Friday, July 15, 2016

'Gencatan Senjata' Pembangkang. Dr Mahathir & Kumpulan Setuju Tapi PAS..


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kumpulannya dan pembangkang tidak akan menyerang PAS jika mereka tidak menyerang terlebih dahulu.

Bercakap pada sidang akhbar di Putrajaya hari ini, Dr Mahathir berkata kumpulan yang menyertai gerakan Selamatkan Malaysia telah bersetuju untuk mengadakan 'gencatan senjata' di antara mereka.

"Kami bersetuju dengan cadangan untuk 'gencatan senjata' di antara kita.
"Tidak dengan orang-orang yang sebahagiannya dengan kerajaan dan sebahagiannya dengan pembangkang," katanya.

Ini dipercayai merujuk kepada PAS, yang kini lebih dekat dengan BN selepas terkuburnya Pakatan Rakyat, tetapi masih kekal sebagai sebahagian daripada pembangkang.

Ketika diminta mengulas lanjut mengenai sama ada mereka akan melakukan gencatan senjata dengan PAS, Mahathir menjawab: "Kami berharap (mereka) tidak akan menyerang kita dan kita tidak akan menyerang mereka."





Kenyataannya itu dibuat sehari selepas Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man menyeru 'genjatan senjata' di kalangan parti-parti pembangkang.

Tuan Ibrahim semalam berkata, sebaliknya pihak pembangkang perlu mengembleng tenaga menentang BN.

Beliau berkata parti pembangkang boleh berkompromi tanpa mengorbankan dasar utama mereka untuk memberi tumpuan kepada "musuh sebenar".  (Bloglist M'sia)

5 comments:

Anonymous said...

PERINGATAN UNTUK UMAT ISLAM, ULAMA ISLAM DAN PARTI ISLAM

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Nabi Muhammad s.a.w. bersabda,

لاَ يُلْدَغُ الْمُؤْمِنُ مِنْ جُحْرٍ وَاحِدٍ مَرَّتَيْنِ

“Tidak selayaknya seorang mukmin dipatuk ular dari lubang yang sama sebanyak dua kali.” (HR. Bukhari no. 6133 dan Muslim no. 2998)

Ibnu Hajar berkata, “Seorang muslim harus terus waspada, jangan sampai lalai, baik dalam urusan agama maupun urusan dunianya.” (Fath Al-Bari, 10: 530)

Berhati-hatilah sebab puak munafik dan kafir sentiasa berusaha menghapuskan Islam dan menyesatkan umat Islam.

Anonymous said...

"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi orang yang bersama(yang dipercayai) dalam perjuangan . Mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya." (Surah Ali-Imran, ayat 118)

Anonymous said...

MashaAllah apa jua yg terjadi di Politik Malaysia sudah diberi penjelasan dalam Islam. Amal Makhruf Nahi Mungkar. Amal Islam Nahi Anti Islam. Sebenarnya DAP laknatullah amat membenci sinar Islam di Malaysia. Kepimpinan DAP persis Abu Lahab dan Abu Jahal

IrWrWs said...

Jom bersolidariti bersama super perasuah

Anonymous said...

Puak sekuler librel berpakat nak hancurkan pas sejak dari dulu lagi bermacam2 cara digunakan dan kini fitnah berleluasa yang paling dicanangkan mereka pas berug dengan umno tapi yang nyata mereka telah berkerjasama dengan umno dengan jelas dimana matlamat dan perjuangan mereka sama untuk menghancurkan pas. Tapi pas tetap istikomah ke jalan allah sedarlah wahai pengikut2 fahaman sekuler bahawa kamu telah ditipu dengan jelas oleh pemimpin kamu kembalilah kepada islam yang sebenar.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails