Saturday, April 09, 2016

Jeng! Jeng! Ini, 'Tai Chi' Guan Eng Selepas 'Pendedahan' Bos KLIDC..


Jeng, jeng, jeng, menjelang debat perdana antara Pengarah Komunikasi Stratagik BN Datuk Seri Rahman Dahlan dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng satu pendedahan 'meletup' disiarkan oleh akhbar berbahasa Cina Nanyang Siang Pau pada Jumaat.
Mari kita sama-sama saksikan apa 'tai chi' Guan Eng selepas tauke Kuala Lumpur International Dental Centre (KLIDC) Datuk Tang Yong Chew mengakui pemilik asal banglo 'murah' yang dijual kepada Guan Eng, Phang Li Khang merupakan bekas kakitangan dan kini rakan niaganya.
“Kami mempunyai hubungan kerja lebih daripada 20 tahun bermula sebagai pekerja dan kemudian menjadi rakan kongsi perniagaan," Kata Tang.
Di mana kepada Tang memberikan Phang Li Koon 30 peratus saham manakala beliau memegang 70 peratus saham bagi syarikat di Pulau Pinang.
Tang berkata, Phang adalah individu yang menjaga perniagaan beliau di Pulau Pinang.
Ini sekaligus memberikan tamparan hebat kepada Guan Eng yang selama ini mendakwa perempuan tersebut tidak mempunyai sebarang urus niaga dengan kerajaan negeri.
KLIDC, yang tersepit di tengah-tengah perbahasan kerana menguasai tanah Taman Manggis yang dibeli daripada kerajaan negeri dengan harga RM11.6 juga pada 2012, yang kemudiannya didakwa mahu menjualnya dengan harga lebih tinggi.
Rahman pada Isnin mendedahkan perjanjian jualan saham yang menunjukkan KLIDC dijual sebanyak RM18.6 juta kepada pembeli tidak dinamakan dan ia turut bermakna jualan tanah Taman Manggis secara tidak langsung.
Kerajaan negeri berulang kali menegaskan bahawa tanah Taman Manggis tidak akan dijual kembali.
Tang Yong Chew yang merupakan pemegang saham majoriti KLIDC Tang Yong Chew mengakui kewujudan perjanjian jualan saham tetapi berkata rundingan itu tidak menjadi kenyataan.
Tang berkata, tahun lalu, sebuah kumpulan daripada Amerika Syarikat telah menyatakan minat untuk melabur dalam pusat perubatan yang dirancang di Taman Manggis, yang membawa kepada pembentukan syarikat usaha sama bagi mendapatkan pembiayaan bank.
“Oleh kerana permohonan kewangan memerlukan beberapa dokumentasi undang-undang, kami tandatangan perjanjian jualan saham, yang didedahkan baru-baru ini, membawa kepada dakwaan KLIDC mahu menjual tanah Taman Manggis untuk mendapatkan keuntungan,” katanya.
Bagaimanapun, kata Tang, rancangan itu tidak berjalan lancar dan usaha sama itu habis begitu sahaja.
Beliau menegaskan bahawa Tanah Taman Manggis masih milik penuh KLIDC.
Rahman Dahlan yang merupakan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan berdebat dengan Guan Eng mengenai isu Taman Manggis dalam masa terdekat.
Rahman berkata debat tersebut membolehkan rakyat Pulau Pinang mengetahui fakta dan kebenaran mengenai skandal Taman Manggis.
Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP sejam selepas itu kemudiannya memberi reaksi.
Sementara itu, Guan Eng turut memberitahu Abdul Rahman supaya menghubungi Ahli Parlimen Seremban Anthony Loke yang diamanahkan menguruskan debat itu nanti.
Terlebih dahulu, Guan Eng menyatakan kesediaannya untuk berdebat dengan Abdul Rahman sekalipun akan diadakan secara terbuka dan disiarkan dalam televisyen.
Bagaimanapun difahamkan pihak Guan Eng tidak mahu debat tersebut menyentuh isu banglo murah yang dibelinya.
Butiran terperinci mengenai debat itu masih dirunding antara pegawai Rahman dan pegawai Guan Eng-8/4/2016. Lapor Agenda Daily. 


Sementara itu di Putrajaya, Bernama melaporkan, Radio Televisyen Malaysia (RTM) sedia untuk menyiarkan secara langsung debat berkaitan isu tanah Taman Manggis antara Menteri Kesejahteraan Bandar dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata, RTM akan membantu bagi memastikan perdebatan itu disiarkan menerusi program yang dikenali sebagai Demokrasi.
"Kami sedia menyiarkannya secara langsung, terpulang kepada mereka sama ada untuk melakukannya atau tidak. Sesi debat itu tanpa penonton bagi memastikan ia berjalan lancar," katanya kepada Bernama pada Jumaat.
Abdul Rahman yang juga Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN) menyambut baik cabaran Guan Eng untuk berdebat dengannya. (IH)

9 comments:

Anonymous said...

blog umno nih

Anonymous said...

Bagus.. kalau blog dap dan pan aku tk baca.. panipu

Anonymous said...

la patut la bodoh walaun rupanya

Anonymous said...

Inilah Sifoo pujaan PAN Imayam Cable TV. Dah la ada skandal kejam pulak tu. Orang miskin PPRT tidak diberi. Orang kampung dihalau. PAN pula menyokong DAP yg rasis walaupun Mat Sabu dan Mujahid kelahiran Penang



Kampung Permatang Tok Subuh yang terletak di Bukit Minyak, Pulau Pinang, sedang menghadapi ancaman pengusiran paksa. 26 keluarga yang menduduki kampung ini telah menerima notis bailif pemilikan kosong yang mengarahkan mereka untuk mengosongkan rumah sebelum 4 Mac 2016. Rumah mereka boleh diroboh secara paksa bila-bila masa pada dan selepas 4 Mac nanti.

Kampung Permatang Tok Subuh sudah diteroka oleh penduduk sejak 70 tahun yang lalu. Distinct Class Sdn Bhd yang menggelar dirinya tuan tanah dikatakan membeli tanah tersebut daripada pemilik sebelum itu dan mengheret penduduk asal ke mahkamah untuk mengusir mereka. Keputusan kes di Mahkamah Sesyen Butterworth tidak berpihak kepada para penduduk dan sekarang notis pemilikan kosong telah dikeluarkan.

Para penduduk menuntut supaya hak perumahan mereka dijamin, iaitu perlunya rumah ganti sekiranya mereka terpaksa berpindah. Namun, Distinct Class Sdn Bhd enggan berunding dan cuba mengusir penduduk secara paksa.

Penduduk Kampung Permatang Tok Subuh bertekad untuk mempertahankan kampung halaman mereka.

Boleh mengikuti perkembangan tentang perjuangan penduduk Kampung Permatang Tok Subuh di laman FB Pertahankan Kg Permatang Tok Subuh.

Harap komrad semua, kawan-kawan boleh berikan sokongan, atau idea penyelesaian kepada perjuangan Kampung Permatang Tok Subuh ini.

Julius Choo Chon Khai
AJK Pusat / AJK Pulau Pinang
Parti Sosialis Malaysia

Qu Cincau said...

Spesis Melayu yang dok merosakan Bangsa, Negara dan yang lebih penting masa depan anak cucu. Duit yang hanggusssss berbillion2 ini sepatunya untuk kegunaan anak cucu hangp la ngok. Setakat nak makan dedak untuk masa nie baik hangpa pi terjun jambatan atau bangunan. Hidup menyusahkan oeang lain aje.

Ibnu Hasyim said...

T.kasih maklumat di atas.

Anonymous said...

Qu Cincau adalah contoh barua roket bangang dan gila makan dedak roket yang suka menyalahkan orang Melayu setiap kali sifu-sifu roket melakukan salah guna kuasa seperti skandal banglo, skandal tanah orang miskin, penghapusan etnik Melayu melalui penghapusan kampung-kampung Melayu dll.

Kalau sifu kentut busuk pun, Qu Cincau tetap salahkan orang Melayu.
Kalau sifu berak tak basuh pun, Qu Cincau tetap salahkan orang Melayu.
Kalau sifu roket tipu rakyat pun, Qu Cincau tetap salahkan orang Melayu.

Qu Cincau manyak bodo punya macai. Hali-hali jilat kaki sifu keluar tandas.......Haiya manyak busuk ! Bodo punya macai!

Anonymous said...

Lepas pr sarawak nnt certa2 fitnah ni akan terhenti sendiri. Macai Pas dah sama dgn pemakan dedak najib promosi fitnah sumber cari makan.

Unknown said...

Setuju.. lps prn sarawak akan tamat segalanya.. cuma satu je yg blm tamat iaitu keKHADAMan PAN kpd DAP!..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails