Thursday, July 14, 2016

Ini Bukti PKR Khianati PAS, Putuskan Hubungan. -Dr Mohd Zuhdi.


Pusat Penyelidikan PAS Dr Mohd Zuhdi Marzuki menyokong jika PAS mengambil langkah memutuskan hubungan dengan PKR, ia mengambil kira beberapa tindakan parti tersebut yang melanggar perjanjian kerjasama yang dipersetujui sebelum ini.
Namun, katanya beliau tidak berhak membuat keputusan tersebut kerana kuasa berada di bawah Majlis Syura Ulama PAS dan hanya boleh memberi sokongan terhadap cadangan tersebut.
“Perkara ini telah dicadangkan oleh Muslimat sewaktu Muktamar hari itu, dan segala cadangan itu akan dirumuskan oleh sekteriat Muktamar, baru lah akan dihantar kepada Majlis Syura Ulama untuk membuat keputusan.
“Kebiasaannya ia akan diberitahu dengan awal dan tidak mengambil masa yang lama untuk diserahkan kepada Majlis Syura Ulama, sekarang pun dah sebulan setengah daripada tarikh Muktamar, mereka masih sedang meneliti akan perkara itu,” katanya ketika dihubungi BNBBC.my.
Terdahulu, Dewan Muslimat PAS pada Muktamar parti yang Ke-56 baru-baru ini menerima usul mendesak parti Islam itu mengkaji semula hubungan tahaluf siyasi dengan PKR terutama pada pilihan raya umum akan datang.
Usul yang dikemukakan Dewan Muslimat PAS Kedah dan akan diserahkan kepada Majlis Syura Ulama PAS.
Mengulas lanjut, Zuhdi berkata beliau tidak mahu mempengaruhi keputusan yang dibuat Majlis Syura Ulama, namun sokongannya itu adalah berdasarkan beberapa bukti jelas yang menunjukkan PKR cuba meletakkan ‘benteng’ dengan parti Islam itu.
“Contoh dalam PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar memang satu pengkhianatan yang jelas yang dibuat oleh PKR.
“Di mana PKR secara jelas menyeru pengundi jangan undi PAS sedangkan kita ada pakatan politik.
“Ini bukti-bukti pengkhianatan yang memang sudah berlaku,” tambahnya.-13/7/2016 (AD)

13 comments:

Anonymous said...

Parti-parti yang memperjuangkan sekularisme dan liberalisme dan pemimpin-pemimpin mereka adalah pengkhianat yang menjijikkan kerana:

(1) sekularisme dan liberalisme adalah bertentangan dengan ajaran Islam kerana sekularisme memisahkan urusan dunia dari agama Islam dan liberalisme pula memberikan kebebasan maksimum untuk melakukan kemungkaran dan kesesatan dan murtad dengan alasan konon hak peribadi

(2) Parti-parti sekular dan liberal bersekongkol dengan parti kafir yang menghina dan menentang ajaran Islam dan hukum Allah seolah-olah kepentingan pemimpin dan parti kafir mengatasi keutamaan Allah dan RasulNya !

Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu taatkan orang-orang yang kafir nescaya mereka akan menolak kamu kembali kepada kekufuran, lalu menjadilah kamu orang-orang yang rugi.(A-li'Imraan 3:149)

Oleh sebab itu, tidak wajar parti Islam bekerjasama dengan parti-parti sekular dan liberal yang bersikap khianat dan bersedia menikam parti Islam dari belakang ! Sesungguhnya pemimpin dan ulama parti Islam mesti berhati-berhati dan bertindak bijaksana dan berhemah apabila berurusan dengan parti-parti sekular dan liberal.

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

لاَ يُلْدَغُ الْمُؤْمِنُ مِنْ جُحْرٍ وَاحِدٍ مَرَّتَيْنِ

Tidak selayaknya seorang mukmin dipatuk ular dari lubang yang sama sebanyak dua kali.” (HR. Bukhari no. 6133 dan Muslim no. 2998)

Anonymous said...

Orang-orang yang mendakwa diri mereka beragama Islam tetapi merelakan diri mereka menjadi barua, pencacai dan macai parti kafir yang menentang dan menghina ajaran Islam dan hukum Allah maka sesungguhnya mereka adalah keldai-keldai yang tidak berakal yang menjadi tunggangan pemimpin kafir.

Anonymous said...

TERBAIK !!!!! NASIHAT KEPADA PAKATAN AL AHZAB TERUTAMA WALI MEREKA DAP AL ABU LAHAB. PENCERAHAN DARI GERAKAN ISLAM (ISMA)

http://www.ismaweb.net/2016/02/musuh-guna-rahmatan-lil-alamin-perangkap-umat-islam/

Musuh guna ‘Rahmatan Lil Alamin’ perangkap umat Islam

Akhir-akhir ini sering muncul ungkapan Islam Rahmatan lil’alamin, suatu slogan yang diketengahkan untuk mempromosikan versi Islam yang ‘progresif’, ‘moderat’ dan liberal.

Tanpa disedari dalam benak fikiran orang ramai telah tersemai bahawa terdapat banyak Islam, bergantung kepada pentafsiran masing-masing untuk mengamalkan versi yang disukainya.

Sehingga golongan yang memusuhi Islam pun mempergunakannya untuk kepentingan mereka.

Islam rahmatan lil’alalmin bagi mereka adalah Islam yang menerima sekularisasi dan liberalisasi agama, Islam yang meraikan LGBT, hak murtad, pluralisme agama, hak mengembangkan ajaran sesat dan lain-lain.

Pendek kata Islam yang sentiasa berkembang menyantuni kemodenan ciptaan Barat.

Ketahuilah bahawa ia adalah strategi untuk mengkotak-katikkan umat Islam, agar kita saling bertelagah sesama sendiri, pihak yang menentang dianggap menganut Islam yang jumud, konservatif dan fundamentalis.

Umat Islam perlu berhati-hati agar tidak masuk ke dalam jerangkap samar ini, menggadaikan akidah dan jati diri sebagai seorang Muslim agar tidak merasa terasing dalam dunia yang semakin hilang arah.

Islam adalah rahmat kepada seluruh umat manusia, bahkan kepada seluruh alam. Sifat rahmat ini telah sejak mula bersama Islam dan tidak pernah terpisah daripadanya.

Ia adalah Islam yang sama yang dibawa oleh Rasulullah saw dan para pewaris baginda para ulama’ yang benar sehingga ke hari ini.

Ia bukan Islam yang baru, yang dicipta oleh kaum modenis dan liberal, yang mencuba untuk merungkai yang lama untuk digantikan dengan yang baru yang dianggap lebih baik oleh mereka.

Islam tidak berkembang, ia telah sempurna sedari awal lagi. Yang berubah adalah orang Islam, ada ketikanya mereka benar-benar mencerminkan keindahan Islam dan ada ketikanya mereka mengotorkan imej Islam.

Prof Madya Dr Khalif Muammar A Haris

Anonymous said...

iNGAT PAN INGAT DAP
INGAT DAP INGAT ABU LAHAB
INGAT DAP INGAT MEREKA BENCI ISLAM
INGAT PAN INGAT KHADAM DAP



http://www.ismaweb.net/2016/05/kata-pedang-ingat-dap-parti-dominan-jika-pakatan-harapan-tadbir-negara/

KATA PEDANG: Ingat! DAP parti dominan jika pakatan harapan tadbir negara


GELARAN cauvinis sangat sesuai untuk DAP yang kini dilihat semakin galak mengejar kuasa politik tanah air apabila mereka makin menunjukkan taring.

Jika dulu PAS, kini PKR mahupun PAN pasti tidak berupaya menahan kehendak dan nafsu serakah DAP yang sudah tentu mahu meneruskan agenda menghapuskan hak dan keistimewaan Melayu dan Islam sedikit demi sedikit.

Sebab itu Pedang sangat bersetuju dengan kenyataan bantan Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad baru-baru ini bahawa sekiranya pakatan harapan diberi peluang mentadbir negara ini, maka kedudukan Melayu Islam akan terhakis.

Jika pakatan harapan menang maka sudah pasti, parti yang akan menjadi dominan adalah DAP, bukannya PKR atau PAN.

Tidak ada salahnya apa yang diutarakan Tun Abdul Hamid. Memang itulah hakikatnya. Selama ini pun, DAP terus memainkan propaganda anti-Melayu dan mempergunakan isu agama untuk meraih simpati.

Pedang bukan mahu memainkan sentimen politik, jauh sekali menghasut. Pedang hanya sekadar mahu mengingatkan bangsa Melayu mengenai kezaliman dan agenda DAP yang tak akan pernah berhenti.

Agenda mereka ialah menolak Malaysia sebagai sebuah negara Islam. Kalau boleh, mereka mahu menukar status agama bagi Persekutuan.

Apa akan jadi jika parti rasis ini berkuasa? Sudah tentu bangsa Melayu akan dilenyapkan dari muka bumi Malaysia ini, bahkan agama Islam mungkin akan dipesong-pesongkan untuk tujuan penghapusan secara halus. Bangsa lain umpama balaci mereka sahaja.

Apa yang Pedang boleh katakan, DAP mahu menguasai Malaysia dengan cara yang paling jijik dan kotor. Sikap anti-Islam DAP bakal mengundang padah kepada negara dan kita umat Islam keseluruhannya. Lebih-lebih lagi apabila anti-Islam di luar sana pula sedang melihat dari jauh sasaran mereka.

DAP sepatutnya diharamkan di negara ini, ideologinya sangat berbahaya untuk rakyat Malaysia, khususnya generasi umat Islam masa depan.

Anonymous said...

Agenda Islam bukan agenda utama PAN dan pakatan AL AHZAB itu.

Jikapun PAN mahu memperjuangkan Islam menerusi politik, PAN mesti akan akur dan tunduk jika DAP menentang tindakan Islamisasi oleh PAN.

Ini sudah jelas, tak perlu dibuktikan lagi.

Tambahan pula, bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad telah menegaskan bahawa DAP adalah parti dominan dalam pakatan (tiada) harapan, bukannya PAN atau PKR.

Jika Abudllah bin Ubay menyintai Yahudi Bani Qainuqa dan Musyrikin Mekah. PAN pula amat menyintai DAP

Anonymous said...

Bg la hujah lain. Mcm xcerdik ja alasan tu. Dah PAS degil xmau join PH, mmg la wajar PKR ambik tindakan mcm tu.....

Anonymous said...

Penyokong mr presideng dan walaun2 ni, mana la depa ni cerdik sangat dlm berpolitik. Depa ingat mr presideng tu pemimpin hebat. Pi laaaa!
Kita tengok 3,4 tahun lagi, macamana sambutan rakyat terhadap PIS yg dah gostan perjuangan mereka melawan kezaliman.

Anonymous said...

Parti Pan Malaysian Islamic Party PMIP atau PAS ni elok humban ke laut hindi.Di dalam PAS ada spender besar, ada mat porno german, ada mulut sumpah seranah, ada air jampi, ada velfire, ada sotong, ada penceramah tukang kafir, ada rasuah balak, ada undi cai, ada siku dan lutut dalam jubah, ada mat serban jual agama...hahaha, tak boleh pakai..elok sapa sapa yang ada dalam PAS keluar cepat cepat...ayuh. Tinggalkan PAS ni..buang masa beb..

borhan sharif said...

Islam yg mungkir janji bagaimana?
Islam yg mempertahan perlakuan rasuah bagaimana?
Islam yang memfitnah, bagaimana?
Islam yg tak bijak berdakwah kepada yg belum Islam dan sibuk menghina cerca mereka, bagaimana?

Prof, kalau pemimpin dokongan Prof tu bijak....dah lama dah dapat berkuasa...fikir kan kenapa maseh belum....

borhan sharif said...

Islam yg mungkir janji bagaimana?
Islam yg mempertahan perlakuan rasuah bagaimana?
Islam yang memfitnah, bagaimana?
Islam yg tak bijak berdakwah kepada yg belum Islam dan sibuk menghina cerca mereka, bagaimana?

Prof, kalau pemimpin dokongan Prof tu bijak....dah lama dah dapat berkuasa...fikir kan kenapa maseh belum....

Anonymous said...

Dia ni orang umno tp pakai logo pas

Anonymous said...

Kamu pula hamba abdi DAP pakai logo Imayam kaler oren

Anonymous said...

Weiii Borhan. Bertaubatlah kamu

PAN adalah Khadam DAP
DAP pula anti Islam
PAN pula memuliakan DAP lebih dari Imam Syafie, Hanafi, Malik dan Hambal.

Bukti2 DAP anti Islam ada di sini, terbaik dari ISMA

http://www.ismaweb.net/2015/09/kata-pedang-bukti-bukti-dap-anti-islam-semakin-viral/

KATA PEDANG: Bukti-bukti DAP anti-Islam semakin viral

APABILA parti rasis dan cauvinis DAP mengancam akan menyaman Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), beberapa bukti DAP menentang Islam sebagai tanda sokongan kepada JAIP menjadi semakin viral. Antara bukti-bukti yang diperkatakan:

Bukti 1: Dalam Perlembagaan parti DAP, disebutkan dasar perjuangannya adalah demokrasi sekular. Ini bercanggah dengan Perkara 3 Perlembagaan negara, Islam adalah agama Persekutuan dan makna Islam sendiri yang mencakupi keseluruhan cara hidup.

Bukti 2: Prinsip sosialis sekular yang mengundang kebebasan individu tanpa kawalan agama. Ini bercanggah dengan Perkara 3, yang memberikan hak beragama dan kebebasan beragama atas hak individu serta menghormati Yang DiPertuan Agong sebagai ketua agama.

BACA: Khutbah Aidiladha: Kita tak akan mohon maaf daripada DAP, kata Mufti Pahang

Bukti 3: Siri penentangan terbuka terhadap hak demokrasi majoriti rakyat Kelantan untuk melaksanakan Kanun Jenayah Syariah (Undang-undang Hudud), sekaligus menentang keputusan Sultan Kelantan dalam titah Baginda dalam sidang DUN Kelantan Mac 2015. Bab ini ramai saksi hidup yang sanggup tampil ke mahkamah jika berlaku saman, termasuk dalam taklimat tertutup, ramai pemimpin DAP bersuara terus terang tidak bersetuju dengan kanun itu.

Bukti 4: DAP bersikap tidak menghormati malah bertindak songsang dengan prinsip Perlembagaan negara tatkala cubaan private member bill untuk meminda Akta 355 bagi meminda kadar hukuman jenayah Islam agar selari dengan hukum Islam sebenar. DAP tegar menganggapnya bercanggah dengan Perlembagaan sedangkan Parlimen adalah satu proses perundangan berlandaskan Perlembagaan.

Bukti 5: Apabila Perdana Menteri ke-4 Tun Dr Mahathir Mohamed mengisytiharkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam pada 29 September 2001. DAP berkeras bahawa Malaysia bukan sebuah negara Islam dengan memperkenalkan kempen menentang “Deklarasi 929” sekalipun Tun Dr Mahathir menerangkan tiada perubahan pada perlembagaan Malaysia. Malah, DAP menentang sebarang perlumbaan antara UMNO dan PAS untuk menjadi parti yang lebih Islamik pada sidang media 22 September 2002.

Bukti 6: DAP menolak pengenalan subjek TITAS (Islamic and Asian Civilisation Studies) di Institut Pengajian Tinggi Swasta.

Bukti 7: DAP menganggap amalan agama Islam seharusnya terhad untuk amalan peribadi sahaja sedangkan hakikat amalan Islam menjangkau bukan sahaja amalan peribadi tetapi mencakupi keseluruhan aspek kehidupan.

Bukti 8: DAP pada 22 Ogos 2012 mengatakan Hudud dan Negara Islam bukanlah polisi dalam Pakatan Rakyat lantas menolak sebarang usaha yang berkaitan dengan agenda Islam walaupun terhadap rakan pakatan mereka sendiri.

Bukti 9: DAP tegas mempertahankan pendirian mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara sekular dan berusaha supaya syariat Islam seperti perundangan hudud tidak dilaksanakan di negara ini.

Bukti 10: Pimpinan DAP yang “islamophobic” seringkali menyindir dan campurtangan dalam isu-isu seperti kod etika berpakaian yang dituduh sebagai usaha islamisasi, isu sambutan Halloween dan Valentine bagi umat Islam, mengadakan pesta Oktoberfest dan konsert secara terbuka, isi khutbah Jumaat dan pelbagai lagi perkara sama ada di dalam status FB atau twitter yang mengundang kemarahan umat Islam.

Terpulanglah kepada para pembaca untuk menilai bukti-bukti tersebut. Hakikatnya, Islam adalah suatu sistem cara hidup yang mencakupi amalan rohani peribadi sehingga kepada sistem keadilan, sosial, ekonomi dan politik.

DAP tidak boleh mengehadkan Islam hanya kepada amalan peribadi dan paling tinggi ekonomi sedangkan menolak juzuk-juzuk Islam yang lebih menyeluruh yang menyentuh isu kenegaraan, perundangan, politik dan pelbagai aspek dalam kehidupan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails