Wednesday, April 06, 2016

Bahaya! Animasi Upin Dan Ipin Dipengaruhi LGBT?



HALAMAN HIBURAN

LGBT ialah akronim kepada lesbian, gay,biseksual dan transgender. 

Kamus Dewan (Edisi Keempat) mendefinisikan lesbian sebagai “Perempuan yang mempunyai tarikan seksual terhadap kaum sejenisnya. Manakala istilah gay pula didefinisikan sebagai “Lelaki yang mempunyai tarikan seksual terhadap kaum sejenisnya, lelaki homoseksual”. 

Biseksual pula bermaksud “Cenderung untuk melakukan hubungan seks dengan lelaki dan juga wanita”. Transgender pula mempunyai maksud aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan ‘kemaknyahan’, transeksual, pondan, bapok atau lelaki yang menyerupai wanita.

Dilaporkan walaupun sudah10 tahun ditayangkan, animasi popular Malaysia, Upin & Ipin masih lagi teguh bertahan menjadi kartun kegemaran ramai bukan sahaja di negara ini tetapi juga di beberapa negara Asia termasuk Indonesia.

Siri yang mengangkat kisah dua kanak-kanak kembar berkepala botak bersama-sama dengan rakan-rakan mereka itu tidak pernah gagal menghiburkan peminat setia dari pelbagai peringkat usia. Animasi itu diketahui umum sarat dengan pelbagai pengajaran dan menerapkan nilai-nilai murni seperti perpaduan berbilang kaum serta hormat-menghormati orang yang tua.

Pengaruh yang dimiliki animasi itu bukan alang kepalang kerana ia ditonton ratusan ribu kanak-kanak setiap minggu. Bagaimanapun, timbul persoalan iaitu mengapa siri drama kartun yang begitu berpengaruh itu boleh mengangkat satu watak lelaki lembut?

Bagi yang menonton, pastinya kenal dan sinonim dengan watak Abang Salleh atau lebih mesra disapa Sally. Watak Sally ini muncul dalam siri istimewa berjudul ‘Jari Jemari Salleh’ dan beberapa episod lagi. Dalam siri animasi itu, Sally yang merupakan jiran sekampung Upin & Ipin digambarkan sebagai lelaki yang lembut dari segi tutur kata dan tingkah lakunya.

Secara umum majoriti masyarakat Malaysia dari apa jua agama dan kaum masih tidak menerima mak nyah, pondan, gay atau apa-apa yang sewaktu dengannya. Mendedahkan kanak-kanak dengan elemen LGBT mungkin bukan satu idea yang baik.

Hal ini sebenarnya, sedikit sebanyak boleh memberi pengaruh negatif kepada pemikiran dan tingkah laku kanak-kanak yang menontonnya. Lihat sahaja, gaya lentik tangan Sally ketika bercakap dan caranya berjalan sudah tidak ubah persis seorang wanita.
Bolehkah dikatakan animasi Upin dan Ipin dipengaruhi LGBT? Ingat, pada dasarnya, kelompok LGBT di seluruh dunia memperjuangkan 8 perkara asasi, iaitu:
  1. Aktiviti seksual sejantina (tidak mengambil kira soal haram atau halal).
  2. Pengiktirafan terhadap hubungan sesama sejenis atau berlainan jenis.
  3. Perkahwinan sesama jantina.
  4. Pengambilan anak angkat sesama jantina.
  5. Membenarkan gay untuk berkhidmat dalam tentera.
  6. Membenarkan lesbian untuk berkhidmat dalam tentera.
  7. Anti diskriminasi berdasarkan orientasi seksual.
  8. Memperjuangkan undang-undang untuk identiti gender dan ekspresi gender.
Ianya amat bertentangan dengan Islam, apakah animasi Upin dan Ipin mahu diseret masuk perangkap Pertubuhan LGBT terbesar di dunia, seperti 

5 comments:

Anonymous said...

Jawi serbu majlis makan malam ‘Mak Nyah’

KUALA LUMPUR, Isnin — Sebuah majlis makan malam anjuran kumpulan ‘mak nyah’ yang diadakan di sebuah hotel terkemuka di sini telah diserbu oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), semalam.

Kira-kira 10 anggota penguatkuasa jabatan agama itu, bersama kumpulan wartawan tiba di hotel pada jam 10 malam tadi.

Peguam dan aktivis, Siti Kassim yang menghadiri majlis berkenaan berkata, Jawi membuat serbuan ke atas majlis itu kerana pihak mereka menerima aduan bahawa terdapat Pertandingan Ratu Cantik di kalangan kelompok transgender diadakan seiring dengan majlis makan malam.

“Mak Nyah (transgender) ini mengadakan makan malam dan melakukan persembahan seolah-olah ia adalah satu pertandingan kecantikan dan setiap daripada mereka berpura-pura mewakili negara pilihan mereka.

“Pegawai Jawi memberitahu saya menganjurkan pertandingan ratu cantik bercanggah dengan undang-undang — ia ‘haram’ di Malaysia, berdasarkan fatwa,” kata Siti dalam laman Facebook.

Justeru, Jawi bertindak menghalang tetamu majlis yang dihadiri kira-kira 200 ‘mak nyah’ daripada meninggalkan lokasi sewaktu serbuan itu.

Siti memberitahu bahawa seorang penganjur turut ditahan dan dibawa ke Balai Polis Dang Wangi oleh pihak Jawi

Anonymous said...

http://www.malaysiadateline.com/index.php/berita-list/15-berita/532-saya-tidak-iktiraf-gaya-hidup-lgbt-tetapi-mereka-perlu-didekati-kata-dr-dzul

Saya tidak iktiraf gaya hidup LGBT, tetapi mereka perlu didekati, kata Dr Dzul

“Hanya dengan mendekati mereka kita dapat terangkan apa yang salah dan apa yang dibenarkan.

“Pendirian inklusif Amanah menuntut kita bertemu dengan golongan itu. Kita tidak mengiktiraf (gaya hidup) mereka, tetapi menerima keberadaan mereka dalam masyarakat kita,” katanya kepada Malaysia Dateline.

Pada 5 Disember lalu, sebuah portal berita telah salah memetik dan salah melapor kenyataan Dr Dzulkefly.

Anonymous said...

Ini bermakna bukan sahaja Upin dan Ipin. PAN pun diresapi pemikiran LBGT. Kah kah kah

PAN Aww Aww. Jgn Goda I Aww aww. Kah kah kah

Bersih 4 ari tu Mat Sabu selfie Amoy Langgar dada.

Jangan Bersih 5 kemudian ari Mat Sabu selfie transgender Langgar dada sudah laaaaaaa

PAN Awww Awww kah kah kah. I menyampah U. Kah kah kah

Anonymous said...

wakakak... cakap bukan main lagi. tapi tak sedar anak cucu ko pun minat upin dan ipin. pege dah... hahahaaaaaaaa.... opsssssssss.... lupa lak... rumah2 orang2 pas mana ada tv. takut terpandang aurat la konon. tapi rumah hadi kepala taik dengan rumah haruan djin ada tv tak? cucu-cicit diorang tengok upin dan ipin tak? kikikikikiiiiiii.....

Anonymous said...

Kaum Liberalisme memperjuangkan LGBT sedangkan Allah dan RasulNya mengharamkan LGBT maka jelas kaum liberal dan kaum LGBT adalah kaum yang sesat lagi menyesatkan:

"Dan (ingatkanlah peristiwa) Nabi Lut tatkala ia berkata kepada kaumnya: "Sesungguhnya kamu melakukan perbuatan yang keji, yang tidak pernah dilakukan oleh seorangpun dari penduduk alam ini sebelum kamu."(Al-'Ankabuut 29:28)

Dan jika kita perhatikan dalam al-Quran, ternyata Allah memberikan pelbagai hukuman yang sangat dahsyat kepada umat Nabi Lut sekali gus:

"Dan demi sesungguhnya! Mereka telah memujuk Nabi Lut mengenai tetamunya, lalu Kami hapuskan biji mata mereka, serta (dikatakan kepada mereka): Rasalah azabKu dan kesan amaran-amaranKu!"(Al-Qamar 54:37)

"Akhirnya merekapun dibinasakan oleh letusan suara yang menggempakan bumi, ketika matahari terbit. Maka Kami jadikan negeri kaum Lut itu tunggang-balik (tertimbus segala yang ada di muka buminya), dan kami hujani atasnya dengan batu dari tanah yang dibakar." (Al-Hijr 15:73-74)

"Maka apabila datang (masa perlaksanaan) perintah Kami, Kami jadikan negeri kaum Lut itu diterbalikkan (tertimbus segala yang ada di muka buminya) dan kami menghujaninya dengan batu-batu dari tanah yang dibakar, menimpanya bertalu-talu."
(Hud 11:82)



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails