Thursday, May 12, 2016

Perogol Dibuang Kemaluan, Ditanam Cip Di Kaki Tanda Pesalah -Undang Baru Indonesia.



JAKARTA, 12 Mei: Perogol yang didapati bersalah di Indonesia kini bakal menghadapi penalti yang lebih berat -- dipotong kemaluan dan ditanam mikrocip di kaki setelah mereka habis menjalani hukuman penjaran.

Menteri penyelaran Indonesia bagi pembangunan dan budaya manusia Puan Maharani berkata kerajaan telah bersetuju dengan hukuman itu yang dicadangkan pada mesyuarat khas yang dipengerusikan oleh Presiden Joko Widodo semalam.

Menurut laporan media online, Puan Maharani berkata, penggunaan mikrocip bertujuan untuk pemantauan dan membolehkan masyarakat tahu mereka adalah bekas perogol.

Sementara itu, Menteri Undang-Undang dan Hak Manusia, Yasonna Laoly berkata 'pembuangan' kemaluan itu akan dibuat secara chemical.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Sepatutnya, negara umat Islam terbesar di dunia, di Indonesia itu, mengkaji balik sistem perundangan Islam yang jelas terbukti berjaya dalam sejarah dan realiti perlaksanaannya sekarang. Tidak ada sebab mengapa mereka tidak memilih sistem perundangan agama yang dianuti oleh mojoriti rakyat mereka sendiri. Sila buat kajian. 

Cadangan Bagi Tangani Perogol Di Malaysia.


Rogol Boleh Ditangani Dengan Hudud dan Takzir

1. Kes melibatkan rogol 2 pelajar wanita berusia 15 dan 17 tahun oleh 38 lelaki di Ketereh, Kelantan 20 Mei 2014 lalu dan kes-kes seumpamanya mengajak seluruh masyarakat Islam dan bukan Islam di Malaysia untuk merenung lebih jauh kegagalan undang-undang moden menyekat kesalahan jenayah rogol.

2. Statistik PDRM menunjukkan antara kes jenayah yang paling tinggi di Malaysia ialah jenayah harta melibatkan kecurian dan jenayah kekerasan melibatkan rompak dan rogol.

3. Seksyen 376 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman bagi pesalah rogol ialah penjara minima 5 tahun dan maksima 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan.

4. Islam mengkategorikan rogol atau disebut zina paksa sebagai satu kesalahan jenayah Hudud. Hukuman boleh dikenakan ke atas perogol sekiranya kesalahan itu sabit menerusi kesaksian 4 orang atau pengakuan tertuduh. Bentuk hukuman yang boleh dikenakan ke atas perogol yang disabitkan kesalahan:

  1. rejam sehingga mati jika pesalah pernah menikmati persetubuhan melalui perkahwinan yang sah.
  2. sebat sebanyak 100 sebatan ke atas pesalah yang belum pernah menikmati persetubuhan melalui perkahwinan yang sah dan penjara selama setahun.
5. Sekiranya tidak dapat dibuktikan melalui 4 orang saksi atau pengakuan tertuduh ia boleh disabitkan berdasarkan keterangan lain seperti DNA, laporan perubatan dan lain-lain keterangan yang boleh dijadikan bahan bukti kes.
Hukuman yang akan dikenakan ialah Takzir iaitu bergantung kepada budi bicara mahkamah.

6. Inilah yang dijelaskan oleh Kanun Jenayah Syariah II Kelantan dan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Terengganu 2002. Enakmen Terengganu menyebut;
Seksyen 9. (2) Aduan oleh seorang perempuan yang dia dirogol oleh orang tertentu tanpa berupaya membawa saksi seperti yang disyaratkan tetapi ada qarinahnya, hendaklah disiasat dan jika syarat-syarat yang dikehendaki Syarak tidak dipenuhi untuk menghukum pesalah di bawah hukuman hudud dan sebaliknya ada cukup bukti yang tidak boleh disangkalkan dengan keterangan sama ada secara langsung atau tidak langsung yang menunjukkan pesalah telah melakukan persetubuhan ke atasnya dengan kekerasan dan tanpa kerelaannya maka pesalah itu hendaklah dihukum dengan hukuman takzir dan perempuan itu tidak boleh dikatakan telah melakukan qazaf.


7. Hukuman Takzir boleh berlaku lebih keras daripada hudud sekiranya Mahkamah berpandangan ada keperluan untuk itu. Sebahagian mazhab Islam meletakkan hukuman Takzir boleh mencapai tahap hukuman mati. Apatah lagi dalam kes rogol berkumpulan yang mendatangkan trauma dan kecederaan besar kepada mangsa dari sudut fizikal dan mental.

8. Lebih menarik, berasaskan Takzir dalam Islam, pesalah rogol boleh dikenakan bayaran pampasan sebagai gantirugi kepada maruah mangsa. Peruntukan seumpama ini tidak terdapat dalam undang-undang sivil hari ini. Mangsa rogol hanya sekadar mendapat malu.

9. Tiba masanya kerajaan persekutuan perlu lebih serius menggubal undang-undang berasaskan hukum jenayah Islam sebagai alternatif kepada undang-undang sivil sedia ada yang terbukti gagal menyekat jenayah rogol. Setidak-tidaknya kerajaan persekutuan boleh membentangkan rang undang-undang membolehkan Kanun Jenayah Syariah II Kelantan dan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Terengganu 2002 dilaksanakan di peringkat negeri sebagai model awal di Malaysia.


Oleh 
YB Dato' Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali at-Takiri
Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat
Ahli Parlimen Kuala Nerus

(IH)

India, penduduk kampung kemudiannya membuang bahagian badan Kumar yang telah dikerat ditengah-tengah jalan dan meninggalkan Kumar dalam keadaan cedera parah. Dihukum kerana merogol.

7 comments:

Anonymous said...

Tertunggu2 saya bila Tok Guru nak bentang hudud di Parlimen. Mungkin lepas ni kot harap2 jangan tak jadi pulak, saya dah tak larat kena sindir dengan apek jual barang2 sembahyang dan kitab agama di kedai sebelah.

Unknown said...

Salam hukum Islam pun bukanlah hukuman yg Di utamakan untuk menghentikan jenayah rogol & lain2, tapi Di basmi terlebih dahulu mengapa jenayah INI boleh berlaku sbg contoh cara berpakaian setiap wanita,mudahnya mendapat arak,kelab malam DLL..
Hukuman ada lah pilihan terakhir selepas segala yg boleh menjadi puncanya Di laksanakan dgn menyeluruh untuk mengelakkan penganayaian yg Di tuduh & menuduh..

Anonymous said...


Matt Dann itu cakap orang yang tak mengaji agama.

Siapa kata ' hukum Islam pun bukanlah hukuman yg di utamakan'. Mana nas mengatakan 'Hukuman ada lah pilihan terakhir '

Pergi belajar lagi.

Anonymous said...

HANG TUAH DAN HANG JEBAT PASTI BANGKIT DARI KUBUR LALU MENGUNDI UNTUK PARTI PAS-IK DAN BN KERANA MERASAI DENYUT NADI RAKYAT YANG SEDANG SUSAH SEKARANG.......WALAKKK.....

Unknown said...

Maksud saya ini dari ingatan dari bacaan2 & ceramah tentang hukum hudud Islam zaman rasullullah saw Dan kisah2 yg Di ceritakan. kita mencari yg terbaik untuk Di praktikkan untuk mencegah terlebih dahulu..takut bila suka menghukum yg bukan melakukan kesalahan ITU sbg contoh APA bila Di fitnah atau saja nk menganaiya seseorang..saya memang bukan yg pandai nk memetik nas atau hadis masih menimba ilmu & pengetahuan lgi..soalan 0720pm tu elok di Tanya PD yg hafal Quran & hadis spt professor ustaz Daniel salah seorangnya untuk mendapat jawapan yg berfakta..mcm hukuman Di Indonesia ni adakah ikut hukum hudud yg sebenarnya..ITU persoalannya dgn artikel ni..

Anonymous said...

PARTI PAS-IK DAN BN ITU IBARAT ISI DAN KUKU...MALU-MALU KUCING KONON.......MALU TAPI MAHU.....

Unknown said...

Kalau mcm ni undang2 ade bagus juga jgn lengah kan lagi kasian anak saudare istri kawan yg berkaitan dgn perempuan.die orang perlu di beri keutamaan krn klu tk de kaum perempuan mcm mn nk jg dunie ni,yg paling teruk kad india die orang tk hormat kad perempuan tk de hak langsung

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails