Saturday, January 09, 2016

Lemahnya Fatwa Di M'sia, Umat Islam Tidak Tertakluk Kepada Majlis Fatwa..?

Peguam Fahri Azzat berkata, fatwa yang dikeluarkan Majlis Fatwa Kebangsaan tidak mengikat umat Islam kecuali pihak berkuasa fatwa di peringkat negeri masing-masing menerima pakai keputusan mengharamkan rokok elektronik atau vape.

BEGITU lemahnya sistem fatwa di Malaysia, contohnya dalam kes vape haram, fatwa yang dikeluarkan Majlis Fatwa Kebangsaan mengatakan menghisap rokok elektronik atau vape haram bagi umat Islam adalah semata-mata berbentuk nasihat. 

Ini adalah kerana hal-ehwal berkaitan agama Islam berada di bawah bidang kuasa negeri, kata peguam perlembagaan. Mereka berkata fatwa itu tidak mengikat umat Islam kecuali pihak berkuasa fatwa di peringkat negeri masing-masing menerima pakai keputusan itu. 

Begitu pun, mereka berkata, ia tertakluk kepada cabaran undang-undang atas alasan diskriminasi, jika orang bukan Islam dibenarkan untuk menghisap vape.


Peguam Fahri Azzat berkata, keputusan majlis itu, di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), tidak mempunyai kedudukan undang-undang.

"Ia semata-mata nasihat melainkan sehingga sekiranya ia diterima pakai jawatankuasa fatwa negeri. Hanya selepas itu ia terpakai kepada orang Islam di negeri itu," katanya.

Peguam itu berkata demikian mengulas keputusan 7 negeri yang mengharamkan vape bagi umat Islam berikutan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan pada 21 Disember.

Begitu bila sistem perundaangan Islam tidak didaulatkan di dalam perundangan dan perlembagaan sesebuah negara sekular, seperti Malaysia. (IH/TMI)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails