Thursday, May 12, 2016

‘Superman’ Hew Kuan Yaw Simbol Gangsterisme DAP

AIDCNews – 11/5/16 – Budaya politik kebencian dalam parti politik pembangkang bukan perkara baharu khususnya dalam DAP, kata seorang peguam Jadryn Loo Hooi Yee.
Jadryn Loo yang juga bekas penganalisis politik kerajaan DAP Pulau Pinang berkata budaya politik samseng yang disemai oleh pemimpin parti itu telah merebak ke peringkat akar umbi.
“Budaya politik kebencian bukan perkara baharu dalam budaya Pakatan dan semakin ramai di kalangan pengikut yang mencontohi budaya ‘idola-idola’ mereka itu.
Jadryn Loo Hooi Yee

“Dari Hew Kuan Yaw dan Ahli Parlimen DAP Tanjong, Ng Wei Aik, siapa yang boleh mendengar dan belajar tentang bagaimana untuk mengutuk, bersumpah, memanggil nama dan berkelakuan seperti samseng,” katanya dalam artikel terbaharu di blognya bertajuk “Fuck you “sohai” Sarawakians
Jadryn Loo menambah kes calon DAP Batu Kitang, Abdul Aziz Isa yang menuduh secara terbuka bahawa neneknya dibeli Barisan Nasional (BN) dengan wang juga termasuk salah satu contoh budaya kebencian tersebut.
“Kemudian, termasuk juga kenyataan “bukan tanah bapa kamu’ “lut kamu” dan kejadian “membaling mikrofon” oleh pemimpin-pemimpin tertinggi mereka.
“Maruah asas, menghormati dan kod moral tingkah laku seorang manusia adalah asing kepada mereka.
“Oleh itu, dengan sikap pemimpin-pemimpin seperti itu, ia tidak mengejutkan apabila seorang penyokong wanita meluahkan hasrat untuk ‘fuck’ orang Sarawak.
“Dipanggil orang Sarawak sebagai “sohai” (perkataan Kantonis yang diterjemahkan secara longgar sebagai ‘kemaluan wanita bodoh’) kepada penyokong Barisan Nasional,”katanya yang merujuk kepada gelagat penyokong pembangkang pasca Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11
Menurutnya, tingkah laku orang-orang yang baik adalah mengucapkan tahniah kepada pihak lawan, bekerja keras untuk merebut semula kerusi-kerusi yang hilang itu dan bukannya memaki hamun seperti di atas.
“Beberapa tahun lalu, saya telah menulis bahawa jika anda tidak mengundi DAP dan sekutunya, Hew Kuan Yaw mengutuk anda sebagai “pok kai ham ka chan” (seluruh keluarga anda sial sampai mati) dan memanggil nama-nama anda.
“Saya tidak pasti jika Hew Kuan Yaw akan mengutuk keluarga orang-orang Sarawak sampai mati dengan kehilangan lima kerusi DAP dan kegagalan parti itu untuk mengekalkan undi di kawasan bandar tetapi saya tidak akan terkejut jika dia akan berbuat demikian.
“Jadi, tahniah kepada rakyat Sarawak kerana telah membuat pilihan yang tepat untuk mengundi BN tetapi saya kasihan kerana anda perlu berhati-hati kerana terdapat orang gila di luar sana yang ingin ‘fuck’ anda,”katanya lagi.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails