Friday, May 13, 2016

Akan Lahir 'Tafsir A-Quran Bekas MB Terengganu' Yang Pertama Di M'sia?


Catatan Santai Ibnu Hasyim

MANA ada pemimpin politik di Malaysia yang habis mengajar tafsir kepada orang-orang kampung sehingga khatam sebuah Al-Quran? Apa lagi pemimpin itu pernah menjadi Menteri atau Menteri Besar sebuah negeri, kecuali pemimpin-pemimpin PAS?


Contohnya ialah Allahyarham Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz bekas MB Kelantan dan bekas MB Terengganu Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang. Katakan kalau tafsir-tafsir mereka itu siap dibukukan sepenuhnya, mungkin tafsir itu akan menjadi tafsir pertama di dunia ditulis oleh seorang pemimpin politik atau Menteri Besar bagi sesebuah negeri!


Presiden PAS sebelumnya, Allahyarham Tuan Hj Yusuf Ar-Rawa dan Allahyarham Ustaz Fadzil Muhammad Nor juga ada mengajar tafsir, tetapi belum sempat siap dan dibukukan, mereka sudah meninggal dunia. Kecuali Hj Yusuf Rawa menjadi penulis tafsir Juz Amma pertama dalam bahasa Melayu di Malaysia, yang diterbitkan oleh penerbit Hj Muhammad Nordin Ar-rawi, Pulau Pinang.


Semasa hidup Hj Yusuf Rawa, saya sendiri terlibat dalam menguruskan pengajian tafsir Al-Quran Tuan Haji Yusuf Rawa, di markas PAS Kampung Perlis, Balik Pulau, Pulau Pinang, di awal-awal 1980an.



Di zaman pemerintahan Perdana Menteri pertama Malaysia Tunku Abdul Rahman pun lahir sebuah tafsir 'Pimpinan Ar-Rahman' keluaran JPM Malaysia, tetapi ditafsir oleh Hj Abdullah Basmeh, yang bukan ditafsir oleh Tunku Abdul Rahman sendiri.

Tafsir Bekas MB Terengganu Pertama Di Malaysia.

Kini, saya harap dan berdoa semoga anak Tuan Guru Hj Hadi, Muhammad Khalil Abdul Hadi mampu menyiapkan himpunan lengkap tafsirnya nanti seperti dijanjikan, insyaallah. Akan menjadi bahan sejarah apabila lahir 'Tafsir Bekas MB Terengganu' yang pertama di Malaysia, atau oleh pemimpin politik Islam yang memimpin sebuah negeri, tafsir pertama di dunia. 


Diharap 'Tafsir MB Kelantan' pun begitu.


Jom kita lihat sejarah wujudnya kelas atau pusat pengajian Islam di Masjid Rusila, Terengganu seperti yang ditulis oleh anaknya  Muhammad Khalil..


"Majlis ilmu di Masjid Rusila bermula semenjak daripada moyang saya, almarhum Tuan Guru Hj Abdul Rahman yang membuka pondok setelah kembali menuntut ilmu dari Pattani. Setelah itu ianya diteruskan oleh anaknya almarhum Tuan Guru Hj Awang Muhammad iaitu ayah kepada Tuan Guru Hj Abdul Hadi. 


"Pada tahun 1975  datuk saya meninggal dunia dan majlis ilmu ini diteruskan oleh ayahanda Tuan Guru sekembalinya dari Madinah dan Mesir pada tahun 1976 sehinggalah sekarang.


"Ayahanda Tuan Guru sangat istiqamah dengan kuliyahnya dan tidak pernah meninggalkannya kecuali jika sekiranya ada tugas-tugas penting di luar negara. Hatta ketika pembentangan bajet di parlimen yang kebiasaannya dibuat pada hari Jumaat; beliau tidak menghadirinya kerana mengutamakan kuliyah pagi Jumaatnya. 


"Saya berfikir barangkali dalam benaknya; lebih baik menyampaikan ilmu kepada orang kampung daripada hanya mendengar pembentangan daripada pemerintah. Walaupun begitu beliau mengikutinya secara live dan membuat catitan untuk sesi perbahasan berikutnya." Jelas Muhammad Khalil.


Menurut Muhammad Khalil, individu yang paling lama menuntut di kuliah tersebut dan masih lagi hidup lagi, ialah Pak De Mud dari Kampung Ru Dua. Beliau menadah kitab-kitab di Masjid Rusila sejak daripada zaman moyangnya almarhum Tuan Guru Hi Abdul Rahman lagi. Barangkali umurnya sekarang sudah melebihi 100 tahun. 

Saya (Ibnu Hasyim) mula menjejakkan kaki di Masjid Rusila kira awal tahun 1980an. Saya pergi seorang diri, dan bertemu dengan kumpulan Universiti dari Kuala Lumpur, dibawa jumpa Ustaz Hadi dan diberi peluang bersoal jawab. Dibawa berziarah makan-makan di rumah Daud Samad bekas Menteri Besar PAS Terengganu yang pertama. Dan juga.. mendengar kuliah.


Semasa solat Jumaat, ia meninggalkan kenangan manis buat saya. Saya solat di luar masjid, tepi longkang, sehingga rambut saya lekat pasir. Kerana masjid yang sedang dibesarkan dan belum siap itu sudah penuh. Saya lihat Ustaz Hadi sedang berkhutbah dengan muka yang garang bersemangat, tangannya menghentakkan tongkat pada bab-bab tertentu semasa berkhutbah.


Hari ini, 6 Sya'ban 1437 bersamaan 13 Mei 2016 sedang diadakan Majlis Khatam Tafsir Al-Qurqan kali kedua di masjid itu. Kali pertama pada tahun 1996. Semoga berjalan lancar. Al-hamdulillah!


Sekian.

Ibnu Hasyim
13 Mei 2016. KL.

Lihat sebelum ini..

E-Buku IH-59: C/Santai (Minda) IH Mulai Jun 2012
E-Buku IH-59: C/Santai (Minda) IH Mulai Jun 2012

6 comments:

Anonymous said...

Dalam orang mendekati Islam. PAN dan Ikram pula mendekati G25


http://nordinali.blogspot.my/2015/12/menyelongkar-pemikiran-sesat-yang.html



7 Disember 2015 kumpulan G25 mencadangkan supaya hukuman terhadapa perbuatan khalwat dimansuhkan kerana ia dianggap mereka sebagai melanggar hak kebebasan seseorang seperti termaktub di dalam Perlembagaan.

Menurut jurucakap G25, Datuk Noor Farida Ariffin berkata, berdasarkan prinsip Perlembagaan Malaysia, mereka menentang sebarang hukuman terhadap perbuatan khalwat jika dilakukan di rumah persendirian kerana itu adalah hak dan privasi setiap individu.

"Perbuatan khalwat di tempat peribadi adalah dosa peribadi antara pelakunya dengan Allah kecuali jika dilakukan di kawasan awam, namun Malaysia adalah satu-satunya negara yang menjatuhkan hukuman terhadap kesalahan itu."

“Ini bertentangan dengan Islam. Apa orang buat di dalam rumah sendiri, anda tidak boleh ketuk pintu pada pukul 3 pagi dan menahan mereka, ini bertentangan dengan prinsip perundangan Islam, dosa peribadi adalah antara diri sendiri dengan Allah.

“Anda boleh masuk neraka atau tidak, atau apa sahaja tetapi bukan urusan undang-undang menghukum anda ke dalam penjara kerana melakukannya secara privasi di rumah, bukan taman awam,” tegasnya dalam sidang akhbar selepas Forum Islam Dalam Demokrasi Berparlimen di bangunan Persatuan Alumni Universiti Malaya (PAUM).

Pada forum ini Zulkifly Ahmad menyebut AMANAH bersifat terbuka untuk berbincang bagi menghormati hak golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Kenyataan G25 di sokong pula oleh Ustaz AMANAH.


Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman ada menulis mengenai Harus Mengintip Bagi Elak Zina/Khalwat pada 12 Januari 2007. Ustaz Zaharudddin bersetuju dengan saranan Sohibul Samahah Mufti Perlis agar diperkemas tindakan serbuan, tetapi TIDAK sependapat dengan beliau dalam hal melarang dan mengharamkan intipan secara umum yang boleh menyebabkan terbantutnya seluruh operasi ops maksiat yang telah sedia ada. Dia juga bersetuju dengan JAKIM dan lain-lain Jabatan Agama yang ingin meneruskan usaha ini, pada masa yang sama saya tidak bersetuju jika tindakan Penguatkuasa Jabatan Agama yang menjadikannya sebagai rutin harian dan menyerbu tanpa adab dan tertib.

Anonymous said...

Salam semua,

Saya baca tulisan Nordin Ali tu. Sila refer kepada blog dalam link tersebut.

Saya tak nampak 1 pun ayat yang mengatakan Dr Zulkifly Ahmad setuju. Bersifat terbuka untuk berbincang apa salahnya???

DR Zakir Naik pun bersifat terbuka untuk berbincang, ratusan ribuan masuk Islam kerananya.

Swmua golongan ada hak sebab mereka manusia.

Sama juga negara Islam memang tak ada dalam al-Quran. Dr Zulkefly bercakap benar, so???

Yang jahil,

Nobody

Anonymous said...

Salam semua,

Dulu, Arwah Dr Lo'Lo' Ghazali semasa jadi ahlim parlimen PAS memberi makan kepada warga-warga lorong haji taib, adakah arwah tu bersetuju dengan kegiatan lorong tu atau beliau terbuka dan hormat hak-hak golongan tu sebagai manusia???

Jangan lihat pada political mileage yang sempit la!!!

Yang jahil,

Nobody



Anonymous said...

Salam semua,

Pada saya pendapat mufti Perlis lebih betul. Sila rujuk kepada kitab ihya' ulumuddin karangan Imam Ghazali. Kisah Khalifah Umar mengintip dan ditegur boleh menjadi rujukan.

Pendapat ini dikongsi oleh Dr Yusuf al-Qardawi di dalam Min fiqh al-Daulah fil Islam. Kemungkaran itu harus zahir dan terlihat. So???

Kalau dah pasti betul berzina dan sebagainya baru diambil tindakan!!!

Yang jahil,

Nobody

Anonymous said...

Salah tu, yg betul ialah nabi mungkar mcm quran dan hadis suruh. Menyerbu dan menahan mereka yg berduaan2 dlm bilik adalah salah satu qaedah atau method mencecah kemungkaran. Isu ambik tindakan yg confirm berzina adalah isu hukuman. Berbeza tu. Patutla nama pun yg jahil. Memang jahil betul.

Anonymous said...

Salam En. Anonymous di atas, kalau encik ni Dari parti pas patutlah parti tu nak melingkup. Okaylah saya jahil tetapi bacalah kitab karangan imam alghazali Dan Dr Yusuf alqardhawi dulu. Refer balik sejarah khalifah umar.

Encik ni lebih hebat daripada khalifah umar ke yang berani kata salah tadi tu? Rujukan mana encik tengok?


Yang jahil,

Nobody

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails