Thursday, April 07, 2016

Kisah Remaja M'sia 14 Tahun, Penjual Bubur Di Bahu Jalan..

KISAH menyayat hati yang dikongsikan oleh pengguna media sosial iaitu Zarina Abdullah dari Bukit Rangin, Kuantan, Pahang menerusi laman Facebook  miliknya. Kisah yang dikongsikan ini berkisar tentang seorang ramaja berumur 14 tahun menjual pelbagai jenis bubur di bahu jalan sewaktu Zarina hendak menghantar anaknya ke kelas tuisyen.



Tahniah dan syabas Zarina! 

Wanita ini yang kehairanan dan timbul rasa ingin tahu kenapa kedua-dua remaja itu masih lagi berada di tepi jalan sedangkan hari telah melabuhkan tirai malamnya. Namun keinginan itu ditahannya kerana terpaksa menghantar anak-anaknya kelas tuisyen dan berniat untuk singgah sewaktu perjalanan pulang.

Menurut wanita ini, tujuan dia berkongsi cerita ini bukanlah untuk mengaibkan mana-mana pihak tetapi untuk berkongsi bertapa perit dugaan yang dilalui oleh remaja ini demi merasai sesuap nasi. Ternyata rezeki setiap orang itu berbeza-beza, ada yang perlu berusaha sehingga keluar semua keringat yang ada demi menyara keluarga dan begitulah sebaliknya.

Rata-rata netizen yang baca kisah ini turut meluahkan rasa simpati dan sedih malah ada yang ingin bantu remaja malang ini demi meringankan beban yang ditanggungnya serta mendoakan yang terbaik untuk mereka.

Kisah sedih remaja ini telah dikongsi lebih dari 2.4K Likes, mendapat 5 ribu komen dan dikongsi lebih daripada 4 ribu perkongsian. Kata-kata si abang kepada adiknya sebelum dihantar pulang sangat bermakna dan menyedarkan sesiapa yang membaca cerita ini. 
“Kalau tak habis jualan tu… Sedekah pada masjid ye…”

Itulah bukti dan tanda bahawa kata-kata ini lahir dari keluarga orang yang beriman.
jual bubur
(IH/MYNEWSHUB.CC)
Tambahan video..

4 comments:

Anonymous said...

Orang susah miskin tapi mujahid dan dr dzul masih memikirkan maslahah LBGT perlu disantuni

Anonymous said...

Mungkin derma 2.6b dari ketua penyamun dpt membantu keluarga adik ni. Ataupun elaun makan tak habis pejuang2 hudud Pas pun boleh membantu fakir miskin dlm negara ini.

Harapnya parti penjual bangsa dan parti penjual agama bergabung dpt membantu org2 melayu islam yg fakir dan miskin.

An Anonymous said...

Ingat PAN ingat LGBT..

An Anonymous said...

Ingat PAN ingat LGBT..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails