Friday, May 13, 2016

Masjid Bersejarah Di Bosnia Ini Dibuka Semula..

RIBUAN umat Islam berbondong-bondong mengunjungi ibu kota wilayah Serbia di Bosnia pada Sabtu (7/5) untuk menghadiri pembukaan semula sebuah masjid bersejarah yang hancur selama masa perang.

Pembukaan masjid ini dinilai sebagai usaha menggalakkan toleransi beragama di kalangan masyarakat setempat yang sempat terpecah akibat perang antar kelompok agama.

Perpecahan etnik masih menghantui Bosnia, 20 tahun selepas perang antara umat Muslim Bosnia, Ortodoks Serbia dan Katolik Croatia. Hal ini terus menjadi penghalang perdamaian dan reformasi yang diperlukan untuk negara itu untuk bergabung dengan Kesatuan Eropah.

Meski demikian, antusiame warga Muslim untuk menghadiri pembukaan semula Masjid Ferhadija yang dibina di bandar Banja Luka, ibu kota dari autonomi Republik Serbia, Bosnia, menawarkan harapan perubahan dan toleransi beragama.

Di tengah penjagaan keamanan yang ketat, kira-kira 1,000 pegawai polis membuat rondaan di sejumlah ruas jalan yang dilalui bas-bas pembawa penumpang Muslim dari penjuru daerah. Lalu lintas lain disekat sementara dari pusat bandar dan pengambilan alkohol dilarang.

Perdana Menteri Turki yang baru sahja mengumumkan pengunduran diri, Ahmet Davutoglu, memaparkan bahawa pembukaan Masjid Ferhidja menghantar mesej perdamaian. Turki turut membantu membiayai pembangunan masjid ini.

"Bosnia-Herzegovina, dengan warga Muslim, Katolik, Ortodoks dan Yahudi, adalah satu tubuh, satu hati. Jika ada usaha untuk memisahkannya, itu bermakna hati ini akan dibahagikan," katanya, merujuk pada ancaman pemisahan diri yang dilancarkan oleh warga Serbia Bosnia.

Masjid yang pada asalnya dibina pada abad ke-16 dan berada di bawah perlindungan UNESCO sebagai salah satu peninggalan bangunan zaman Uthmaniyyah, meletup dalam perang kira-kira 23 tahun lalu. Kini, lapangan parkir dibina di lokasi berdirinya masjid dahulu.

Banyak warga yang yakin bahawa letupan masjid itu merupakan tindakan warga Serbia Bosnia yang bertujuan untuk menghapuskan semua jejak warisan Muslim di kota yang dulunya dihuni warga multi-etnik ini.

Penuh Perjuangan



Perlakuan terhadap ummat Islam Bosnia-Hezergovina tidak saja mereka terima di Serbia, tetapi Kroasia pun turut melengkapi penderitaan mereka.

Pembangunan semula masjid ini bukan tanpa perjuangan. Dalam upacara peletakan batu asas pertama untuk pembangunan masjid pada 2001 lalu, nasionalis Serbia menyerang pengunjung dan sejumlah pejabat, menyebabkan berpuluh-puluh orang cedera dan seorang warga Muslim tewas.

Selain itu, perlu waktu 15 tahun bagi umat Islam Bosnia untuk memperoleh izin pembinaan dan dana untuk pembangunan masjid. Beribu-ribu keping serpihan dari bangunan asal dikumpulkan dari tempat pembuangan Sungai Vrbas dan sejumlah tapak pelupusan sampah untuk kembali dipergunakan dalam pembangunan masjid.

Tarikh pembukaan semula masjid ini, yakni 7 Mei, kemudian ditetapkan sebagai Hari Masjid di Bosnia, untuk memperingati 614 masjid yang hancur selama perang tempoh 1992-1995.

Pada masa ini, hanya 10 peratus daripada pepulasi Muslim dan Croatia di Banja Luka yang tetap berada di bandar ini, selepas warga Serbia Bosnia melancarkan kempen perang pembersihan etnik.

Dalam acara pembukaan, Presiden Serbia Bosnia, Milorad Dodik, menyatakan wakil komuniti Islam, Ortodoks, Katolik dan Yahudi "berkumpul di sini dan menghantar mesej perdamaian."

Sementara, Kepala masyarakat Islam Bosnia, Efendi Husein Kavazovic, menyebutkan bahawa pembukaan semula masjid ini bagai "kemenangan cahaya daripada kegelapan," walaupun ia sebelum ini menyatakan ragu bahawa perdamaian di kawasan itu akan segera terlaksana.

Ketua Muslim Bosnia, Bakir Izetbegovic, menyatakan pembina masjid itu memberikan tanda bahawa Muslim Bosnia dapat kembali ke wilayah tersebut.

Namun, beberapa warga kurang optimis. Selain itu, banyak warga Serbia di Banja Luka yang nampaknya tak turut menghadiri pembukaan semula masjid ini.

"Saya hanya ingin pembukaan masjid ini berjalan damai dan tanpa insiden apapun, ketegangan masih sangat tinggi," kata Tatjana Kecman, seorang warga Serbia dari Banja Luka.

Bayang-bayang perang masih menghantui kawasan ini, utamanya selepas pemimpin Serbia Bosnia, Radovan Karadzic, dipenjara kerana dinilai melakukan pembunuhan beramai-ramai pada Mac.


PBB mengatakan sokongan warga Serbia Bosnia untuk memisahkan diri dari negara Bosnia yang rapuh merupakan cabaran untuk menegakkan perjanjian damai pada 1995 lalu. (IH)

3 comments:

maderic obat reumatik said...

turki adalah negara yang sangat perhatian kpd umat muslim

pelangsing wsc biolo said...

saatnya muslim bangkit dari penindasan

wsc biolo wootekh said...

muslim bosnia sudah lama tidak terdengar

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails