Thursday, January 07, 2016

STAGG Gempur 25 Premis Judi Ekor Haram, Judi Halal(?) Belum Diusik..

Ini, judi apa pula begini? Sila lihat..
http://rumahprediksibola303.com/negara-surga-judi-dan-cara-daftar-number-game-online/
KAJANG - Pelbagai muslihat dilakukan oleh penjaga premis judi ekor haram termasuk berselindung di sebalik perniagaan lain terbongkar apabila 25 premis itu digempur Pasukan Tindakan Khas Anti Maksiat, Judi dan Gengsterisme (STAGG) di sekitar daerah ini petang tadi.
Ketua Penolong Pengarah STAGG, Senior Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, serbuan serentak selama dua jam setengah bermula pukul 4 petang di enam lokasi termasuk di Beranang, Semenyih dan Kajang itu berjaya menahan seramai 35 penjaga premis termasuk beberapa warga asing dari China, Kemboja serta Indonesia dan tiga pembeli.
Katanya, polis turut merampas wang tunai berjumlah RM35,320, 56 unit telefon bimbit, 36 buah mesin pencetak mudah alih dan peralatan yang digunakan untuk aktiviti judi ekor selain 221 kotak rokok pelbagai jenama yang tidak dibayar cukai. - K! ONLINE
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ada dua jenis judi di Malaysia.

Satu judi haram, yang haram di sudut perundangan Islam dan perundangan kerajaan Malaysia. Yang ini yang sedang dibanteras pemerintah. Al-hamdulillah.
Satu lagi yang haram di sudut perundangan Islam tetapi tidak haram (tidak salah) dari sudut perundangan kerajaan sekular Malaysia. Yang ini tidak diusik bahkan dipertahan kononnya tidak salah, kerana untuk kebajikan ekonomi negara. Contohnya TOTO, Empat Nombor Ekor, Judi Bola dan lain-lain.
Yang ini yang belum diusik dan tidak akan diusik selagi BN masih memerintah di Malaysia. Kalau orang Islam tak mahu kerajaannya makan hasil judi, tolak UMNO/BN segera. Itu jalan terbaik untuk selamatkan Malaysia dari hal-hal yang haram.
Bukan tolak secara ganas, tetapi tolak melalui demokrasi peti undi. Itu jalan mudah yang ada dihadapan kita, kalau ada jalan mudah mengapa pilih jalan susah?

4 comments:

Hakimi Abdul Jabar said...

Assalamualaikum wbt Tn Hj Ibnu Hasyim,

HASIL-HASIL JUDI DAN RIBA DALAM DARAH DAGING KELUARGA MOHD NOAH DAN ABDUL RAZAK

MENURUT seorang ilmuan akademik dan sarjana usuluddin, Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil, Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah, Universiti al Azhar, JUDI ADALAH PENINGGALAN AMALAN YAHUDI!

https://jalanakhirat.wordpress.com/2010/06/05/isu-judi-yahudi-mewariskan-3-amalan-ini/


HASIL JUDI
http://ibnu-ismail.blogspot.my/2013/02/melayu-dan-judi.html
https://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=print&sid=2368
http://www.erapasca.com/2011/12/esklusif-kenali-bapak-bapak-judi.html
http://bohiem.blogspot.my/2010/07/waaaaahh-pusat-judi-terrbesar-rupa2nya.html

HASIL RIBA
http://www.beritasemasa.com.my/gaji-ceo

PENGERTIAN RIBA YANG MERUPAKAN AMALAN YAHUDI DAN LARANGANNYA DALAM ISLAM
http://dalamislam.com/landasan-agama/fiqih/pengertian-riba

PENGERTIAN JUDI (AL-MAISIR) DAN LARANGANNYA DALAM ISLAM
http://hafizashraf.blogspot.my/2013/09/al-maisir-perjudian-adalah-dilarang_3.html

Ibnu Hasyim said...

T.kasih!
Komen yang baik. Al-hamdulillah!

Anonymous said...

Camna pulak kedai judi kat Kajang sgor umno bn pulak yg kene salah?
Bukan lesen under pbt sgor ke wan aziZah?

Anonymous said...

Vicentan ananda kawan baik dgn umno....jd jgn salahkan kak wan.... Dia baru jee jd sebahagian pemerintah di selamgor...jaga sel...lesen judi toto damacai magnum pusat yg bri...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails