Tuesday, July 12, 2016

Raya Islam, Harga Ayam Naik Lebih RM2 Sekilo. Harap Pagar, Pagar Makan Padi?




ZULKARNAIN mengakui, kenaikan harga ayam menyebabkan beliau terpaksa menyerap kos tambahan bahan mentah itu lebih RM10,000 sebulan.
PENGGUNA
KUALA LUMPUR – Tauke restoran, pengusaha kantin sekolah, ka­terer dan pengguna di seluruh negara mengakui, mula terbeban dengan kenaikan harga ayam di pasaran apabila ada peniaga yang terpaksa menyerap kos tambahan hampir RM20,000 sebulan kerana masih mengekalkan harga makanan masing-masing.
Seorang pengusaha res­toran di Shah Alam, Selangor mendedahkan, beliau menggunakan beratus-ratus ekor ayam sehari untuk pelbagai menu berasaskan bahan mentah itu di kedainya.
Katanya, dia terpaksa berkorban dengan menyerap kenaikan harga ayam bersih di pasaran apabila tidak menaikkan harga makanan di restorannya kerana tidak mahu membebankan pengguna atau dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa.
“Bayangkan penternak, pemborong dan peniaga ayam menaikkan harga bahan mentah itu sehingga lebih RM2 sekilogram, tetapi kami di pihak restoran masih kekalkan harga yang sama. Ia akhirnya menyebabkan saya menanggung kerugian lebih RM600 sehari atau RM20,000 sebulan.
“Saya berharap agar harga ayam akan diturunkan supaya saya dapat mengekalkan harga menu makanan berasaskan ayam di restoran saya,” ujarnya yang enggan mendedahkan nama beliau dan restoran miliknya.
Dalam pada itu, Pengarah Urusan JM Bariani House Sdn. Bhd., Zulkarnain Mustapa (gambar kecil) berkata, pihaknya yang menggunakan lebih 140 ekor ayam sehari untuk 16 buah cawangan kedainya terpaksa menanggung kos tambahan lebih RM10,000 sebulan.  -KOSMO!/IH.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kerajaan, yang paling berkuasa diamanahkan memantau harga ayam menjelang musim perayaan umat Islam. Tapi nampaknya macam tak berkuasa, mengapa? Lemah sangat dalam mentadbir negara. 
Pihak berkenaan, letak jawatan saja le kalau tak mampu tadbir negara! Berilah amanah itu kepada orang lain. Kerajaan tak mampu memagari kenaikan harga ayam, adakah pagar yang diharap itu sudah makan padi?

6 comments:

Anonymous said...

PAN peduli apa !!! Yg penting bagi PAN, DAP bahagia

Anonymous said...

Bagus betul sejak ada GST ni semua barang murah, dah lah tu harga pulak turun...tentu Ibnu Hishyam suka

Dzafrullah Adha said...

Mu ni orang ke ?

hanimasra said...

harapkan pegar,bukan pagar..Pak Hasyim...pegar adalah sejenis burung berekor panjang

Anonymous said...

Nilai. Rm. Lebih. Rendah dari. Bath thailand , dan. Rial saudi....
Nilai. Rm sangat. Rendah. Dari. Singapore. Dollar......
Berpunca. Duit. 2.6. Masuk. Poket sendiri.....jadi.....
Orang tidak percaya. Lagi. ......
Tuan. Punah--sehat. .....
Sunyi. Sepoi ajo.....
Takut. Ke......keluarkan lah. Fatwa......
Halal ke , haram. Ke , harus ke , atau. Makruh......
Jangan....
Di gantung. Tak. Bertali.......
Tuan. Penis -- sehat........

IBU,FITRI SULISTIAWATI said...

Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976 atau KLIK DISINI insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails