Wednesday, May 11, 2016

Artis Ini Dirogol 3 Kali Dalam 20 Minit, Kamu Suka?

Astaghfirullah... Artis Ini Diperkosa 3 Kali dalam 20 Menit

HALAMAN HIBURAN
Singapura: Nasib tragis dialami oleh seorang artis perempuan masa bercuti ke Singapura. Dia diperkosa tiga kali hanya dalam jarak 20 minit, di tempat berbeza, oleh pemuda tempatan bernama Lim Choon Beng.

Tindakan biadab itu berlaku semasa cuti tahun baru China, tepatnya 9 Februari 2013. Kala itu, artis China yang tak disebutkan namanya itu masih berusia 24, manakala Lim berusia 27 tahun.

Dinihari itu, artis China ini tengah dalam perjalanan dari Martin Road menuju ke River Valley Close. Pada masa itulah, mulai pukul 03.15 hingga 03.35 waktu setempat, wanita nahas itu menerima perlakuan bejat Lim. Dalam masa 20 minit itu, dia dirogol sebanyak 3 kali.

Kini, kes ini bergulir di pengadilan negeri Singa itu. Lim dituduh melakukan tujuh kejahatan sekaligus. Jaksa akan menghadirkan sejumlah saksi untuk menjerat Lim, di antaranya adalah perempuan yang memanggil polis ketika peristiwa tersebut berlaku.

Selain itu, ada pula perempuan yang mengantar artis China itu ke balai polis untuk membuat lapran. Masih ada beberapa saksi yang diharapkan dapat memperkuat tuduhan terhadap Lim.

Sementara, artis China yang menjadi mangsa rogol ini memberi keterangan pada Khamis pagi. Identitinya tetap disembuyikan. Dia memberi keterangan dari balik ruangan, sehingga identitinya tetap terjaga, tak diketahui media dan masyarakat.

Wakil Jaksa Penuntut Umum, Lin Yinbing, mengatakan, telah ditemui bukti berupa DNA pada bra artis China itu. Sementara, darah artis itu juga dijumpai di pakaian dalam dan baju Lim.

Mahkamah ini dijangka selesai dalam lapan hari. Jika terbukti bersalah, hukuman terberat bagi Lim adalah 20 tahun penjara. Namun, bukan berarti Lim tanpa perlawanan. Dia membantah tuduhan rogol ini. Di mahkamah, dia didampingi oleh peguam, Anand Nalachandran.

Dalam sidang itu, Lim mengaku, "tidak ingat kejadian itu," demikian laporan dari sidang itu, sebagaimana dikutip dari laman Channel News Asia, Khamis 5 Mei 2016. 

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kepada yang Islam atau bukan Islam, adakah kamu suka hal-hal begitu terjadi kepada anak isteri kamu? Tentu tidak. Tetapi perkara-perkara begitu tetap berlaku berterusan, di dunia ini. Ini membuktikan undang-undang jenayah dunia yang sekular masakini tidak mampu memantau, menangani atau menguranginya.

Mari kita kaji perundangan alternatif. Negara umat Islam perlu mencuba perundangannya sendiri bagi memayungi rakyat di negaranya. Orang bukan bukan Islam pun boleh menumpang teduh dibawahnya atau mengujicuba payung tersebut. Undang-undang dunia yang ada sekarang pun bukan asalnya milik orang China atau India pun.

2 comments:

Jos Genset said...

Sekarang tidak ada negeri yang aman

Anonymous said...

Pengedar dadah hukum bunuh pun masih ramai pengedar dadah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails