Saturday, April 09, 2016

Gaduh Besar Gengster 4 Sekolah. Bukti Dasar Pendidikan Negara Gagal..

Rakaman litar televisyen tertutup CCTV dari rumah seorang penduduk menunjukkan mangsa dibelasah oleh kira-kira 20 pelajar lelaki membabitkan empat buah sekolah di sekitar Wangsa Maju, Kuala Lumpur kelmarin.

KUALA LUMPUR – Dua kumpulan pelajar gengster dari empat buah sekolah bergaduh besar menggunakan pelbagai jenis senjata seperti besi, kayu hoki, kayu besbol dan topi keledar di kawasan perumahan Jalan Wangsa Melawati 4, Wangsa Melawati di sini kelmarin dipercayai gara-gara berebut teman wanita.

Dalam kejadian melibatkan lebih 20 orang pelajar kira-kira pukul 1.45 petang itu, dua pelajar lelaki tingkatan empat dari salah sebuah sekolah berlumuran darah apabila di­belasah selepas tamat sesi persekolahan kira-kira enam kilo­meter dari sekolah mangsa.
Difahamkan mangsa pertama menerima 10 jahitan pada kepala, manakala seorang lagi mang­sa menerima tujuh jahitan juga pada bahagian kepala.
Menurut sumber, kedua-dua mangsa yang sedang menaiki motosikal di kawasan perumahan itu dalam perjalanan pulang ke rumah sebelum diserang kumpulan pelajar yang menaiki lapan buah motosikal.
“Kumpulan terbabit secara tiba-tiba mengejar dua mangsa itu sebelum memukul mereka secara bertalu-talu,” katanya kepada Kosmo! semalam.
Ujar sumber itu, polis berjaya menahan 12 daripada lebih 20 pelajar yang terlibat selepas menerima laporan daripada penduduk. (KOsmo)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Lagi bukti menunjukkkan dasar pelajaran negara ini gagal melahirkan manusia yang bertangggung jawab kepada negara, jadi agen pembangunan rohani dan jasmani yang membawa kebahagiaan di dunia dan akhirat.

3 comments:

Anonymous said...

Dasar Pendidikan Negara yang bersifat sekular telah berjaya menghasilkan manusia yang tidak bermoral yang terlibat dalam zina, arak, judi, pelacuran, pornografi, keruntuhan akhlak, masalah dadah, gangsterisme, rasuah, salah guna kuasa, salah laku, pecah amanah, jenayah kolar putih dan kolar biru, penipuan, skim cepat kaya, ah long, penindasan, pemalsuan, curi, rompakan, rogol dan pembunuhan.

"Pasukan Bertindak Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch) mendakwa hanya dalam 60 hari sahaja, kes jenayah di Malaysia telah melonjak secara mendadak sebanyak 20,096 kes sejak Januari lalu." sinarharian.com.my 5 Mac 2014

"Antara 1980 dan2009, kes jenayah secara keseluruhannya meningkat sebanyak 200 peratus atau lima peratus setiap tahun." mstar.com.my 6 Mei 2015

'Lebih mudah perolehi dadah daripada pisang goreng' Malaysiakini -Apr 5, 2016

'Women and men offering sex online. This is her second visit to the country. The first time in Malaysia, she stayed on for a month as the “business was good”. New Straits Times Online-Mar 20, 2016

'Kerana rasuah, Malaysia dihina negara lain: KUALA LUMPUR - Masalah rasuah yang berleluasa dalam negara ketika ini menyebabkan Malaysia sering dihina oleh negara-negara lain.' Sinarharian-Apr 2, 2016

'Inspektor Polis Didenda RM5,000 Kerana Rasuah' Bernama April 08, 2016

Dasar Pendidikan Negara perlu dihapuskan dan digantikan dengan Dasar Pendidikan Islam Negara untuk menghasilkan manusia yang bermoral tinggi, berbudi bahasa, berdaya maju, jujur, ikhlas, bijaksana, berdikari, bertanggungjawab dan mentaati Allah dan RasulNya.

Anonymous said...

Pembetulan untuk perenggan pertama dalam komen 10:05 AM saya di atas:

Sebilangan manusia yang tidak bermoral terlibat dalam zina, arak, judi, pelacuran, pornografi, keruntuhan akhlak, masalah dadah, gangsterisme, rasuah, salah guna kuasa, salah laku, pecah amanah, jenayah kolar putih dan kolar biru, penipuan, skim cepat kaya, ah long, penindasan, pemalsuan, curi, rompakan, rogol dan pembunuhan.

Dan sebahagian besar manusia yang tidak bermoral ini pernah mendapat pendidikan di negara ini. Ini bererti Dasar Pendidikan Negara telah gagal mencapai matlamat dan objektif Dasar Pendidikan Negara.

Oleh sebab itu matlamat, objektif dan perlaksanaan Dasar Pendidikan Negara perlu dikaji semula dan ditambah baik dengan pendidikan Islam yang menyeluruh untuk pelajar Islam dan pendidikan moral yang dikaji semula untuk pelajar bukan Islam untuk membentuk manusia yang berakhlak mulia.

NOTA: Saya mohon berbanyak maaf kerana telah melakukan kesilapan dalam perenggan pertama dalam komen 10:05 AM saya di atas dan kesilapan ini amatlah saya kesali.

Anonymous said...

Pembetulan untuk perenggan terakhir dalam komen 10:05 AM saya di atas:

Dasar Pendidikan Negara perlu dikaji semula dan ditambah baik dengan pendidikan Islam yang menyeluruh (untuk pelajar Islam) dan pendidikan moral yang dikaji semula(untuk pelajar bukan Islam) untuk menghasilkan manusia yang bermoral tinggi, berbudi bahasa, bekerjasama, berdaya maju, jujur, ikhlas, bijaksana, berdikari (bermandiri), bertoleransi, bertanggungjawab, berdisiplin, kreatif dan innovatif dan mentaati Allah dan RasulNya.

NOTA: Saya mohon berbanyak maaf kerana telah melakukan kesilapan dalam perenggan terakhir dalam komen 10:05 AM saya di atas dan kesilapan ini amatlah saya kesali.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails