Monday, January 04, 2016

5 Pemabuk Baling Batu Rumah Orang. K'jaan, Perketatkan Undang Arak!

Sibu – Lima remaja bertindak ganas apabila membaling batu bata ke arah sebuah rumah di Taman Kristal, Sibu Jaya malam tadi, dipercayai kerana tidak berpuas hati selepas ditegur pemiliknya ekoran membuat bising.
Kejadian kira-kira 11.15 malam itu turut menyebabkan dahi pemilik rumah berusia 35 tahun itu dan paha ibunya, cedera terkena batu bata ketika mereka cuba menghalang tindakan kumpulan remaja terbabit.
Tindakan lima remaja yang dipercayai mabuk itu turut menyebabkan lampu pagar, cermin belakang dan nombor plat kereta milik mangsa pecah.
Mereka kemudian melarikan diri sejurus selepas insiden itu.
Sebelum kejadian, mereka dikatakan berlegar-legar di hadapan rumah mangsa.
Ketua Polis Daerah Sibu ACP Mohd Kamal Kordi mengesahkan pihaknya menerima laporan daripada mangsa dan sedang menyiasat kejadian tersebut, lapor Bernama.
Kerajaan Malaysia perlu perketatkan undang-undang larangan minaum arak, kalau pun tidak mahu ikut perundangan Islam. Kerana bahaya arak sudah amat ekstream. Perketakan sahaja undang-undang yang ada sekarang. (IH)

3 comments:

Anonymous said...

DAP pertahankan arak. PAN dan PKR menyepi tak berani kat DAP. Menyepi tanda redho dg arak .... sian Ahmad Awang, dia pun menyepi siri juga. Tapi, kalau TGHA, melenting, semua tak betul ....

Anonymous said...

pas pun apa kurangnya? macam lah kat kelantan tak ada jual arak. bengong betul pemikiran orang2 pas.

Ibnu Hasyim said...

Di K'tan sudah dikuatkuasakan larangan minum arak kepada orang Islam, dan kepada bukan Islam larangan minum di tempat terbuka.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails