Thursday, April 07, 2016

Pemetik Buah M'sia Di Australia Ditipu, Apa Kata Blog I/Hasyim?


Siti, Pemetik Buah di Australia Cerita Kisahnya

Kuala Lumpur: Sebelum ini, banyak kali kita diperdengarkan dengan janji manis indah tawaran bekerja sebagai pemetik buah di luar negara terutamanya di Australia dan New Zealand dengan gaji yang lumayan.

Maklum sahajalah, siapa yang tidak tergoda dengan angka pendapatan RM200,000 yang ditawarkan oleh 'iklan-iklan' tersebut.

Seorang kakitangan swasta yang mahu dikenali sebagai Siti, 32, menceritakan pengalammannya selama dua bulan di Melbourne, Australia kerana ingin mengubah nasih hidupnya dengan menerima tawaran tersebut.

Siti berkata, penyebab utama dia menggerakkan diri merantau ke negara itu semestinya kerana pendapatan lumayan yang dijanjikan di iklan di laman sosial.

Siti yang sebelum itu bekerja di sebuah syarikat dengan gaji hampir mencecah RM5,000 sebulan pada mulanya meletakkan jawatan selepas ibunya terpaksa memulakan rawatan dialisi dan dia sahaja yang belum berkahwin ketika itu.

Berikut adalah kisah Siti:

Berhenti Kerja Kerana Ibu

Mula-mula berhenti kerja, saya sangka mendapat sokongan adik-beradik lain kerana saya perlu membayar ansuran kereta serta pinjaman peribadi yang boleh dikatakan agak banyak jumlahnya setiap bulan.

Bagaimanapun, selepas hampir dua bulan menjaga ibu yang baru menyesuaikan diri dengan rawatan dialisis, saya dapati adik-beradik lain mempunyai tanggungan sendiri kerana masing-masing berkeluarga.

Dari situ timbul niat ke Australia memetik buah selepas membaca satu iklan di Facebook (FB) yang menawarkan gaji RM12,000 sebulan.

Bagaimanapun, mengenangkan keadaan ibu yang uzur saya hanya menyimpan niat itu di dalam hati, tanpa saya sedari, ibu saya sebenarnya tahu kesempitan dihadapi ketika itu.

Dapat Lampu Hijau Dari Ibu

Ibu saya memberikan cadangan supaya pergi ke sana memetik buah selepas mendengar cerita daripada kakitangan kakak saya mengenai suaminya yang dapat melangsaikan segala hutang dalam masa setahun selepas bekerja di sana.

Oleh kerana sudah mendapat ‘lampu hijau’ daripada ibu, saya mengeluarkan semua simpanan serta menjual motosikal kesayangan, malah meminjam daripada adik-beradik dan rakan untuk dijadikan modal.

Saya diperkenalkan dengan seorang ejen oleh rakan yang sudah ke sana, yang mengenalkan diri sebagai Mie dan dia menawarkan harga promosi RM1,500 kononnya sebagai kos menguruskan penginapan serta pengangkutan minggu pertama saya apabila tiba di sana nanti.

Memikirkan saya bergerak secara solo, saya mengambil keputusan menggunakan khidmat ejen itu dan meletakkan sepenuh kepercayaan kepadanya.

Berjaya Jejak Kaki ke Australia dengan modal hampir RM9,000

Jumlah keseluruhan dibelanjakan untuk ke sana, termasuk tiket kapal terbang dan upah ejen, hampir mencecah RM9,000 dan saya terbang ke Melbourne pertengahan Januari 2014.

Sebaik tiba di sana, ejen mengarahkan saya ke sebuah pekan kecil dikenali sebagai Robinvale dalam daerah Victoria berbekalkan satu nombor telefon yang dia sendiri tidak tahu siapa, tetapi mendakwa ia kontraktor yang akan memberikan saya kerja.

Selepas itu, saya tidak dapat menghubungi ejen itu dan di situlah bermulanya episod penipuan demi penipuan oleh beberapa individu yang rata-rata mendakwa sudah mendapat taraf penduduk tetap (PR) Australia.

Mula Bekerja Sebagai Pengutip Buah Namun...

Minggu pertama saya di sana, saya memetik anggur dan sepatutnya menerima bayaran A$450, namun, kontraktor hanya membayar A$150 atas alasan saya berhutang dengannya serta jumlah kotak anggur yang saya petik kurang daripada yang saya rekodkan.

Tidak berpuas hati dengan kontraktor terbabit, saya dan beberapa rakan yang ditipu berniat melarikan diri keesokannya untuk ke ladang lain, namun niat kami dihidu dan kami dihalau malam itu juga.

Selepas itu, kami berpindah ke sebuah lagi pekan dalam daerah Victoria iaitu Echuca untuk memetik tomato dan di sini, keadaan lebih baik berbanding sebelumnya kerana kami semua dapat berhubung terus dengan pemilik ladang.

Bagaimanapun, kontraktor menguruskan saya ketika itu sering bertengkar dengan pemilik ladang kerana kekurangan kerja dan itu mengakibatkan pendapatan kami terima tidak seperti yang diharapkan.

Kuatkan Semangat

Memikirkan hutang semakin menimbun di tanah air, saya kuatkan semangat, namun semakin lama saya semakin rasa tidak berbaloi terpaksa berjauhan dengan keluarga untuk bayaran yang sedikit.
Saya akhirnya mengambil keputusan menceritakan apa yang terjadi kepada ibu dan akhirnya ibu menyuruh saya pulang.

Berada di negara orang untuk bekerja tanpa permit sah membuat saya sentiasa berada dalam ketakutan, terutama apabila terserempak pihak berkuasa.

Nasihat Dari Siti

Cerita manis di FB dan juga blog menyatakan seminggu boleh meraih pendapatan A$1200 bukanlah tidak boleh dicapai, namun ia memerlukan masa sekurang-kurangnya setahun sebelum pekerja diberikan kepercayaan untuk dibayar dengan jumlah itu.

Namun, sanggupkah anda bekerja tanpa sebarang dokumen yang sah serta dihantar pulang ke tanah air tanpa hasil sekiranya ditangkap pihak berkuasa?

Saya ke sana bermodalkan hampir RM9,000, dan pulang ke tanah air dengan hasil sebanyak RM1,200. Saya kini menanggung hutang keliling pinggang, selain sukar mendapatkan kerja.

Diolah semula untuk paparan di Siakapkeli.my Sumber : Harian Metro

 BACA keterangan ini dulu, 

Komen Weblog Ibnu Hasyim

Memang saya (IH) mewakili weblog ini menjadi perunding antara orang-orang Malaysia yang ingin pergi berkerja di Australia. Samada kerja di ladang atau lain-lainnya. Sejak setahun terakhir ini, kira-kira ratusan yang pergi melalui rundingan dengan pihak kami, dan tiada apa-apa masalah kecuali masalah kecil, peribadi dan lain-lain.


Bahkan semuanya melalui proses penyelesaian yang baik dan wajar. Tetapi hampir setiap bulan, ada saja yang mengadu kepada pihak kami ditipu oleh orang tengah penghubung antara mereka dengan kontrakter di Australia, dan ada yang kontrakter-kontrakter itu yang menjadi penipunya.


Bulan lepas (Mac 2016) terdapat kira-kira 20 orang yang tersadai di sana mengadu kepada kami. Sebelum itu, hampir kira-kira 10 orang tiap bulan mengadu kepada pihak kami, kononnya 'ditipu'.


Banyak sebab, mengapa jadi begitu. Selain disebabkan penipuan terancang, ada juga sebab dari diri mereka atau bakal pekerja itu sendiri. Contohnya mereka mendapat gambaran indah atau 'kaya mudah' sebelum berangkat ke sana. Bila sampai di sana rupanya suasana bukan semudah seperti digambarkan.


Sebulan dua lepas, terdapat 3 orang yang pergi berkerja di sana melalui khidmat runding dengan pihak kami. Seorang wanita dari utara yang baru sampai di Melbourne sudah beraleh arah, 'tidak mampu' menjalani kehidupan baru yang akan ditempuhi. 


Dia menelefon, merayu-rayu, menangis untuk pulang dengan berbagai alasan, sedangkan dia sudah 'bergadai bergolok' hutang keliling pinggang untuk sampai ke sana. Akhirnya kami bantunya pulang ke Malaysia, bahkan atas 'peri kemanusiaan', wang pengurusan yang kami ambil kami kembalikan kepadanya.


Selepas itu, 2 orang anak muda baru keluar sekolah dari Selangor sampai ke sana bekerja di ladang negeri Victoria, Melbourne sudah tidak mampu lagi meneruskan kehidupan sebagai pekerja ladang di sana. Atas dasar 'peri kemanusiaan' juga pihak kami pulangkan balik wang pengurusan yang kami ambil darinya.


Kerana memang dasar kami tidak mahu langsung wujud 'kezaliman' dalam perkhidmatan kami, bahkan kalau perlu membantu orang tertindas pula... Semoga Allah SWT teruskan istiqamah kami ini!


Wallahu 'aklam. 

06/4/2016 .KL.

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-106: Kerja Ladang, Australia & Islam.
E-Buku IH-106: Kerja Ladang, Australia & Islam.

8 comments:

Anonymous said...

Tahniah Ibn Hasyim.

Kita tolong orang teraniaya. Contohnya dlm kes petik buah di Asutralia,mengasihani penduduk kampung yg di halau di Penang dll.

Jgn ikut style PAN menyokong mereka yg boleh membawa laba sahaja contohnya DAP. Dulu PAN cukup kasih dan kagum dgn Anwar sewaktu krisis Selangor. Sampai sanggup keluar parti. Bila Anwar susah macam sekarang, nak sebut nama Anwar pun geli sebab mencari restu Tun pula.

Anonymous said...

Syabas Ibnu Hasyim.

Teruakan sampaikan Islam melalui projek kerja petik buah di Australia.

An Anonymous said...

Terbaek 10:01..

Anonymous said...

Kes tipu menipu ni biasalah pak hasyim. Ulamak2 pun tk terlePAS dlm kes putarbelit. Ambil cth isu hudud yg diperalatkn lebai2 malang hamPAS utk menipu ahli2 parti dan org melayu.

Skrg sidang parlimen april 2016 berlangsung satu butir habuk hudud pun takde ulamak hamPAS bersuara utk dibahaskan.

Mungkin dah termakan dedak yg ditabur ketua penyamun. Cukup bulan so called ulamak2 penjual agama ni goyang kaki tunggu elaun. Ahli2 tolol disogok derma tin milo.

Anonymous said...

Komen 11:58 AM jelas menunjukkan ciri-ciri barua-barua roket iaitu suka menghina dan menfitnah ulama-ulama Islam dan parti Islam dan membela kejahatan sifu dan skim cepat kaya sifu seperti skandal banglo dan skandal tanah orang miskin.

Barua-barua roket tidak bermoral kerana barua-barua roket dah termakan dedak cap roket yg ditabur sifu penyamun tak basuh berak dalam kandang babi maka mentaliti barua-barua adalah sama dengan mentaliti babi pemakan dedak.

Never wrestle a rocket pig. You both get dirty and the rocket pig likes it.

Anonymous said...

Hanya makhluk bangang yang membela sifu dalam skim cepat kaya sifu roket seperti skandal banglo dan skandal tanah orang miskin!

Hanya makhluk bangang yang membela rejim roket semasa 26 kampung Melayu dirobohkan tanpa belas kasihan dan perniagaan orang melayu diganggu.

Hanya makhluk bangang yang menyokong sifu tak basuh berak menghina ajaran Islam dan hukum Allah.

Barua-barua roket adalah makhluk bangang!

Anonymous said...

Hanya makhluk bangang yg akan membela ulamak2 jahat yg menipu Allah dan ahli2 parti hamPAS.

Di Selangor, ulamak2 dan walaun2 bebal jual agama ni tak malu makan sedulang dgn sifu yg makan khinzir, berak tak cebuk. Bangang bertingkek2.

Anonymous said...

Barua PASIK penjual agama bersubahat dgn ulamak jahat menipu Allah dan ahli parti. Bebal ganda 23.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails