Sunday, May 08, 2016

PAS Kalah, Tapi Beting Maro Undi Meningkat (2,678 ke 3,052). Amanah 100 Undi.

PETALING JAYA: PAS mengangkat tangan lebih awal sebelum keputusan rasmi diumum Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk kerusi-kerusi yang ditandingi parti Islam itu.


“Semua kerusi kalah,” kata Setiausaha PAS Sarawak, Muhtar Suhaili kepada pemberita melalui WhatsApp.


11 kerusi yang ditandingi ialah: 

  • Samalaju (PAS, DAP dan BN), 
  • Lambir (PAS, PKR dan BN), 
  • Pujut (PAS, DAP, BN dan BEBAS), 
  • Samariang (PAS, BN dan AMANAH), 
  • Muara Tuang (PAS, BN dan AMANAH), 
  • Sadong Jaya (PAS, BN, AMANAH dan BEBAS), 
  • Sebuyau (PAS, BN dan AMANAH), 
  • Beting Maro (PAS, BN dan AMANAH), 
  • Kakus (PAS, PKR dan BN), 
  • Jepak (PAS, PKR, BN dan BEBAS), 
  • Pantai Damai (PAS dan BN).
Dihubungi FMT, Muhtar berkata pengumuman itu adalah berdasarkan kepada keputusan tidak rasmi yang diterima PAS.


Meskipun tewas, PAS bersukacita dengan prestasi di Beting Maro; PAS memperoleh 3052 undi, mengikut rapat 4750 undi yang diperoleh BN. Pencabar ketiga, AMANAH memperoleh 100 undi.


“Beting Maro walaupun PAS kalah, namun jumlah undi yang diterima PAS meningkat daripada 2,678 undi (2011) kepada 3,052 undi,” jelas beliau.


Muhtar berkata PAS sukacita dapat memberi saingan sengit kepada pemerintah, bahkan jumlah undi yang diterima adalah lebih baik berbanding AMANAH.


Mengulas peratusan keluar undi yang rendah pada pilihan raya kali ini, Muhtar secara peribadi berkata rakyat Sarawak secara umumnya telah menerima dan selesa dengan pemerintahan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem.


“Rakyat melihat kalau tidak keluar mengundi pun tidak ada apa-apa yang berubah,” katanya. (FMT)


11 comments:

Anonymous said...

Berdasarkan bilangan undi yang PAS dapat dalam PRN Sarawak, PAS mempunyai potensi untuk memenangi sebilangan kerusi di Sarawak. Ini menunjukkan PAS mempunyai potensi untuk memenangi lebih banyak kerusi di Semenanjung Tanah Melayu dalam PRU14!

Pakatan Haprak menunjukkan prestasi politik yang merundum dalam PRN maka kita tidak merasa hairan melihat Pakatan Haprak akan kalah dalam PRU14 kerana rakyat sudah tahu Pakatan Haprak terdiri dari parti-parti sekular-liberal-plural dan roket yang bersikap anti-Islam!

Bila roket kalah dalam PRU14, sifu nangis manyak kuat ma sebab tak bole beli lebih manyak banglo terlajak mulah!!!

Anonymous said...

Parti Ajaran Sesat(PAS) tak perlu menang pilihanraya kerna nak jadi Punahsihat yg bersedondon dgn umnoBN. Kempen Pas penuh dgn perjuangan hudud yg telah dilaksanakan dgn jayanya di kelantan.Hudud hudud hudud

Anonymous said...

Lihat semua pelawat Blog ini.
Hari2 duk tuduh PAS maki PAN...kenyataan sifat munafik manusia dari golongan Islam Moderat kesukaan DAP ini.

PAS tidak pernah gadai maruah demi cita nak jadi pemerintah.
namun ada manusia yg jadi celaka dunia akhirat bila lidah boleh kelu bila Islam dikeji dan dihina.

Cukup2lah..menyesatkan manusia lain yg berpegang pd ajaran Islam, mudahan kembali kepada kamu jua. Insya Allah.

Anonymous said...

PASKIT @Penkid ..

Unknown said...

Terima kasih 1:10 kerana mengiktiraf perjuangan PAS iaitu utk hudud.. tapi pada kami yg lebih penting ialah pengiktirafan oleh Allah jua..

Anonymous said...

Salam En Anonymous di atas,

Kalau perjuangan hudud tu Islam, Islam tu perjuangan hudud okeylah juga cakap terima kasih.

Islam tu Islamlah, hudud tu bukan Islam, itu bukan pengiktirafan, itu sindiran.

Jangan depan Allah pun kena sindiran juga!!!

Malulah, pengiktirafan dan sindiran pun tak kenal!!!

Yang jahil,

Nobody

Anonymous said...

Ehhh...ada ker Pas cakap hudud di Sarawak? Ada Pas ceramah hendak bentang hudud depan rakyat Sarawak? Hudud Pas ni ikut tempat ke? Hudud Pas ni ikut masa ke? Masa nak cai pemimpin parti ke...last2 jawab bukan hudud tapi cadangan pinda untuk naik taraf kuasa mahkamah syariah. Inilah dikatakan guna agama untuk jadi wakil rakyat.

Anonymous said...

Takpelah guna agama utk jd wakil rakyat.. daripada ada agama tapi tknk ikut.. sekurangnya ada kebaikan yg hendak dibawa..

Anonymous said...

Puak Pan,
betapa senang lenang kau merapu kat blogers PAS ni,
kami cukup terbuka utk membaca tulisan kamu, sekali pun kadang2 tiada langsung.
Kadang2 sumber dari tong taik pun dijadikan hujjah.

Sikap Blogers PAS terbuka..
Cuba engkau lihat dalam bloger PAN, penakut nak mampus..pengecut, coretan hujjah kami langsung tak dipublist pun..tak berani berdepan dgn kenyataan dan teguran.

kalau tak percaya, cuma kau menyamar sekali dan tulis macam yg kau kutuk pada PAS tapi kali ni kau kutuk PAN, Haram tak keluar.
Kau boleh cuba di blog Greenboc. Cuba jangan cuba..


Ternyata dari pemimpin sampai ke pengikut, PAN tiada keberanian berdepan dengan realiti.
Tak peliklah, kamu menikus dgn DAP pun.

Anonymous said...

Tak salahpun aku kutuk Pas...aku ahli Pas KualaTerengganu. Setakat sembang nge kutuk Pas dan pemimpin klu klek dok kang dok uleh kot. Kan blog ni blog walaunta...

Anonymous said...

Salah kalau ko kutuk tanpa bukti dan membuat fitnah.. kemukakan bukti dan kita boleh berhujah disini.. dan aku rasa kalau dh tk setuju dgn kepimpinan lebih baik ko resign.. pintu keluar setiasa terbuka..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails