Wednesday, July 13, 2016

Penjernihan AMANAH, Cubaan Gulingkan Mat Sabu?

husamBOLEHKAH berita ini ditafsirkan sebagai ke arah penjernihan parti AMANAH (PAN) dengan cubaan menggulingkan Mat Sabu Presidennya sekarang?
Lihat berita ini...
Mat Sabu Bimbang Husam Nak Rampas Jawatan Presiden PAN?
AIDCNews – 12/7/16 – Mohamad Sabu dilaporkan bimbang apabila ada gosip yang mendakwa bekas Naib Presiden PAS yang dipecat keanggotan parti, Datuk Husam Musa sedang menyusun gerakan mahu merampas jawatan Presiden PAN yang disandangnya.
Ia didedahkan oleh Haji Hassan Omar yang merujuk kepada program Majlis Raya PERANTAU dan Dialog AMANAH di Kota Bharu, 8 Julai.
Menurut Haji Hassan, pengerusi majlis pada program itu telah bertanya soalan khusus kepada Mohamad Sabu berkenaan kemasukan Husam ke dalam PAN.
“Apakah perancangan terperinci abang Mat untuk menerima Husam ke dalam parti AMANAH (PAN) dan sekiranya abang Mat terima adakah kemasukan Husam memberikan infak positif atau negetif kepada parti AMANAH (PAN)?,” soal pengerusi majlis.
Namun, Mohamad Sabu yang sering disapa sebagai Mat Sabu cuba mengelak daripada menjawab soalan tersebut.
“Mat Sabu ambil masa hampir 20 minit untuk jawab soalan ini (Pembaca boleh dapatkan video perjumpaan ini). Mula-mula cerita gerakan Islam seluruh dunia, kemudian cerita PAS zaman Tok Guru Nik Aziz. Bila Mat Sabu sedar dia tak menjawab dia seloroh kononnya ini baru pengenalan untuk menjawab soalan.
“Kemudian Mat Sabu merepek lagi pasal PAN boleh mengatasi PAS di PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar. Katanya undi di bandar PAN mengatasi PAS (Tak pun dibandingkan dengan UMNO) kononnya orang bandar dapat maklumat dan undi luar bandar orang kampung tak ada maklumat.
“Mungkin Mat Sabu sangka orang luar bandar Perak masih pakai cawat dan (tak) kenal telefon pasal itu tak dapat maklumat. Itulah dangkalnya analisis PAN dan itu ‘hiburan’ untuk menyedapkan hati ahli PAN kononnya mereka hebat daripada PAS.
“Sampai akhir Mat Sabut tak sebut pasal penyertaan Husam Musa dalam PAN,” dedah Haji Hassan dalam artikelnya yang bertajuk “Wan Rahim & Husam Cuba Perangkap Mat Sabu Pada Perjumpaan Raya PAN di Kota Bahru
Dalam artikel lain bertajuk “Husam Dalam Dilema Parti PAN Pun Tak Nak Dia!“, Haji Hassan mendedahkan Husam pernah menyerang Mat Sabu dengan isu Syiah ketika pertandingan Timbalan Presiden PAS pada 7 Jun 2009 dalam Muktamar PAS ke-55.
Dalam pertandingan itu, Husam dan Mat Sabu telah tewas kepada Nasharuddin Mat Isa untuk jawatan Timbalan Presiden PAS.
“Husam juga dikatakan menyerang Mat Sabu dengan isu Syiah, ” dedahnya.
“Saya ingin bertanya pembaca adakah Husam akan masuk PAN sekadar jadi ahli biasa kerana semua jawatan tinggi sudah diisi?.
“Adakah Mat Sabu akan mengosongkan jawatannya untuk Husam? Atau ada sesiapa yang nak kosongkan jawatan untuk Husam?,” soal Haji Hassan.
Dalam program Majlis Raya PERANTAU dan Dialog AMANAH di Kota Bharu, 8 Julai lalu, Husam sendiri turut menyebut hasratnya untuk menjadi ‘peneraju’ parti. (tonton rakaman di bawah).
“Saya sekarang dalam proses pergi (ke akar umbi)..walaupun tiga orang mahasiswa, saya (tetap) jumpa.Kalau saya pergi Kuala Lumpur, (jumpa) lima orang minum teh, saya minum.
“Saya nak tahu apa yang patut saya kemukakan bila tiba masanya saya menjadi salah seorang ‘peneraju’, baik dalam Amanah ataupun dalam (parti) apa..”kata Husam dalam ceramah itu.
Mat Sabu ketika itu kelihatan menundukkan muka dan sekali sekala membetulkan jam tangannya ketika Husam sedang berceramah.

“(Mejar/Haji ?) Jamil (kita) kena jumpa lah lepas ni, saya nak lantik dia sebagai anggota manifesto Pakatan di Kelantan..”kata Husam mengakhiri ceramahnya itu.

4 comments:

Anonymous said...

Sapa yang kata? Hj Hassan Omar?
Piiii raaaaah!

Anonymous said...

Ain't Nobody Nobody but you.. mana malaun Nobody ni.. x trsentap mnyentap ke..? kehkehkeh

Hadi Al-Tahi said...

penyokong parti pas penjual agama pimpinan hadi ulamak kepala taik sedunia memang macam tu. benda yang tiada akan diadakan. tidak ada apa yang pelik dan perlu dihairankan. cuma yang pelik si hadi ulamak kepala taik sedunia halau dan cabar puak2 profesional yang tewas dalam pemilihan chai tempohari supaya keluar parti dan tubuh parti sendiri. tetapi apabila puak2 profesional menyahut cabaran maka si hadi ulamak kepala taik sedunia meroyan macam orang hilang akal kata mereka ini pengkhianat. kesian hadi ulamak kepala taik sedunia dah nyanyuk. dia cabar lepas tu dia tak boleh terima hakikat. oleh itu marilah kita bersama-sama menyokong kepimpinan hadi ulamak kepala taik sedunia dengan menjadikan diri kita sebagai walaonta. jangan lawan ulamak kepala taik kelak nanti tak masuk syurga.

IrWrWs said...

Belum dpt hidayah Allah lagi ke?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails