Tuesday, January 05, 2016

Tiada Hubungan Dg PAN, Kuota PBT Patut Diambil Dari DAP. -PAS S'gor

pbt-iskandarPAS Selangor tidak akan memberi laluan kepada Parti Amanah Negara (PAN) untuk mendapatkan kuota ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) di dalam kerajaan negeri.
Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, kemarahan akan timbul di kalangan ahli PAS di peringkat akar umbi sekiranya parti memberikan laluan.
“Baru-baru ini di dalam pemilihan nazir masjid, calon-calon PAS yang berkebolehan tidak dipilih oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), walhal calon-calon Umno dan PAN telah terpilih.
“Jika PAS diminta memberi laluan pula untuk ahli majlis, ahli-ahli Pas di Selangor akan bertambah marah lagi,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Katanya, kuota seharusnya diminta daripada DAP dan bukan PAS yang tidak ada hubungan politik dengan PAN.
“Pas tak ada hubungan dengan PAN dan kuota sepatutnya diambil dari DAP yang ada hubungan baik dengan PAN.
“Saya bimbang dengan perkembangan ini kerana ia akan memberi kesan kepada hubungan baik sedia ada di antara ketiga-tiga parti di dalam kerajaan,” katanya.
Sementara itu, Setiausaha PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman berkata, PAS akan kekalkan bilangan kuota sedia ada dan tidak akan memberikannya kepada Amanah.
Katanya, terpulang pada PKR dan DAP untuk menyerahkan kuota masing-masing kepada parti baru berkenaan.
“PAN bukan sebahagian daripada kerajaan negeri dan mereka tidak mewakili suara rakyat,” katanya.
Kelmarin, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menggesa PAS dan DAP memberi laluan kepada PAN dalam isu pengagihan dan pelantikan ahli majlis PBT.
Beliau berkata, hal tersebut sudah dimaklumkan dalam Majlis Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri baru-baru ini yang turut diwakili oleh PKR, DAP dan PAS.
pbt
Sementara itu, PAN Selangor menuntut sekurang-kurangnya 24 kerusi ahli majlis PBT diperuntukkan kepada partinya.
Pengerusinya, Ir Izham Hashim berkata setiap satu PBT, partinya menuntut sekurang-kurangnya 2 kerusi dan jika kurang, pihaknya akan menolak tawaran yang pernah dibuat oleh Menteri Besar Selangor, Azmin Ali.
“Jika kurang daripada dua, kita tidak akan terima, bahkan kita akan tolak semua tawaran itu.
“Kita ada maruah, sebab kita separuh daripada kerajaan negeri, kita hanya minta antara 24 hingga 34 kerusi dan julah itu kurang daripada 10 peratus sebab total semua kerusi adalah 288,”katanya kepada Sinar Harian.
Menurutnya senarai nama anggota PBT daripada PAN akan dihantar kepada pejabat Menteri Besar Selangor pada hari ini.
“Dalam isu ini, PAS paling kuat buat bantahan, DAP dan PKR tak ada isu sangat.
“Kedudukan semua kerusi harus dibincangkan, PAS tak boleh kata dia punya dan DAP juga begitu.
“Perkara ini harus dibincangkan bersama yang mana 24 hingga 34 daripada 288 kerusi harus diberikan kepada Amanah, manakala selebihnya kena dibahagikan tiga iaitu kepada PKR, DAP dan PAS,”katanya.
Sebelum ini, Bicara News melaporkan pelantikan anggota PBT yang baharu ditangguhkan kerana belum dapat diputuskan keadah melantik anggota-anggota PBT daripada PAN
Kontrak PBT Selangor telah berakhir pada Dis tahun lepas. (IH)

6 comments:

Anonymous said...

makin menyampah aku dgn pan ni. bila islam jd no 2 inilah jdnya.. kerusi bawak lari hak orang pun nak sebat. klu dulu mereka letak jawatan dan tubuh pan aku rasa dan ramai sokong mgkin temasuk aku sekali.

Anonymous said...

presiden pas yang bodoh. dulu halau puak2 profesional dan cabar tubuh parti sendiri, bila dah jadi macam ni siapa yang kalut? pas tetap mundur selagi ular-mak hadi jadi presiden. bravo!

Mat Bi said...

Bila kita membentuk kerajaan bersama -- kita mestilah bertolak ansur. Polisi mesti polisi bersama, kuasa pun mestilah dikongsi bersama. Sebagai penyokong, kami doakan Allah memudahkan urusan pemimpin kita. Musuh kita sepatutnya UMNO.

Anonymous said...

PAS patut lepaskan jawatan dalam kerajaan negeri selangor,kerana mereka bukan sebahagian dari Pakatan Harapan.Kami malu dan celaru dengan PAS selangor,PAS pusat putus hubungan dengan DAP tapi di Selangor tak putus,Celaru dan memalukan

Anonymous said...

bubarkan je dun. buat p/raya semula. berebut sgt...

Anonymous said...

Kerajaan selangor yang ada sekarang adalah dari gagasan PR. PANSIAL belum wujud lagi. YANG NYIBUK APASAL.
Tunggu pru14. Kamu masuklah dlm kerajaan selangor. Pas pun tak hingin.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails