Thursday, January 07, 2016

4 Perkara Politik 'Hijack' PAN S'gor Dikecam..

Oleh Lizamuslim

Firman Allah s.w.t. dalam surah al Anfal ayat 27 yang bermaksud,?

  • "..Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan RasulNya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya)..."
Tuntutan tidak munasabah dan melangkaui hak yang dibuat oleh PAN kepada Kerajaan Selangor berkaitan Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan ( PBT ) adalah sangat tidak bertanggungjawab.
Tuntutan PAN ini menggambarkan sikap dan rupa mainan politik kotor mereka yang langsung tiada kena mengena dengan Kerajaan Negeri Selangor yang dibina atas persepakatan dan kemenangan dengan paduan 3 kompenan parti iaitu PAS, PKR DAN DAP pada PRU 13 yang lalu.
PAN daripada awal penubuhannya telah memperlihatkan cara politik tidak berakhlak dan tiada maruah diri dengan melarikan beberapa kerusi PAS DUN dan Parlimen di Selangor dengan melalui jalan pintas. Terbaru mereka juga ingin melakukan tindakan yang sama dalam mendapatkan kedudukan dalam Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan.
PAN sebenarnya tidak memiliki apa-apa hak dalam Kerajaan Selangor walaupun mereka bersahabat dengan PKR dan DAP. Mereka tidak patut dengan sewewenang-wenang ingin memposisikan orang mereka dalam kerajaan apatahlagi ingin mengambil kerusi Ahli Majlis daripada PAS Selangor.
Berdasarkan kepada senario terkini hal Ahli Majlis PBT, dengan ini kami daripada ketiga-tiga Dewan iaitu ULAMAK, PEMUDA dan MUSLIMAT Pas Selangor ingin menegaskan :
1. Kami bersama dengan pendirian yang telah dinyatakan oleh Pesuruhjaya PAS Selangor YB Dato' Iskandar Samad bahawa PAS Selangor sama sekali tidak akan melepaskan kerusi Ahli Majlis PAS kepada PAN.
2. Kami juga tetap mempertahankan kerusi Ahli Majlis PBT PAS yang sebelum ini dan begitu juga lantikan-lantikan politik PAS yang lain dalam kerajaan negeri.
3. Kami juga merujuk kepada keputusan Mesyuarat Badan Perhubungan PAS Selangor bahawa PAS akan mempertimbangkan kedudukannya dalam Kerajaan Negeri Selangor sekiranya hak PAS diketepikan dan PAN dengan mudah boleh berada dalam Kerajaan Negeri.
4. PAN adalah parti daripada pengkhianatan kepada perjuangan Islam yang tiada jaminan bahawa ia tidak akan melakukan perkara yang sama terhadap pihak lain.

BerIstiqamahlah sehingga Kemenangan

Ustaz Rizuan Rahmat
Ketua Dewan Ulamak PAS Selangor
Ustaz Syarhan Humaizi Halim
Ketua Dewan Pemuda PAS Selangor
Ustazah Wan Hasrina Wan Hassan
Ketua Dewan Muslimat PAS Selangor.
6 Januari 2016 / 25 Rabiul Awwal 1437h.

6 comments:

Anonymous said...

Sama aja PAS atau PAN dalam hal tu, kedua-duanya tak layak. Pas khianat pada kerjasama PR kononnya atas dasar pertahankan Islam fanatik, mundur dan ala-ala Paderi Zaman kegelapan Eropah dulu.

Bagi PAS, Islam takrifan Ketua-Ketua Agama mereka saja yang betul (sama macam geng paderi zaman kegelapan Eropah), selain dari itu semuanya salah.

Bila Pas khianat, ketua-ketua agama mereka kata halal sebab mereka ada hak mutlak untuk tentukan hapuskan kesalahan (sama macam geng paderi zaman kegelapan Eropah).

Bila orang Pas yang berlainan pandangan keluar untuk selamatkan amanah yang diberikan rakyat dalam PRU 13 lalu, maka ketua-ketua ulama Pas hukum sesat golongan itu dan dituduh khianat (sama macam geng paderi zaman kegelapan Eropah).

Alahai ostad !, bila agaknya akan muncul orang macam Napoleon yang akan kurung para ostad macam ni sama macam dia kurung geng paderi zaman Eropah dulu terperosok ke Vatican dan terus jadi lemah dan syok sendiri. Selepas itu baru Eropah naik menjulang hebat.

Kalau boleh kurung geng ostad macam tu kat Malaysia ni barulah Melayu akan maju !

Anonymous said...

PAN adalah pengkianat serta barua pencacai keldai tunggangan DAPig yg tidak layak dapat apa2 kerusi. Hanya DAPig Penang yg bg semuanya sbb itu saja imbuhan PAN sebagai barua DAPig. PAN hanya berjuang utk duit poket serta pangkat saja spt kat penang. Memang layak PAN jadi barua DAPig.

Anonymous said...

Kebolehan dan kemampuan membantu dan menyumbangan kemenangan belum dibuktikan dah sibuk demand jawatan. Mmg gila jwtn betul.

mansor said...

PAN melakukan perkara yg wajar dan politikal. Berpolitik tanpa mengkeghendaki kuasa adalah bebal. Mana mungkin aspirasi dicapai tanpa daya usaha yg dimungkinkan oleh kuasa. Disini PAN adalah proaktif, . Untuk menonjolkan diri dalam suasana demokratik ini maka PAN meminta jawatan2 tertentu dalam kerangka kebijakan politik mereka. Hanya manusia yg naive saja tidak melihat peranan kuasa. Kumpulan itu wajar hanya membaca dan mengundi.

Anonymous said...

PANBINASA SIAL BABI DAP.

Ibnu Hasyim said...

Apa saja parti yang menggunakan samada agama atau bangsa wajib ditolak.. tolak PAS tolak PAN tolak UMNO.

Lagi tebal serban yg dililit, lagi bahaya tahap penggunaan agamanya untuk kepentingan nafsu kepercayaan mereka yang cenderung pada cut & pasti apa saja kata-kata ulama terdahulu dan membuang akal yang ada pada diri mereka.

Yang berikan komen dengan maki hamun dan labelkan orang lain dengan perkataan yang jelek tiada yang lain selain dari mereka yang kononnya perjuangkan agama dan bangsa.

Berlakon saja lebih, mulut kata perjuangkan agama, tapi apa yang keluar dari mulut itu terbukti bertuhankan nafsu amarah yang tidak terkawal.

Tahniah pada Pak Mansur yang punyai akhlak Nabi dalam berbincang dan berkata-kata !

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails