Friday, April 08, 2016

Ini, Tong Sampah Kreatif, Didik Masyarakat Jaga Kebersihan.



JOM KREATIF

SEBUT sahaja tong sampah, pasti ramai membayangkan bekas kotor, jijik, berbau dan sebagainya menyebabkan kita tidak mahu untuk mendekatinya. Namun ternyata tidak semua tempat pembuangan sampah seperti itu.

Masyarakat hari ini sudah mulai sedar akan kepentingan menjaga kebersihan dan pelbagai cara telah dilakukan bagi mendidik netizen tentang kebersihan alam sekitar terutama sekali melibatkan kawasan umum.

Beberapa negara di dunia telah mencipta atau merealisasikan idea-idea kreatif untuk mendidik orang ramai melalui transformasi yang dilakukan terhadap tong sampah dalam memupuk kesedaran kepada masyarakat.

Berikut ini adalah beberapa idea design atau konsep tong sampah menerapkan elemen permainan atau game untuk menarik dan mendidik masyarakat menggunakan tong sampah secara tidak langsung sama-sama menyumbang kepada kebersihan bandar yang didiami.

Maze Trash Can, antara idea bijak pemerintah Switzerland apabila merobah tong sampah menjadi tempat permainan Maze atau Labirin.

Idea ini adalah bertujuan untuk mengelakkan orang awam membuang atau membaling cawan kertas merata-rata di kaki-kaki lima. Projek ini dinamakan sebagai ‘Lucerne Shines’.
Ini pula idea dari pereka  Perancis dikenali sebagai Collectif DC tampil dengan konsep seumpama itu untuk menarik mereka yang lalu lalang di situ bermain permainan‘Three Point’ atau ‘Tiga Mata’  seperti dalam permainan bola keranjang.
Lain pula halnya di Filipina, pemerintah di sana menggunakan konsep tong sampah sebagai ‘alat permainan’ namun disuntik dengan elemen kitar semula.
Ini pula tong sampah khusus untuk para perokok tegar rasanya kerana hanya kelihatan putun-putun rokok didalam. Menariknya tong sampah ini, tertera dua nama pemain bola sepak antarabangsa terkenal iaitu Ronaldo dan Messi.
TetraBIN pula mengimplikasikan interaksi antara pengguna. Perbuatan meletakkan sampah ke dalam tong bertukar menjadi permainan, di mana sampah yang dimasukkan itu akan dipaparkan di luar skrin tong sampah berkenaan sebagai satu permainan yang dikenali sebagai ‘Tetra Game’.(IH) 
Lihat juga..
E-Buku IH-103: Kisah-kisah Jom Kreatif (4)
E-Buku IH-103: Kisah-kisah Jom Kreatif (4)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails