Sunday, May 08, 2016

Kerana Mabuk, Segalanya Jadi Begini, Dirogol? Diculik?


Polis nafi berlaku kes culik dan rogol babitkan lelaki warga Nigeria di Subang Jaya seperti yang diviralkan di laman sosial

SUBANG JAYA – Polis menafikan berlakunya kes penculikan membabitkan mangsa seorang wanita warga Filipina dan tiga lelaki warga Nigeria seperti yang diviralkan dalam laman sosial beberapa hari lalu.


Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari berkata, mangsa berusia 44 tahun mengakui dia adalah wanita dalam gambar itu dan  membuat laporan polis menafikan dia diculik tiga warga asing berkenaan. 

Sebaliknya mangsa mendakwa dia sebenarnya dibantu ketiga-tiga lelaki itu untuk pulang ke rumahnya di Pangsapuri Lagoon Perdana, Bandar Sunway kerana terlalu mabuk selepas menghadiri parti hari jadi di kawasan berhampiran.

Mohammad Azlin berkata, penafian oleh wanita itu melalui laporan polis dibuat sekaligus membuktikan tiada berlaku kes penculikan dan rogol seperti didakwa seorang lelaki yang memaparkan gambar tersebut di laman sosial.

“Mangsa seorang suri rumah beritahu dia hadir membuat laporan polis  kerana ingin bersihkan nama ketiga-tiga lelaki warga Afrika dalam gambar tersebut yang mana seorang daripadanya adalah teman lelakinya,” katanya.

Beliau berkata demikian mengulas penyebaran gambar yang diviralkan di laman sosial tertulis: "Cepat Viralkan!!! Geng Negro Culik Dan Kendurikan Amoi Beramai-ramai di Subang Jaya."

Dalam gambar tersebut terpapar susuk tubuh tiga lelaki sedang mengangkat tangan dan kaki wanita yang kelihatan berpakaian seksi. Gambar disebar individu dipercayai seorang lelaki itu turut meminta netizen berkongsi apa yang dipaparkannya.

Dalam rakaman tersebut turut dinyatakan kumpulan ini sedang giat melakukan jenayah culik dan rogol di sekitar Subang Jaya serta kawasan sekitarnya. Penyebar gambar tersebut dalam kandungan gambar diviralkan turut menasihatkan gadis-gadis yang suka keluar malam, lebih berhati-hati selepas ini. (SH)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Nabi SAW berpesan bahawa arak punca kejahatan. Kerana 'terlalu mabuk' minum kencing syaitan, segala-galanya jadi begini. Disangka dirogol, diculik, segalanya boleh dilakukan, berlaku betul-betul pun tiada yang melarang waktu itu.

Jadi, kesimpulannya, bila lagi kerajaan Malaysia nak haramkan arak, atau larang minum arak secara terbuka bagi yang bukan Islam, demi kesejahteraan masyarakat. Masyarakat tidak sejahtera, tidak akan menguntungkan ekonomi negara. Masyarakat pincang antara penyebab lahirnya ekonomi pincang yang tidak stabil. (IH)

14 comments:

Anonymous said...

Mana penasihat syok sendiri? Nasihat la apa yang patut. Setakat tanya kat sini buat apa? Cuba Pak Hasyim nasihatkan Hadi Mereng tu kalau nak nasihat kerajaan, nasihat betul2, jangan cakap tak serupa bikin.

Anonymous said...

Syabas keep on naki orang wahai PAN. Biar rakyat sedar PAN tu tak guna

Anonymous said...

Aku orang Pas la mangkuk. Pemimpin dah begitu, ahli pun begitu la. Takkan tak boleh tegur? Presiden maksum ke? Gerenti masuk syurga? Nak sangat jadi penasihat kan?
Ayuh ahli2 Pas yang lain. Jangan takut kritik Presiden. Semua ni dia yang ajar, so kita kena ikut, wala' pada pemimpin. Hari ni cakap lain, esok cakap lain, lusa terus dia lupa apa yang dia cakap. Heheheheh.

Anonymous said...

Jenis mangkuk PAN, begitulah lagaknya..ngaku orang PAS..
budak tadika baca tulisan kau pun dah tahu, jenis munafik siang dan malam.

Kerja PAN tak habis2 dan spin kenyataan..
Yg panggil TGHH sebagai penasihat hanya group Syaitan PAN je..spin kenyataan TGHH.

Sebelum PAS jadi pemerintah, setiap ruang yg ada, pastikan ada diberikan nasihat mengikut salurannya. Firaun pun Allah perintahkan Nabi Musa bagi nasihat inikan Najib.

Lain lah dgn LGE, manusia maksom pada pandangan PAN> Dia kutuk Islam macam mana pun..PAN sekadar melukut ditepi gantang. Lesu dan kelu dari berkata, mungkin dedak penuh dalam halkum.

Insaflah..

Anonymous said...

Ni kes seropa Tuang Presideng yg kena mabuk laut, walaun2 pulak ambik sotong

Anonymous said...

Juak PAN yang otak sempit..

Masihkan engkau semasa peristiwa Dr Badrul doakan laknat kepada DR M semasa dalam satu majlis Deklarasi Rakyat, terus Ust Mad Awang tegur..tak boleh doa begitu nooo..Dr M dah bersama kita...terbaik sungguh tegurannya.

Tapi yang peliknya, di kala DAP nak heret isi kandungan khutbah jumaat ke mahkamah, mensyaitankan DR Zakir, tak dak pulak kedengaran teguran itu dari mana tokoh agamawan Islam Demokrat PAN.

Nilah baru orang panggil wala'un kepada LGE.
Hoi, PAN Mangkok...kau nampak tak???

Cuba kau cari, walaupun satu cukup lah..KES PAN canggah DAP.

Dedak penuh dimulut tak berani cakap..

Anonymous said...

Jenis PAN mana ada otak nak fikir.
tak sempat nak fikir sebab asyik nak makan dedak je..

Anonymous said...

Elehhhh mengaku je la PAN. Bahasa 0un dah tau. Contohnya chief Khadam PAN pernah panggil sipolan sebagai al juburi tahun 1996 dulu

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

11:07.. mana logiknya KHODAM nak bercanggah dgn Tuan Besar?

Anonymous said...

RAMASAMY KETUA TOKONG DAP TELAH MEMANGGIL ZAKIR NAIK SEBAGAI SETAN...... APE NAK JADI NIE>>>>TAKDE SUARA PON DARIPADA PAN>>

Anonymous said...

pan bukan khadam dap aja tapi balaci umno pan dan umno sehati sejiwa menentang pas itu nyata bukan rekaan.

Nobody said...

Salam semua,

Sorry, semalam ke staddium tengok bola. Lupa, ada komen berkenaan Dr. Ramasamy dan PAN (orang PAS memang macam tu, takut dengan perkataan Amanah kot, balak pun 20,000 ekar hilang, habis Sungai Golok jadi cetek, nasib la rakyat. Zaman Almarhum Tuan Guru Nik Aziz tak pernah jadi macam ni).

Dalam Islam kita kena berlaku adil.

Kes pertama:

Dr Ramasamy atas kapasitinya sebagai seorang Hindu rasa terancam dengan Dr. Zakir Naik. Lalu keluarlah perkataan "syaitan". Beliau pun telah ditegur secara baik termasuk daripada Amanah dan telah meminta maaf.

Kes kedua :

Seorang ustaz, (berbangsa Melayu, sengaja saya tidak memberi nama beliau atas sebab-sebab tertentu tetapi boleh check di banyak sumber) menyatakan Dr. Zakir Naik "mengkafirkan orang Islam". Beliau sudah dijelaskan oleh Nina Grace, salah seorang yang masuk Islam di depan Dr. Zakir. Ustaz tu setakat yang saya tahu tak pernah minta maaf pun!!!!

Yang jahil,

Nobody

Anonymous said...

Salam semua,

Mana orang-orang PAS???

geng ustaz, geng ulama kalau tuduh-tuduh, fitnah sana-sini kenapa orang-orang PAS diam???

Islam tu agama kebenaran. Cakap perjuangkan Islam!!!

Jawablah, kenapa diam???

Yang masih jahil,

Nobody

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails