Wednesday, May 11, 2016

Rebut Sungai Besar/K/Kangsar, PKR Akan Runding Dengan PAS?

Image result for pkr-pas


SELEPAS berakhirnya PRN Sarawak Sabtu lalu, kini tumpuan seluruh negara beralih pula kepada pilihan raya kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
Apa yang menariknya, antara parti-parti pembangkang sudah awal-awal lagi menyatakan kesediaan masing-masing untuk bertanding di kedua-dua kerusi Parlimen itu.

Ditanya mengenai perkembangan ini, Pengurus Penyelidikan Merdeka Center, Tan Seng Kiat percaya PKR akan mengadakan rundingan dengan Pas, bagaimana pun, Pas dilaporkan enggan berunding dan akan tetap bertanding di Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Seng Kiat ketika ditemu bual oleh Orientaldaily berkata, sekiranya PKR bertanding di Sungai Besar, manakala Pas pilih Kuala Kangsar, Amanah dijangka tidak akan pilih calon untuk bertanding di kedua-dua kerusi Parlimen tersebut.

Kata Seng Kiat, PKR dikatakan lebih berminat untuk bertanding di Sungai Besar kerana kawasan Dun ini terletak di Selangor. Di samping itu, PKR adalah parti yang mempunyai pengaruh lebih besar di Selangor serta memiliki sokongan kuat daripada pengundi Cina.

"Parlimen Kuala Kangsar kemungkinan akan ditandingi oleh Pas. Parti itu dijangka pilih seorang pemimpin tempatan yang diterima ramai. Namun apakah Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sedia menyerahkan kerusi ini kepada parti lain, masa akan menentukannya," katanya.

Mengenai kedudukan Amanah, apakah parti ini akan 'kacau daun' di dua-dua kawasan ini? Kata Seng Kiat, sekiranya Amanah mengambil keputusan untuk bertanding, sudah pasti pertandingan tiga penjuru akan berlaku dan keadaan ini akan menguntungkan BN.

"Saya kurang yakin Amanah akan menang sekiranya parti ini bertanding dalam PRK kali ini, ini kerana biasanya bagi sesebuah parti politik, ia memerlukan masa 10 tahun untuk menunjukkan prestasi sebenar kepada rakyat.
"Amanah mendakwa menyalurkan perjuangan berlainan dengan Pas. Namun adalah dijangkakan dalam tempoh 10 tahun ini, parti ini tidak dapat menunjukkan hasil yang meyakinkan.
"Dalam politik, sumber dan kebolehan peribadi perlu diutamakan. Buat masa ini, Amanah dilihat tidak jauh bezanya dengan Pas yang akhirnya mencetuskan persengketaan antara pemimpinnya dengan bekas-bekas rakan seperjuangan mereka dalam Pas," jelasnya.

Seng Kiat meramalkan, dalam kedua-dua PRK ini, BN mungkin akan menang satu kerusi dan kalah satu kerusi. Tidak sekiranya bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad turun padang berkempen untuk parti pembangkang, kemungkinan BN akan mengalami kekalahan di Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Dalam pada itu, akhbar ini difahamkan, selain Amanah, DAP juga tidak ketinggalan akan bertanding dalam PRK kali ini. Penyertaan DAP ini dipercayai ingin 'mengubati luka' yang mengalami kekalahan pada PRN Sarawak baru-baru ini.

Malahan, keputusan DAP untuk turut serta dalam PRK juga dikatakan terikut-ikut dengan tindakan DAP Sarawak yang dilihat tidak mengutamakan masa depan barisan pembangkang apabila berkeras bertembung dengan PKR dalam enam kerusi pada PRN Sarawak itu.

 Sementara itu, seorang penganalisis politik terkenal, Dr Phoon Wing Keong berpendapat, hasrat PKR untuk mengajak Pas kembali bersama sebagai satu pasukan adalah sukar untuk dicapai dalam masa terdekat ini.

Kata Dr Wing Keong kepada Sin Chew Jit Poh, Pas dipercayai tidak akan menyertai Parti Harapan, sekurang-kurangnya di bawah pimpinan Abdul Hadi buat masa sekarang. Bagaimanapun parti itu mungkin setuju dari segi pembahagian kerusi untuk memastikan satu lawan satu dengan BN dalam PRU14.

"Pada peringkat sekarang, PKR mungkin akan mengadakan pakatan dengan Pas secara tidak rasmi, terutama sekali dalam pembahagian kerusi. Dalam masa yang sama, kedua-dua parti ini masih boleh bekerjasama bagi mengekalkan kuasa pemerintahan di Selangor," kata penganalisis politik itu lagi.

Berlainan pula dengan DAP. Kata Dr Wing Keong, hubungan antara Pas dengan DAP sudah retak dan tiada ada harapan lagi untuk kedua-dua parti bekerjasama semula.

"Bagi penyokong DAP, mereka cukup kecewa dengan Pakatan Rakyat yang terpaksa dibubarkan akibat tindakan Abdul Hadi yang dilihat berbaik dengan pemimpin Umno dan menegaskan perlaksanaan hudud. DAP sokong Amanah dan berharap boleh menggantikan Pas suatu hari nanti," katanya lagi. (SH)

8 comments:

Anonymous said...

Wauuuu DAP mau tanding. Ini la best. Padan muka PAN. Lepas hilang deposit kat Sarawak. DAP pula potong que.kah kah kah seronok tak jadi Khadam. Jadi khadam DAP okey la tu jgn jadi kaldai DAP cukuplah.

Saya cadangkan Mat Sabu dan Husam diberi peluang bertanding pakai tiket DAP

Anonymous said...

Apa lagi abang mike sabu. Kasi tandingla. Takkan sebab kalah pilihanraya 3 kali dan kalah dlm PAS sekarang takut

Gentle la abang Mat kat Kuala Kangsar dan Sg Besar tak pernah ada calon selfie d amoy dan lempar mikrofon. Come on Abang Mat U can do it.

Unknown said...

PAS bersedia menghadapi sesiapa shj termasuk pengkhianat..

Anonymous said...

Amanah juga bersedia untuk melawan penyalak bukit,pengiklan pil kuda,pemandu bas pening dan perguruan siku lutut. Amacam jadik? Siapa menang 16K sebulan...

Anonymous said...

Nama pun silap. PAN la. Kah kah kah

Anonymous said...

SEKIRANYA PARTI PAS-IK DAN BN HILANG KUASA DI MALAYSIA NESCAYA BENGGALI PUTIH,JEPUN,DAN KOUMINIS AKAN DATANG MENJAJAH SEMULA KEMUNDIAN DIIKUTI TIUPAN SANGKAKALA LALU TERJADINYA KIAMAT......INGAT ITU.....AFA FAHAM...........

Anonymous said...

Masuk bertanding hanya untuk jadi punah--sehat.....sehat untuk poket diri sendiriah......walakkk.....yakbir......

Anonymous said...

HARI-HARI KUTUK PAN DAN DAP TETAPI...ANAK CUCU KERJA KULI DI KILANG CINA ZAMAN-BERZAMAN.....BUSUK PUNYA OLANG.......TUIHHHHHHH...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails