa DAP yang dibela?

DAP ke MCA ke atau lain semuanya sama je. Mereka berada dalam millah wahidah atau ikatan yang satu.

Mereka menentang pelaksanaan hudud walaupun hanya untuk rakyat Melayu Islam Kelantan sahaja. Itupun nama je hudud.

Hukuman tidaklah sebagaimana hukum asal dalam Syariat Islam. Cuma penambahbaikan pelaksanaan sahaja.

Mereka menentang hudud bukan kerana hudud tetapi kerana hudud ada kaitan dengan syariat Islam. Kesimpulannya mereka menentang apa yang ada kaitan dengan syariat Islam.

Apabila laksanakan hudud walaupun tidak sepenuhnya, bermakna sesebuah negara atau negeri tersebut sudah ada ciri-ciri negara Islam.

Berbeza dengan sistem ekonomi Islam atau ringkasnya Sistem Perbankan Islam. Sistem ekonomi tidak dikira sebagai ciri-ciri negara Islam.

Ini yang DAP dan MCA serta mereka yang seangkatan dengannya tidak mahu. Mereka tidak mahu Malaysia atau mana-mana negeri dalam Malaysia boleh digelar sebagai negara atau negeri Islam. Mereka mahu Malaysia adalah negara sekular. Mereka tidak mahu satu juzuk daripada bumi Malaysia boleh digelarkan sebagai negeri Islam kerana ada undang-undangnya dinamakan Hudud.

Tapi malangnya ada NGO dan parti-parti Melayu Islam menyokong mereka. Mereka bukan sahaja menyokong bahkan mengutarakan hujah kenapa perlu menolak hudud di Kelantan.

Beberapa parti Melayu dan NGO Islam bergandingan dengan parti bangsa Cina dan India menolak hudud di Kelantan dengan hujah yang sama. Identiti DAP dari dulu hingga sekarang tidak pernah berubah dasar perjuangan mereka. Cuma parti Melayu sahaja yang silih berganti memujanya dan mendampinginya dengan pelbagai gelaran yang diberi.

DAP pernah diberi gelaran sebagai rakan Tahaluf Siasi untuk beberapa tempoh. Akhirnya berpisah juga. Cuma yang terkini tidak ditonjolkan sangat istilah Tahaluf Siasi. Mungkin lebih kepada istilah dakwah maka diistilahkan sebagai target dakwah dengan hikmah kerana mereka tidak memahami Islam. Gelaran ini mungkin untuk dalaman sahaja. Secara rasmi DAP adalah rakan Tahaluf Siasi.

Umat masih menunggu sehingga bila mereka boleh bertahaluf. Natijahnya antara dua sahaja. Samada mereka akan berpisah pada satu ketika nanti setelah sedar ianya tidak menguntungkan Islam atau mereka tanpa disedari banyak menggadaikan asas dakwah dan syariat Islam demi kerjasama politik yang tidak jelas hala tujunya tetapi masih mendakwa mereka mengamalkan prinsip dakwah bilhikmah.

Mereka masih merasakan DAP adalah rakan seperjuangan untuk menegakkan Islam di Malaysia. Setakat ini tiada parti Melayu Islam yang boleh kekal dengan DAP.

Kalau parti atau NGO terkini boleh kekal dengan DAP, agaknya apa yang akan terjadi kepada NGO atau parti Melayu tersebut. Sama ada berlaku proses pencairan fikrah atau luntur identiti kerana DAP tetap dengan agenda asal mereka dari dulu hingga sekarang. Siapa ingin bersamanya mesti menerima ideologinya.

Siapa DAP? DAP ada wakil dalam IFC. Antara tuntutan IFC ialah kebebasan murtad untuk orang Islam. Bebas kahwin antara orang Islam dengan kafir tanpa perlu menukar agama.

DAP ada dalam COMANGO. COMANGO menuntut seks songsang. Dan banyak lagi tuntutan DAP secara langsung atau di belakang tabir tetapi menjadi kebanggaan beberapa NGO Islam dan parti Melayu Islam.

Adakah DAP akan luntur atau parti Melayu yang bersamanya akan hilang maruah dan identiti?

Ustaz Sharipudin bin Ab Kadir
YDP Isma Pasir Puteh
Merangkap
YDP Majlis Syura Isma
July 13, 2016 at 11:39 AM
(http://www.ismaweb.net/2016/06/kenapa-dap-yang-dibela)Delete

9 comments:

Anonymous said...

Stat jillat

Anonymous said...

Sesiapa yg menentang DAP dicop pro kuffar. Dimata PAN yg beriman hanyalah DAP walaupun ketua mereka bukanlah Islam. Itu sebab Pakatan Harapan adalab Pakatan Al Ahzab di zaman modern ini

Anonymous said...

iNGAT PAN INGAT DAP
INGAT DAP INGAT ABU LAHAB
INGAT DAP INGAT MEREKA BENCI ISLAM
INGAT PAN INGAT KHADAM DAP



http://www.ismaweb.net/2016/05/kata-pedang-ingat-dap-parti-dominan-jika-pakatan-harapan-tadbir-negara/

KATA PEDANG: Ingat! DAP parti dominan jika pakatan harapan tadbir negara


GELARAN cauvinis sangat sesuai untuk DAP yang kini dilihat semakin galak mengejar kuasa politik tanah air apabila mereka makin menunjukkan taring.

Jika dulu PAS, kini PKR mahupun PAN pasti tidak berupaya menahan kehendak dan nafsu serakah DAP yang sudah tentu mahu meneruskan agenda menghapuskan hak dan keistimewaan Melayu dan Islam sedikit demi sedikit.

Sebab itu Pedang sangat bersetuju dengan kenyataan bantan Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad baru-baru ini bahawa sekiranya pakatan harapan diberi peluang mentadbir negara ini, maka kedudukan Melayu Islam akan terhakis.

Jika pakatan harapan menang maka sudah pasti, parti yang akan menjadi dominan adalah DAP, bukannya PKR atau PAN.

Tidak ada salahnya apa yang diutarakan Tun Abdul Hamid. Memang itulah hakikatnya. Selama ini pun, DAP terus memainkan propaganda anti-Melayu dan mempergunakan isu agama untuk meraih simpati.

Pedang bukan mahu memainkan sentimen politik, jauh sekali menghasut. Pedang hanya sekadar mahu mengingatkan bangsa Melayu mengenai kezaliman dan agenda DAP yang tak akan pernah berhenti.

Agenda mereka ialah menolak Malaysia sebagai sebuah negara Islam. Kalau boleh, mereka mahu menukar status agama bagi Persekutuan.

Apa akan jadi jika parti rasis ini berkuasa? Sudah tentu bangsa Melayu akan dilenyapkan dari muka bumi Malaysia ini, bahkan agama Islam mungkin akan dipesong-pesongkan untuk tujuan penghapusan secara halus. Bangsa lain umpama balaci mereka sahaja.

Apa yang Pedang boleh katakan, DAP mahu menguasai Malaysia dengan cara yang paling jijik dan kotor. Sikap anti-Islam DAP bakal mengundang padah kepada negara dan kita umat Islam keseluruhannya. Lebih-lebih lagi apabila anti-Islam di luar sana pula sedang melihat dari jauh sasaran mereka.

DAP sepatutnya diharamkan di negara ini, ideologinya sangat berbahaya untuk rakyat Malaysia, khususnya generasi umat Islam masa depan.

Anonymous said...

Pak ustaz kalau buat hudud ko berani ke potong tangan org besar Islam yg perasuah di Malaysia? Nak tegur pun tak berani lg mau sembang. Isu hudud ini sebenarnya gimik mainan pas shj. Hakikatnya hajat niat tidak ke situ.

Anonymous said...

Sesiapa yg menentang DAP dicop pro kuffar. Dimata PAN yg beriman hanyalah DAP walaupun ketua mereka bukanlah Islam. Itu sebab Pakatan Harapan adalab Pakatan Al Ahzab di zaman modern ini

Anonymous said...

TERBAIK !!!!! NASIHAT KEPADA PAKATAN AL AHZAB TERUTAMA WALI MEREKA DAP AL ABU LAHAB. PENCERAHAN DARI GERAKAN ISLAM (ISMA)

http://www.ismaweb.net/2016/02/musuh-guna-rahmatan-lil-alamin-perangkap-umat-islam/

Musuh guna ‘Rahmatan Lil Alamin’ perangkap umat Islam

Akhir-akhir ini sering muncul ungkapan Islam Rahmatan lil’alamin, suatu slogan yang diketengahkan untuk mempromosikan versi Islam yang ‘progresif’, ‘moderat’ dan liberal.

Tanpa disedari dalam benak fikiran orang ramai telah tersemai bahawa terdapat banyak Islam, bergantung kepada pentafsiran masing-masing untuk mengamalkan versi yang disukainya.

Sehingga golongan yang memusuhi Islam pun mempergunakannya untuk kepentingan mereka.

Islam rahmatan lil’alalmin bagi mereka adalah Islam yang menerima sekularisasi dan liberalisasi agama, Islam yang meraikan LGBT, hak murtad, pluralisme agama, hak mengembangkan ajaran sesat dan lain-lain.

Pendek kata Islam yang sentiasa berkembang menyantuni kemodenan ciptaan Barat.

Ketahuilah bahawa ia adalah strategi untuk mengkotak-katikkan umat Islam, agar kita saling bertelagah sesama sendiri, pihak yang menentang dianggap menganut Islam yang jumud, konservatif dan fundamentalis.

Umat Islam perlu berhati-hati agar tidak masuk ke dalam jerangkap samar ini, menggadaikan akidah dan jati diri sebagai seorang Muslim agar tidak merasa terasing dalam dunia yang semakin hilang arah.

Islam adalah rahmat kepada seluruh umat manusia, bahkan kepada seluruh alam. Sifat rahmat ini telah sejak mula bersama Islam dan tidak pernah terpisah daripadanya.

Ia adalah Islam yang sama yang dibawa oleh Rasulullah saw dan para pewaris baginda para ulama’ yang benar sehingga ke hari ini.

Ia bukan Islam yang baru, yang dicipta oleh kaum modenis dan liberal, yang mencuba untuk merungkai yang lama untuk digantikan dengan yang baru yang dianggap lebih baik oleh mereka.

Islam tidak berkembang, ia telah sempurna sedari awal lagi. Yang berubah adalah orang Islam, ada ketikanya mereka benar-benar mencerminkan keindahan Islam dan ada ketikanya mereka mengotorkan imej Islam.

Prof Madya Dr Khalif Muammar A Haris

Anonymous said...

PAN Pulau Pinang Paling Teruk - Mejar Zaidi



Saya telah menulis 2 bahagian berkenaan surat terbuka Mejar Zaidi Ahmad kepada Presiden PAN Mohamad Sabu. Bahagian akhir mengenai surat terbuka berkenaan akan saya perincikan pada artikel ini.

Pada bahagian akhir surat terbuka bertarikh 19 Jun 2016 tersebut Mejar Zaidi melahirkan rasa kekecewaannya kepada Mat Sabu atau pengurusan parti berkenaan di Pulau Pinang.

Petikan akhir surat berkenaan seperti berikut:-
Akhir sekali bang Mat orang Penang, adakah Amanah Penang adalah Amanah terbaik dari segi keahlian, aktiviti, pentadbiran dan sebagainya untuk menjadi contoh kepada Amanah di tempat2 lain?
Jika tidak kenapa, sedangkan di Penang Amanah adalah sebahagian dari kerajaan?
Pemimpin yang hebat ialah yang mampu menyelesaikan masalah bukan menjadi sebahagian dari masalah itu sendiri.

Mejar Zaidi sebelum menjadi ahli DAP adalah ahli parti PAN Kepala Batas. Dia adalah Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (PAN) Bahagian Kepala Batas, Pulau Pinang.

Saya tak ada maklumat yang tepat mengenai bilangan ahli PAN di Pulau Pinang tetapi mengikut sumber yang rapat ahli PAN di Pulau Pinang sekitar 1000 orang sahaja.

Tapi saya mempunyai maklumat untuk Kepala Batas, Bukit Mertajam dan Bukit Gelugor kerana saya ada kenalan rapat di sana yang saya pernah bantu untuk PRU-12 bagi menumbangkan kerajaan BN. Seorang kenalan saya kini dah jadi orang kuat PAN.

Kenapa Mejar Zaidi marah sangat kepada Mat Sabu?

Cuba anda fikir ahli PAN yang berdaftar bagi Bahagian yang diwakili oleh Mat Sabu iaitu Bukit Mertajam hanya 50 orang sahaja. Dun Berapit, Dun Mat Sabu hanya 14 orang yang berdaftar sebagai ahli PAN!




Tergelak saya bila diberitahu Dun Berapit hanya 14 orang ahli PAN berdaftar. Nak tubuh AJK pun masih tak cukup kouta! INIKAH TARAF PRESIDEN PAN??

Saya juga dimaklumkan oleh kawan-kawan rapat termasuk seorang orang kuat PAN bahawa kawasan Mujahid Yusof Rawa iaitu Bahagian Bukit Gelugor hanya ada 40 orang ahli. Ahli PAN di Dun yang diwakili oleh Mujahid iaitu Dun Air Itam hanya ada 3 orang ahli PAN yang berdaftar. HAMPIR PECAH PERUT saya gelak!




Mejar Zaidi tak bengang pasal apa, dia mampu menarik lebih kurang 200 ahli PAN berdaftar untuk Bahagian Kepala Batas tapi tokoh hebat PAN hanya mampu tarik 3 orang ahli!!

Saya kata persatuan orang-orang buta di Dun Air Itam pun lebih daripada 10 orang. Ini hanya 3 orang. MANA NAK LETAK MUKA MUJAHID??

Kedua Mejar Zaidi ada menyebut tentang Mat Sabu adalah masalah kepada parti PAN di Pulau Pinang. Yang ini saya tak nak huraikan malam ini. Rasanya lebih baik tanya Mejar Zaidi sendiri biar dia terangkan.

Saya pun nak tidur awal malam ini, harap-harap dapat mimpi bertemu Mat Sabu dengan ahli dunnya 14 orang tersebut. Tapi saya tak boleh fikir bagaimana orang hebat berpidato macam Mujahid hanya dapat tarik 3 orang ahli... Baik saya berhenti sebelum perut saya sakit kerana terlalu banyak gelak!



Haji Hassan Omar
http://hajihassanomar.blogspot.com

Anonymous said...

Semua barua, pencacai dan macai Ketua Musyrikin Penang adalah ibarat anjing kurap buruk kepala yang diupah tulang dan dedak babi cap roket untuk menfitnah ulama Islam dan parti Islam yang sedang berusaha melaksanakan ajaran Islam dan hukum Allah dari dulu, kini dan selamanya.

Semua dakwaan karut seperti UG, penasihat, kerjasama antara parti Islam dan AMNO dll yang telah dicipta oleh anjing kurap buruk kepala untuk memburuk-burukkan ulama Islam dan parti Islam telah terbukti palsu dan fitnah. Ini jelas menunjukkan roket menentang Islam dan menindas umat Islam. Para munafiqun adalah penjilat Ketua Musyrikin Penang yang menjijikkan!

Inilah akibat penjilat, pencacai, macai dan barua roket diberi makan dedak babi cap roket. Apabila dedak roket ditabur-tabur, barua-barua roket menjadi bangang, lidah kelu mulut tertutup rapat dan mata seolah-olah buta tak nampak gajah depan mata dan telinga menjadi pekak. Maklmumlah penangan dedak kegemaran babi ternakan.

Maka tidak hairanlah penjilat, pencacai, macai dan barua roket sibuk menjilat kaki sifu-sifu roket yang sedang menghina ajaran Islam dan hukum Allah dan menindas umat Islam.





Anonymous said...

Nampak sangat anon 9:35am anti islam sebab sanggup tolak perjuangan islam dan bersama kafir memburukkan perjuangan islam. Berpuluh tahun pas berjuangan untuk menumbangkan umno kerani kezaliman dan tidak mengikut landasan islam. Masih tidak tegur lagi ke kamu yang menyokong mereka bila dah jadi macam ni salahkan pas orang ajan ke jalan islam tetap tak mahu sama aja kamu dengan umno politik suku agama suku.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails