Wednesday, January 06, 2016

PAS Tolak Sertai BN. -Majlis Syura Ulama.





PETALING JAYA: Teka-teki yang  menjadi polemik di kalangan penyokong PAS dan Umno akhirnya terjawab apabila parti pembangkang itu mengulangi pendirian untuk tidak menyertai Barisan Nasional (BN).

Bagaimanapun Majlis Syura Ulama PAS yang bersidang pada Sabtu lalu menegaskan untuk terus menjalin kerjasama dengan mana-mana pihak termasuk Umno demi kepentingan Islam.

"Majlis Syura Ulama menegaskan bahawa PAS tidak akan menyertai Barisan Nasional.
"Kami juga telah bersetuju untuk meneruskan agenda kerjasama dengan mana-mana pihak untuk kebaikan dan ketakwaan demi  memperkukuhkan Islam dan perjuangannya," kata Setiausaha Majlis Syura Ulama, Datuk Dr Nik Mohd Zawawi Salleh.

Menerusi kenyataan media badan itu pada awal pagi Rabu, Nik Mohd Zawawi menjelaskan keputusan untuk meneruskan kerjasama dengan mana-mana pihak dibuat berdasarkan pegangan terhadap firman Allah untuk saling tolong menolong dalam perkara kebaikan dan ketakwaan.

Sebelum ini desas-desus mengenai kerjasama antara PAS dan Umno kembali hangat diperkatakan selepas Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak menghulurkan silaturahim kepada parti pembangkang itu pada Perhimpunan Agung Umno bulan lalu. (mStar)

4 comments:

ahmad ahmad said...

Pas tak sertai bn OK.....kerja sama dgn umno perkasa ini tak OK....pas perlu istiqomah menentang perkauman sempit...jangan ceramah je tapi tak lak sana....cubalah dengar ceramah pas isu assobiyah... Nanti dapat jawapannya....cakap tak serupa bikin

ahmad ahmad said...

Pas tak sertai bn OK.....kerja sama dgn umno perkasa ini tak OK....pas perlu istiqomah menentang perkauman sempit...jangan ceramah je tapi tak lak sana....cubalah dengar ceramah pas isu assobiyah... Nanti dapat jawapannya....cakap tak serupa bikin

Anonymous said...

Lagi ok dari kerjasama dgn PAN DAN DAP.. PAN islam liberal dan DAP pula anti islam..

Anonymous said...

hebat umno skrg rakan kerjasama.patutla mangsa banjir masih tak dpt rumah ganti,Pas kerjasama dgn umno mcm kerjasama antara si dungu dgn penipu.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails