Friday, April 08, 2016

Kembalinya Mr Os, Weblog Ibnu Hasyim Ucap Takziah..


SEORANG pelawak terkenal, tiba-tiba muncul atas pentas Pas ketika Sambutan 63 Tahun Pas Perlis pada awal Februari lalu.

Ianya menimbulkan tanda tanya selepas gambar berkenaan dimuatnaik oleh laman Facebook rasmi, Pemuda Pas hari itu. Kapsyen pada gambar itu berbunyi.. 

“Gambar ini diambil semasa berlangsung program Sambutan 63 Tahun Pas Perlis semalam. Subhanallah. Alhamdulillah. ALLAHUAKBAR.”

Hari ini (8 Apr 2016), berita mengejutkan lagi, pelakon dan pelawak terkenal tersebut ialah Mr. Os, 65, disahkan meninggal dunia pada pukul 2.15 petang ini, lapor Utusan Malaysia.

Berita pemergian arwah ini disahkan sendiri oleh anaknya, Husna Yusof yang memaklumkan perkara berkenaan kepada rakan baik Allahyarham, pelawak Abon.

“Anaknya bernama Husna menelefon dan memaklumkan kepada saya akan berita kematian Mr. Os pada pukul 2.15 petang tadi,” kata Abon kepada Utusan Online.

Mr. Os atau nama sebenarnya Mohd Yusof Abdul Hamid terkenal menerusi filem Adik, Mr. Os dan Balik Kampung. 
Arwah pernah dua kali memenangi anugerah Pelakon Komedi Terbaik di Festival Filem Malaysia menerusi filem Mr Os pada tahun 1987 dan Ghazal Untuk Rabiah (1997). 

Arwah bagaimanapun selepas itu menyepikan diri dari dunia perfileman dengan bekerja sebagai pemandu teksi namun kembali aktif pada tahun 2009 menerusi program televisyen Apa Ke Halnya? siaran TV9.

Sementara itu, hajat orang ramai untuk 'bersantai berisi' dengan allahyarham Mr Os di Kuala Terengganu malam ini tidak menjadi kenyataan setelah pelawak itu kembali ke rahmatullah petang ini. 

Beliau dijadual berkongsi pentas bersama penceramah terkenal Azhar Idrus dalam acara anjuran Pemuda PAS Terengganu di Teluk Pasu pada jam 9 malam ini. Bagaimanapun, kata penganjur, Mr Os sebelum ini telah memberitahu mereka bahawa beliau mungkin tidak dapat hadir kerana masalah kesihatan yang dideritainya.

InnaLillahiWainnaIlaHirojiun

Mr Os baru sahaja menghembuskan nafas yg terakhir di hospital selayang jam 2.15 petang tadi akibat barah tekak dan akan dikebumikan di Selayang. Semoga roh aruah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

Al-Fatihah..


Weblog Ibnu Hasyimmengucapkan takziah kepada keluarga beliau. (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails