Tuesday, July 12, 2016

Majlis Presiden PH Akan Heret Rakyat Pastikan LGE Dibebaskan?

KUALA LUMPUR – Majlis Presiden Pakatan Harapan mengambil pendirian bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng tidak perlu bercuti atau meletakkan jawatan walaupun sedang berhadapan dengan kes rasuah dan salah guna kuasa yang sangat serius di mahkamah.

Majlis Presiden Pakatan Harapan dalam satu kenyataan mendakwa kononnya Guan Eng tidak bersalah dalam kes tersebut sebaliknya menjadi mangsa politik yang bertujuan mengukuhkan kedudukan kerajaan.
Majlis Presiden Pakatan Harapan dalam kenyataan itu secara tidak langsung turut memberi amaran akan mengheret dan mempergunakan rakyat bagi memastikan Guan Eng dibebaskan daripada tuduhan berkenaan.
“Pimpinan Pakatan Harapan dari ketiga-tiga parti akan turut serta dalam program-program seluruh negara untuk membawa pemangsaan politik terhadap Guan Eng ini kepada rakyat.
“Majlis Presiden juga buat kesekalian kalinya menegaskan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim (banduan kes liwat) adalah mangsa konspirasi politik dan perlu dibebaskan segera,” dakwa kenyataan itu hari ini.
Kenyataan berkenaan dikeluarkan secara bersama oleh Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Penasihat DAP selaku bapa kepada Guan Eng, Lim Kit Siang dan Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Mohamad Sabu.
Kenyataan itu bagaimanapun secara tidak langsung menunjukkan sifat jelik sebenar Pakatan Harapan yang sebelum ini sering melaungkan mana-mana pemimpin yang berhadapan tuduhan di mahkamah perlu bercuti atau meletakkan jawatan demi menjaga integriti.
Majlis Presiden Pakatan Harapan dalam pada itu mengecam Mufti Pahang, Datuk Seri Dr. Abdul Rahman Osman kerana didakwa cuba memecah belahkan perpaduan kaum di Malaysia dengan melabel DAP sebagai kafir harbi.
“Kami yakin Pakatan Harapan adalah gabungan politik terbaik untuk mengukuhkan persaudaraan pelbagai kaum di negara ini. Pakatan Harapan akan meneruskan program yang meningkatkan rasa hormat kepada pegangan dan amalan setiap kaum,” dakwa kenyataan itu. – MYNEWSHUB.CC

2 comments:

Anonymous said...

Tuan. Presiden. Penis - sehat bn........
Lebuh. Raya pantai. Timur 2...di kenakan. Tol....
Rakyat. Sedang. Susah , barang. Makan mahal ,
Peluang kerja. Tiada..lagi kena. Cukai........
Tuan. Penis - sehat. Kena. Buat sesuatu......
Sekiranya. Tidak mahu. Di catatkan dalam sejarah. Sebagai. Punah - sehat yg gagal........

IBU,FITRI SULISTIAWATI said...

Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976 atau KLIK DISINI insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails