Monday, May 09, 2016

PAS Umum Bertanding Di PRK Sungai Besar, Kuala Kangsar.

pas-bertanding

PAS mengumumkan akan letak calon dalam dua pilihan raya kecil (PRK) di Sungai Besar, Selangor dan Kuala Kangsar, Perak meskipun Pakatan Harapan baru saja menyatakan hasrat untuk berbincang sesama sendiri terlebih dulu sebelum mencapai kata sepakat.
Harakah Daily memetik Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Datuk Mustafa Ali sebagai berkata kekalahan calon PAS di Sungai Besar hanya menerusi majoriti 399 undi sementara di Kuala Kangsar, PAS tewas dengan 1,000 undi saja.
“Ini bermakna keputusan PRK nanti tidak seperti PRN Sarawak,” katanya berseloroh ketika berucap pada majlis perasmian Himpunan Jentera Pilihan Raya PAS Pahang di Kompleks Al-Makmur, Kerdau, Pahang.
Dua PRK itu dijangka akan diadakan berikutan kematian dua ahli Parlimen daripada BN dalam nahas helikopter di Sebuyau, Khamis lalu iaitu ahli Parlimen Sungai Besar yang juga timbalan menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Noriah Kasnon dan Ahli Parlimen Kuala Kangsar Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan.
Selain juruterbang, turut menaiki helikopter itu ialah suami dan pengawal peribadi Noriah, Asmuni Abdullah dan Ahmad Sobri Harun serta Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Dr Sundaran Annamalai.
Terdahulu, Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pagi ini berkata Pakatan Harapan akan membincangkan sama ada mana-mana parti sekutunya akan bertanding pada dua pilihan raya kecil itu.
Kedua-dua kerusi itu secara tradisinya ditandingi PAS. (FMT)

6 comments:

Anonymous said...

Saya kurang bersetuju dgn tindakan pas utk bertanding Prk sg besar dan kuala kangsar ni. Sama seperti Prn sarawak, saya tidak bersetuju. Ini kerana pas melalui presiden berhasrat utk menjadi penasihat kpd kerajaan. Bgmn mahu menasihat kerajaan sedangkan memusuhi kerajaan semasa pilihanraya? Siapa yg sudi dengar nasihat kita sedangkan kita lawan dgn dia dalam pilihanraya?. Dgn masuk pilihanraya, maka jarang antara umno dan pas makin besar dan susah nak berbaik2. Org cina memang suka perkara ini. Baiknya, pas berkecuali sahaja pada Prk kali ini. Biar ph yg bertanding lawan umno. Boleh kita lihat sejauh mana kekuatan pan pecacai Dap tu. Diorang cakap, dgn tertubuh pan, pas akan mati kebulur..

Anonymous said...

Nasihat itu agama. Agama itu nasihat. Pas boleh nasihat bila dan di mana sahaja. Bertanding pilihanraya juga cara Pas nasihat kepada pemerintah. Apa salahnya Pas bertanding untuk memberi nasihat. Hendak harapkan Amanah? Parti 7 bulan...nasib tak baik,keguguran gitu-gitu jer. Naib preseden parti ana dipetik berkata.

Anonymous said...

Yee aq sokong...pas jadi penasihat najib...kna tunjuk baik laa bru bleh dpt jawatan...

Anonymous said...

Jk pas bertanding pon tk bleh menang...pas tk bleh crita hal 1mdb.. fitnah.... duit tk masuk acc PM.... cuma tulisan 2.6 bilion....jk pas tk bertanding tk byk cipta fitnah pd umno BN....kan pas nk bergabung dgn Umno....jd kna tunjuk baik....bt baik...

Anonymous said...

Ya la,,lama dah bergaduh sesama sendiri. Sebangsa dan seagama lagi. Kembali kepada alquran yg menuntut org Islam berbaik sesama sendiri. Yg salah hendaklah diperbetulkan. Bila asyik bergaduh,, maka senang org lain memperkotak katikkan kita. Mana p kes Eric Chia, li long Sik,senyap saja. 1mdb bukan main bising lagi. Org melayu buat salah, bising satu dunia, cina buat salah, mca gerakan dan Dap buat2 senyap ja. Politik org melayu,, menang sorak kampung tergadai dan penuh dgn asam garam. Politik org cina, drpd kosong sampai dapat ppinang dan kekayaan luar biasa dan penuh dgn gula dan madu.

Anonymous said...

Jika benar kita org Islam, kecil tapak tangan nyiru kita tadahkan jika pas dan umno mahu bersatu. Apa masalahnya jika dua2 parti org melayu ni mahu bersatu? Hanya org cina saja yg tak suka,,,

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails