Monday, January 04, 2016

Filem Tamil Saja Ganas, Perlu Ditapis, Elak Jenayah?

HALAMAN HIBURAN
Kuala Lumpur – Adegan keganasan dalam filem Tamil perlu ditapis bagi mengelakkan belia India di negara ini daripada terjebak dalam kegiatan jenayah, terutama yang ganas.
Presiden Malaysia Hindu Sangam, Datuk RS Mohan Shan berkata ini kerana belia mudah terpengaruh dengan aksi keganasan yang dilakukan oleh hero kegemaran mereka sehingga ‘meniru’ aksi sedemikian di dunia nyata.
“Aksi keganasan yang ditayangkan dalam filem adalah untuk tujuan hiburan dan sukar untuk diguna pakai dalam dunia nyata.
“Tetapi, belia India kita mudah terpengaruh dengan filem berkenaan,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini, hari ini.
Beliau menarik perhatian kes bunuh Timbalan Ketua Bahagian Bicara dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara, mendiang Anthony Kevin Morais selain kes bunuh dan bakar empat individu di sekitar Tapah, Perak, tahun lepas. Mayat Morais, 55, ditemui di dalam tong dram berisi konkrit di Subang Jaya.
“Ia merupakan contoh kes pembunuhan yang kejam dan perlu dipandang serius. Terdapat filem Tamil yang membawa aksi pembunuhan kejam sehingga mendorong belia terbabit dalam kegiatan bercanggah dengan undang-undang di negara ini,” katanya.
Sehubungan itu, Mohan menggesa lembaga penapisan mengambil kira semua perkara itu dan mengawal filem seumpama itu memandangkan masalah sosial yang berlaku di seluruh negara.
Pandangan Mohan turut dikongsi Presiden Lembaga Kesedaran Pencegahan Jenayah Malaysia Datuk Seri Dr Saharuddin Awang Yahya.
Dr Saharuddin berkata pengaruh filem bercorak keganasan perlu dipandang serius kerana ia boleh menyumbang kepada budaya tidak sihat.
Beliau berkata, sesuatu filem yang diterbitkan perlu mempunyai mesej yang berkualiti.
Sementara itu, seorang bekas polis yang pernah terlibat dengan siasatan jenayah di ibu kota, R.Karniappan berkata tidak dinafikan filem Tamil yang ganas turut menyumbang kepada masalah sosial di negara ini.
Bagaimanapun, peratusannya kecil, katanya kepada Bernama.
“Sebenarnya tidak banyak, kerana masih ramai belia India yang tidak terpengaruh dengan aksi ganas dalam filem walaupun kerap menyaksikan filem-filem seumpama itu,” katanya yang telah berkhidmat dalam pasukan keselamatan selama 36 tahun.
Karniappan berkata kesemuanya bergantung kepada individu itu sendiri sama ada dia mahu mengambil nilai baik atau buruk, lapor Bernama.
Komen Weblog Ibnu HasyimFilem Tamil saja yang ganas, perlu ditapis bagi elak jenayah? Benarkah?

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails