Sunday, January 03, 2016

Jelas 'Pemerintahan Islam', Menjadi Tujuan Perjuangan PAS. Parti Lain Belum Ada.

Ditulis oleh 

Dewan Ulama PAS Pusat

HARI INI DALAM SEJARAH PAS
PENETAPAN TUJUAN PERJUANGAN PAS UNTUK MENEGAKKAN PEMERINTAHAN ISLAM (2 JANUARI 1963)
PADA hari ini dalam tahun 1963, PAS telah mengambil ketetapan dalam Mesyuarat Agung Tahunannya Kali Ke-11 bahawa tujuan utama perjuangan PAS ialah "menjalankan ikhtiar-ikhtiar politik dan perlembagaan untuk mewujudkan di dalam Persekutuan Tanah Melayu akan pemerintahan Islam yang berjalan di dalamnya hukum-hukum Allah, pegangan-pegangan Islam dan pandangan hidup Islam." [Undang-undang Tubuh PAS (Pindaan) 1963, Fasal 2(1)]
 Pindaan terhadap Undang-undang Tubuh PAS (Pindaan) 1954 ini telah diterima dalam Mesyuarat Agung Tahunan PAS yang diadakan di Dewan Kesatuan Syarikat Guru-guru Melayu, Bandar Melaka pada 31 Disember 1962 hingga 2 Januari 1963. Pindaan ini dibuat untuk menyatakan dengan jelas kepada rakyat Persekutuan Tanah Melayu tentang tujuan perjuangan PAS dalam usaha menegakkan negara Islam di negara ini setelah kejatuhan khalifah pada 1924.
Sebelumnya, pada 1953, PAS telah menetapkan tujuannya adalah untuk melaksanakan hukum-hukum Islam dalam kehidupan individu dan masyarakat, yang kemudiannya disusun semula pada 1954 dengan menyatakan tujuan PAS adalah memperjuangkan cita-cita Islam dalam masyarakat dan pemerintahan negara.
Walau bagaimanapun, pada 26 September 1961, Prof Zulkifli Mohamed, Timbalan Yang Dipertua Agung PAS dalam kertas kerjanya "Kedudukan dan Penyusunan Semula (PAS)" telah mencadangkan kepada Jawatankuasa Kerja Agung PAS untuk menyusun semula Undang-undang Tubuh PAS bagi menyatakan dengan jelas tujuan perjuangan PAS. Kertas yang diluluskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Agung PAS pada 26-28 September 1961 ini bertujuan memberi nafas baru kepada PAS pasca Pilihan Raya Umum 1959.
Pindaan ini walau bagaimanapun telah diputuskan oleh Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kali Ke-10 pada 5-6 Januari 1962 supaya ia dibawa ke Mesyuarat Agung Khas PAS yang dijadual pada 22 April 1962. Namun begitu, atas faktor teknikal, mesyuarat agung khas itu tidak dapat dilaksanakan, yang menyebabkan usul penetapan tujuan perjuangan PAS adalah untuk menegakkan pemerintahan Islam di dalam Undang-undang Tubuh PAS ini hanya dapat diluluskan sebagai resolusi Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kali Ke-11 di Melaka yang berakhir 2 Januari 1963.
Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
2 Januari 2016
Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Jelas 'Pemerintahan Islam', menjadi tujuan perjuangan PAS. Setakat ini di Malaysia, parti lain belum ada, dasar perjuangannya begitu. Kini PAS tetap tidak lari dari perjuangan asalnya.

15 comments:

Anonymous said...

jadilah pembantu kepada golongan yang ingin laksanakan sistem Islam

Anonymous said...

Ular banyak sangat dlm semak....
sorry haaaaa...

Anonymous said...

Presiden Pas hj hadi ulamak jahat akhir zaman. Pas skrg nak jd penasihat ketua penyamun Umno. Sesat lg menyesatkan ummah.

Anonymous said...

Nak joint sangat dgn umno..mu pi sorang2 la hadi woiiii. Tengok Datok Asri..Hj Nakaie...gentleman. ini nak bersatu dgn umno..guna ayat quran lah...konon nak menghalalkan caranya. Sudah lah....hj kadi woiii..kami dah meluat dgn cara hang. Kereta buruk.

Anonymous said...

Sedap jugak mengutuk orang nih..biar aku tambah ..Zaman PAS dah berlalu,ahli2 walaon PAS masih hidup dalam bayangan TGNA walaupun dia dah tiada.(aku masih rindu dgn TGNA moga mndapat kedudukan kalangan yang mulia).Hadi punya bodoh bagi oksigen kat najib yang dah nak mampos.skg ni mesia no 3 rasuah tertinggi dunia.macammana la boleh jadi camni?harap kan PAS boleh jadi talian hayat org melayu yang dah dijual UMNGOK tapi hadi pulak offer jadi penasehat 25% tambahkan lagi keparahan survival melayu.pandai jugak hadi buat CPR kat jibby...

Anonymous said...

Tuan admin .betul apa yang di tulis tetapi itu perjunagan Parti Pas .kini peminpinya nya dah jadi lain .perjunagan nya dah jadi carcamarba. cuma ketika hayat TGNA sahaj yang masih berjunagan kearah itu , kini sikap dan tindak tanduk Peminpin Pas macam air batu campur je.ada fahem?

Anonymous said...

jgn diungkit apa yg pas lakukan dulu. yg dulu hanya sejarah utk dikenang.

cuba lihat apa yg pas lakukan sekrg.

adakah pas sekrg sama dgn pas dulu? adakah presiden pas yg lalu sama perangai mcm presiden pas yg ada skrg?

adakah pemimpin2 pas yg ada sekrg sama perangai spt pemimpinpas yg dulu?

Anonymous said...

Nice on paper.
Realitinya ?

Minda Wibawa Resources (Kursus Kontraktor mata CCD) said...

IH kembalilah ke alam realiti.. PAS dah tak sama macam dulu.. buktinya jelas.. kalau org kampung yg cetek berfikir mungkin masih boleh terima dakyah ni.. tapi IH saya anggap intelektual.. byk pengalaman.. byk melihat negara orang.. tak kan tak nampak apa yg berlaku dalam PAS.. jujur dgn diri sendiri.. tak sama dah PAS yg dulu dan yg sekarang

Anonymous said...

"Ketika logo bulan dan bintang parti Pas diharamkan oleh pemerintah, maka ustaz Hassan Shukri segera masuk ke dalam dapur di markas Pas taman Melawar, kemudian beliau keluar membawa tudung periuk. Dengan menggunakan tudung periuk tersebut, ustaz Hassan Shukri membuat logo baru Pas berbentuk bulat" cerita ustaz Fadhil Noor kepada hadirin tentang bagaimana asal usul logo Pas dicipta.

Anonymous said...

Dlm PRU 13..Pas dah buat bodoh..buat fitnah kat wakil Pakatan dan letak calunnya jadi lawan 3 penjuru...
kali ni...nak bagi nafas lagi kat umno..
Mamang BODOH punya politik Pas



Anonymous said...

Assalamu'alaikum
Ingatan yang baik dari admin, terima kasih.

Pesanan buat yang tak pandai menari, jangan salahkan lantai yang tak rata.
Untuk yang tak pandai bersilat, jangan salahkan paluan gendang.
Kalau tak kenal maknikam, jangan berlagak macam jauhari.

Anonymous said...

Islam seseorg itu zahir dgn amalan beragama yg sempurna.
Iman dgn ilmu dan keyakinan yg benar, dibuktikan dgn sifat syukur dan sabar.
Ikhsan / taqwa pula dgn akhlak yg mulia ; tenang, tawaddu' dan lemah lembut / sopan santun.

Semua ahli, pengikut, penyokong, apatah lg pimpinan PAS seharusnya menanamkan ciri ciri ini dlm diri agar jadi muslim yg sempurna.

Sifat sifat ahli Neraka ; Kasar, degil, angkuh, seharusnya dibuang sejauh jauhnya.

Ibnu Hasyim said...

Anonymous January 3, 2016 at 8:43 AM mengatakan..

"Ketika logo bulan dan bintang parti Pas diharamkan oleh pemerintah, maka ustaz Hassan Shukri segera masuk ke dalam dapur di markas Pas taman Melawar, kemudian beliau keluar membawa tudung periuk. Dengan menggunakan tudung periuk tersebut, ustaz Hassan Shukri membuat logo baru Pas berbentuk bulat" cerita ustaz Fadhil Noor kepada hadirin tentang bagaimana asal usul logo Pas dicipta.


Jangan cuba buat fitnah, bila dan di mana Allahyarham Ust Fadhil kata begitu?

Realitinya markas Pas taman Melawar didirikan tahun berapa? Pengharaman lambang PAS bulan bintang tahun berapa sejak zaman pentadbiran ayah Najib lagi.

Selisihnya puluhan tahun.. Jangan buat kenyataan sembarangan, siasat dulu!



Anonymous said...

KAMI UMAT ISLAM PRET !

"Kami umat Islam tidak setuju bla bla.."

Satu hal yang paling memuakkan yang sering saya dengar di tahun 2015, adalah ketika seseorang menyebut "suatu kaum.." sebagai perwakilan dari apa yang di pikirkannya.

Hei, kamu yang merasa mewakili umat Islam, tidakkah kamu berfikir bahwa banyak yang tidak suka kamu wakili ? Kamu siapa merasa sebagai wakil umat ?

Kamu berkata, "Kami umat Islam.." tetapi perbuatanmu, kata2mu, hatimu bahkan sama sekali tidak menunjukkan Islam. Kamu selalu meng-klaim, "Kami umat Islam.." tetapi bahkan kamu menyerang umat Islam itu sendiri dengan membid'ahkan, memusrikkan bahkan mengatakan kafir.

Kamu berkata, "Kami umat Islam.." dengan segala simbol2 yang kamu sembah yang kamu bahasakan sunnah, tapi bahkan sesembahanmu itu ditolak banyak umat Islam. Kamu berjenggot, kamu berkata, "Kami umat Islam..". Celanamu cingkrang, kamu teriak, "Kami umat Islam.."

Ketika seseorang menyanggahmu dengan nalarnya yang bekerja, kamu berteriak lagi, "Kamu bukan umat Islam !"

Kau meraung, "Kamu syiah, kafir, liberal, JIL, JIN, JUN, TBC, BCG, POLIO..." Kamu ini umat beragama atau petugas imunisasi ?

Kamu merendahkan Islam hanya pada level baju. Kamu itu rengginang yang sembunyi di kaleng biskuit khong guan. Sedikitpun tidak ada tauhid di hatimu, karena isinya kosong yang ketika ditepuk sedikit, nyaring teriakanmu. Matamu melotot dan hidungmu mendengus, "Kami umat Islam !!"

Tahukah hei kamu yang selalu mengklaim, 'Kami umat Islam.. " ? Bahwa ketika seseorang itu belajar lebih dalam tentang Islam, ia akan selalu tertunduk dan selalu bertanya dalam hatinya, "Benarkah aku Islam ?"

Karena Islam itu sejatinya adalah kepasrahan kepada Tuhan. Sebuah totalitas. Sebuah ketertundukan. Sebuah perendahan diri dalam kuasa Tuhan. Islam adalah ahlak, sedangkan tepuk dada adalah iblis. Islam tidak perlu ditampakkan dalam banyak simbol, karena keislaman seseorang ada di akal dan hati.

Bayangkan ketika kamu dikubur nanti. Kesombonganmu berhadapan dengan malaikat munkar dan nakir. Kamu teriak, "Kami umat Islam.." Ceplakkk.. Tamparan berapi mampir ke pipimu yang kusut, "Benarkah kamu Islam ????"

Kamu menjawab dengan nada yang menurun, "Ya, saya Islam.." Ceplakkkk, "Apa benar kamu Islam ????"

Matamu mulai berair, "Iya.." Gaplokkkkk, "Kamu ngaku Islam, benarkah kamu Islam ????" Kamu mulai terisak, "Katanya begitu... Kata ustadku.. "

Cetarrrr, kali ini cambuk berapi, "Kenapa kamu tidak gunakan akalmu utk belajar apa itu Islam ? Apakah Islam itu perlu disombongkan ? Pemilik kesombongan itu Tuhan, yang memakainya adalah iblis. Lalu kamu ikut siapa ???"

Islam itu benar, kesombongan itu salah. Bagaimana kebenaran bisa disampaikan dengan kesalahan ?

Ayo ngaji lagi sambil minum kopi. Mengajilah dengan Ahok, biar tahu apa itu Islam.. "Kalau Islam itu seperti FPI, bagaimana saya bisa dapat hidayah ?"

Karena kamu, hei kamu tukang klaim, yang masuk Islam jadinya yang busuk2 saja....

Selamat tahun baru 2016..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails