Monday, May 09, 2016

DAP `Main’ Sentimen Kaum, Agama Di Sarawak! -SU PAS S'wak.

PAS Sarawak
KUALA LUMPUR – Calon PAS hilang deposit di Kakus dan Pujut dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak kali ini kerana DAP memainkan sentimen perkauman dan agama.
Setiausaha PAS Sarawak, Muhtar Suhaili berkata, DAP dalam kempennya telah melabelkan PAS sebagai sebuah parti anti-Bukan Islam ke atas penduduk kawasan terbabit.
“PAS hilang wang deposit di kedua-dua kerusi ini. Ini mungkin kerana sentimen perkauman dan agama yang cuba dimainkan dan dipersepsikan terhadap PAS contohnya DAP melabel PAS anti-bukan Islam.
“PAS berjaya mengekalkan undi di kebanyakan Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang majoriti Melayu-Islam,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Kenyataan itu merupakan analisis awal PAS Sarawak berhubung prestasi parti itu dalam PRN Sarawak kali ini.
Muhtar dalam pada itu mengakui PAS kalah di kebanyakan kerusi kerana Barisan Nasional (BN) mendapat peningkatan undi yang jauh lebih tinggi.
Malah, katanya, faktor ‘good feel’ terhadap Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem secara keseluruhannya mempengaruhi kemenangan besar BN pada kali ini. 

3 comments:

Anonymous said...

Dap ini,,terang lagi bersuluh musuh islam. Kewujudan org melayu islam dalam Dap hanyalah untuk mengaburi rakyat. Lagipun, melayu islam seperti Diana yusuff yg menolak hudud yg merupakan hukum agama dia,,apa gunanya peribadi ini pada ugama? Bersatu la org Islam,,jgn berpecah lagi. Sedarlah, mca,Dap gerakan, mic akan bersatu satu hari nanti utk merampas pemerintahan di malaysia.

Anonymous said...

Bro, bersatu untuk apa?
Kerana bangsa Melayu..itu bukan cara yg di ajar Islam.
Bro ni, mesti darah UMNO dulu.

Kita bersatu atas dasar Islam.
Maka tugas kita, seru Islam utk semua bangsa yg ada di Mlaysia kini.
Insya Allah..Cina Islam, India Islam, Iban Islam dan lain2 akan turut bersatu atas nama Islam.

Dekatilah bukan Islam utk pamerkan indahnya islam bila diamalkan.
Kita tak paksa mereka utk terima Islam.

Hidup Najib! said...

Masalah pemimpin2 melayu-Islam yg ada gagal untuk menunjukkan sifat2 dan teladan yg baik..korup,salah guna kuasa,boros,bermewah2 super melampau,menindas adalah antara beberapa contoh drpd yg banyak

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails