Monday, July 11, 2016

Pakatan Pembangkang Baru Akan Dilancarkan. Apakata PAS/DAP?

Lina Soo



SIBU: Sebuah pakatan pembangkang baharu yang dikenali sebagai Gabungan Rakyat Saksama (Saksama) akan dilancarkan tidak lama lagi, kata Presiden Parti Reformasi Negeri Sarawak (STAR), Lina Soo.
Beliau berkata Saksama terdiri daripada tujuh parti politik dari Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia.
Bercakap pada sidang media di sini Ahad, Soo berkata gabungan parti baharu itu sedang ditubuhkan kerana Pakatan Rakyat gagal memberi saingan sengit kepada Barisan Nasional (BN).
Jelas beliau, pakatan pembangkang itu telah berpecah-belah dan sudah tidak lagi sehaluan.
Saksama terdiri daripada STAR, Parti Sejahtera Angkatan Perpaduan Sabah (SAPU),  Pertubuhan Perpaduan Rakyat Kebangsaan Sabah (Perpaduan), Parti Rakyat Bersatu Malaysia (MUPP) , Parti Kebangsaan Sabah (PKS), Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) dan Parti Alternatif Rakyat dari semenanjung.
"MUPP di bawah presidennya, Philip Among memulakan gabungan baharu ini bulan lalu. Tujuh parti politik bersetuju menjadi sebahagian daripadanya dan kami menjangkakan lebih ramai akan menyertai gabungan ini," kata Soo.
Beliau berkata permohonan untuk mendaftarkan parti itu telah dibuat dengan Pendaftar Pertubuhan (RoS).
"Kami menjangkakan untuk melancarkan parti baharu ini dalam tempoh sebulan atau dua bulan lagi," katanya.
Kita tunggu apa komen PAS/DAP?  (IH)

5 comments:

Anonymous said...

Disaran Husam diambil sebagai ketua de facto bloc baru itu. Biar Mat Sabu dan mujahid tengok husam jauh berjaya dari PAN. PAN pula khadam DAP

Anonymous said...

LEBIH 3000. WANITA. DAN ANAK2 SYRIA. DAN IRAQ. BERJAYA. DI. JUAL
OLEH. ISIS MELALUI. INTERNET.......
PENTAKSUB , PENCANDU , DAN PENTOTOK TEGAR. PAS. TAK.
NAK. BOOKING. KE. UTK. DI JADIKAN. BINI. YG. KE. 3. / 4..........
PARA. PENTOTOK -- TOTOK. INI. PASTI. HAPPY. DENGAN
BISNES. BARU. INI..........

Anonymous said...

Orang. Muslim. Jual dan. Beli. Orang. Muslim.......
Islam versi. Pas. ..........
Tak. Da. Idea. Ke.........
Nak. Jual apa.........???????????......

Anonymous said...

Di. Arab. Ada. Problem. Selesaikan. Pakai. Mesin-gun , k. Kebal. Bom ........
Di m'sia ada problem. Selesaikan. Pakai. Label , m,hamun , fitnah........
Yg. Dibuat. Oleh. Ula--mamak. Dan lebai2 karat...........
Akar-umbi. Suruh. Walakk. Dan. Takbirr.........

IrWrWs said...

Juga bersolidariti bersama perasuah lama dan perasuah baru

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails